16 | fake hopes

3.9K 417 46
                                    

Ke hadapan Kim Taehyung, si tak guna.


Terima kasih sebab hancurkan impian Miya, kawan baik baik baik baik baik aku. Ini aku perli, ikhlas dari hati aku yang suci bersih halal berbudi pekerti lagikan murni. Dengan segala hormatnya, aku perkenalkan diri aku, si badang yang gagah versi wanita, Kim Nahee. Walaupun nama aku dah iras-iras 'tahi', hati aku tidaklah sebusuk hati kau yang macam tahi... sanggup menyakitkan hati insan lain.


inilah sebabnya aku tak suka ada 'crush'.


sakit hati saja memanjang.


bahagia itu pula setakat angan-angan saja.


hak tuih.


Yang pertama sekali. Dah terang lagi bersuluh, ditambah dengan lampu suluh, siap bersama pelita nek wan aku, kau tak tahu ke Miya tergila punya gila gila gila dekat kau? Perlu ke aku basuh otak kau dengan air jamban, Taehyung?

Kau dah cukup besar untuk faham isi hati Miya.


Aku bukan apa.


Aku cuma sedih tengok keadaan Miya.


Dia nampak saja keadaanya itu baik, sihat walafiat.


Dalam diri dia itu, penuh dengan kegelapan, weh.


Dia nak kena fikir pasal akademik. Pasal kanser dia. Pasal masa depan dia. Dan kau, tergolong dalam kategori 'masa depan' Miya, tahu tak? Dia selalu mengadu domba di bahu aku. Hampir patah bahu aku dibuatnya, hari-hari dia sandar nak luahkan perasaan dia.


Whatsapp aku, kau jangan cakaplah. Hari-hari, mesti nama kau juga yang dia nak jadikan topik perbualan.


Kadang-kala, naik jemu juga, weh.


Tapi, sebab aku faham perasaan dia, aku tahu apa yang dia lalui...

aku pasrah dan tawakal, tadah sajalah mata untuk baca mesej-mesej Miya.


Yang kedua. Ya, baru kedua... panjang lebar aku bebel atas itu, cuma isi yang pertama. Sekarang, isi kedua.

Aku pelik. Kenapa kau boleh terjatuh hati pada senior kau sendiri? Taehyung, aku tanya kau sebab adik aku pun bercinta dengan senior dia. Aku tak fahamlah kenapa lelaki muda dan kacak suka perempuan yang tua?


Macam tak ada perempuan muda saja dalam dunia ini.


Ketiga, aku jujurlah, kau memang tampan.


Tapi, kau bukan selera aku.


Aku lagi sokong kau dengan Miya.


Tapi, Miya... *pegang dagu, mata ke atas* bukan dia tak sesuai dengan kau.


Miya cuma, terlampau baik dan murni untuk kau. *ketawa shytorn*


Miya oo Miya, kekasih terangku.

Kalau Taehyung tak mahu kau, aku setia menunggu kau. Drama tahi.


Bukan nak bagi harapan palsu. Tapi, beberapa hari yang lalu... aku...

jengjengjeng...

Aku nampak Taehyung pandang kau. Lama jugalah, untuk 60 saat?

Kau sedang berjalan ke bilik kaunseling untuk menghantar pemegang mikrofon dan kebetulan Taehyung ada berdekatan dengan tempat aku berdiri. Aku tengoklah lelaki itu... dia sedang pandang ke suatu arah. DNA mamarazzi aku pun terangsang.

Aku tengok punya tengok arah yang dia pandang...


rupanya,


kau.


Han Miya,


Taehyung pandang kau!


*baling bunga*


Pengantin Baru, Pengantin Baru kepakkepakkepakboomboom*bunyi kompang bukan iklan KFC berkepak bagai kahkah*


Dah.


Nanti kau meluat nak baca. Nara tulis dalam nota kau, sekerat saja, setakat celah tahi gigi. Tapi aku punya nukilan punya panjang lebar macam highway ke bulan.


Bye, sayang.

Pray for you, always!


- Kim Nahee.


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Crush • Taehyung ✔️Where stories live. Discover now