18 | kebetulan

3.6K 381 6
                                    

" Cepatlah, Haneul. Aku nak balik cepat, boleh kencing... tak tahan, tau tak? " Miya menghentak perlahan kakinya sambil memegang mangga pintu kelasnya.

Walau sudah digesa, Haneul masih mengemas buku dan beg sekolahnya pada kelajuan 'kura-kura'.

" Sabar sajalah aku... " gerutu Miya sendirian di luar kelas.

Seusai pintu kelas dikunci, mereka berdua menuruni tangga dari tingkat tiga ke tingkat satu. Banyak juga yang mereka sempat bualkan.

Haneul perlu mengambil lorong kiri untuk ke bilik guru memandangkan ibu saudaranya seorang guru... manakala Miya akan terus di lorong kanan untuk ke pondok menunggu bas(walaupun dia menaiki van).

Kebetulan pertama.. laluan ke luar sekolah memang akan melalui kelas Taehyung... Miya selamba kerana selama ini, kelas itu akan kosong setiap kali dia melalui laluan itu.

tetapi, bukan kali ini.

kelas itu masih riuh.

Kebetulan kedua.. Taehyung baru sahaja menapak keluar dari kelas.

" B-bye, Haneul. "

" Bye... " Haneul melambaikan tangannya.

Miya agak kaku.

" oh bunga... "

Miya menelan air liurnya.

Dia kenal tuan milik suara itu.

Suara serak basah yang sedang menyanyi dengan senang hati...

Taehyung sedang berjalan di belakangnya.

Mendebarkan.

Miya mencepatkan kelajuan dan membesarkan langkah kakinya yang pendek.

Bukan aku, si bunga yang dia nyanyikan tadi....

Bukan aku, dia tak tujukan itu kepada aku!

Aku kena sedar diri.

Suara dia...

Buatkan aku khayal dan tenggelam dalam dunia angan...

Aku macam berada di bawah kawalan ecstasy.

Aku benci perasaan ini.

Dia teringatkan yeochin dia... kan... jadi, dia nyanyi lagu itu...

Ya... bukan untuk aku.

Miya duduk di bangku batu sambil menunggu vannya tiba. Matanya melekat setia pada modul Sejarah. Pedih di hatinya tidak hilang, memikirkan lagu yang Taehyung nyanyikan tadi untuk kekasihnya...

Kenapa pula dia nak nyanyikan untuk aku?

Hahahah kelakarlah kau, Miya...

Bodoh punya hati.

Air matanya mengalir walau ditahan.

Taehyung lalu di sebelah bangku batunya.

Menuju ke motosikalnya.

Tanpa menoleh atau sedar kewujudan Miya...

Tak.

Dia nampak.

Dia tahu Miya sedang berduka.

Tapi siapa dia untuk memujuk Miya?

Bukan siapa-siapa bagi Miya.

Taehyung meraup wajahnya kesal. Rambut diserabaikan seolah fikirannya yang serabut.

Sambil memakai topi keledarnya, Taehyung ralit memerhati bunga daisy putih yang ditanam di luar pagar sekolah...

Miya suka bunga.

" Aaah apa aku ni asyik ingat dia? " Tangannya mengetuk topi keledarnya sendiri, berkali-kali. Kalau mak nampak dia ketuk topi macam itu... mesti kena pelangkung.

" Kau kenapa? " Tegur Hoseok.

" Tak adalah. Kau nak tumpang aku balik ke, Seok? "

" Wah, cun! "

Taehyung naik motosikal merah hitamnya lantas menghidupkan enjin. Sebaik sahaja gear dimasukkan dan pacuan dua roda itu mula bergerak, kepalanya tertoleh ke belakang...

Tepat memandang gadis berbaju putih yang setia di pondok hentian bas itu.

Tepat memandang gadis berbaju putih yang setia di pondok hentian bas itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Crush • Taehyung ✔️Where stories live. Discover now