Sebaik tiba di sekolah, Nara menghampiri kumpulan teman sekelasnya yang sibuk berbual di dewan perhimpunan. Mata pertama yang bertentang dengan miliknya ialah mata Miya. Seluruh badan Nara bagai direnjat elektrik.
Pandangan Miya bagaikan membawa maksud tersirat.
Menakutkan.
* * *
" Apa maksud kau? " Miya yang beratur di belakang Nara terus bertanya soalan yang tak henti-henti menyerang mindanya.
" Nanti aku cerita. "
" Sekarang. "
" Miya. Aku nak catat apa yang pengetua sedang cakapkan. Nanti pengawas tulis nama kau dalam buku kesalahan disiplin... "
Miya diam.
Dia tak suka begini.
Dia tak suka jika soalannya ditangguh.
Emosinya lebih terganggu dengan nota yang ditulis Nara semalam...
* * *
" Kan kelmarin aku ada pergi koperasi tanpa kau dan kawan-kawan lain. Aku dah beli roti di koperasi, aku terus naik kelas. Aku nampak dari celah tingkap, Taehyung sedang menulis sesuatu pada buku nota kau. "
Miya meraup wajahnya. Telinganya serta-merta menjadi panas dan merah membara.
Terkenang peristiwa Taehyung berada di dalam kelas itu... patutlah muka lelaki itu cuak semacam.
" Matilah aku. "
" Aku terkejut sampai tak boleh nak buat apa. Jadi, aku pun turun semula ke kantin dan cari kau orang. Tapi, aku tak mampu nak beritahu kau tentang benda ini... " jujur Nara.
Miya diam tidak memberikan sebarang respons.
" Miya... aku tak tahu apa yang dia tulis... mungkin... "
" Mungkin dia luahkan rasa benci dia pada aku? Tapi, tak ada langsung kertas dengan kesan dia tulis atau apa-apa yang khas untuk aku... "
" Dia tak sebodoh itu nak biarkan kau tahu dia dah curi-curi baca buku nota kau. Mestilah dia dah koyakkan. "
" Jadi, dia dah tahu tentang... "
" Ya, dah tahu... "
Miya menekup mukanya dengan kedua-dua belah tapak tangan. Dia mahu cepat pulang ke rumah dan gali lubang kubur untuk menanam dirinya sendiri.
Taehyung tahu perasaan Miya terhadapnya bermakna Miya harus tamatkan riwayat hidupnya jika tak mahu dimalukan.
" Kau rasa nak tanam diri sendiri, kan? " tembak Nara. Tepat sungguh tekaan sahabatnya itu.
" Mana kau tahu? Dan... apa yang aku boleh buat sekarang? Aku tak tahu pula dia-- ah... malunya! "
Nara diam sejenak.
" Teruskan. "
" Apa? Kau fikir... Macam mana aku nak teruskan hidup bila dia dah tahu perasaan sebenar aku? Aku bukan jenis muka tak tahu malu macam kau. "
" Bukan itu, bodoh! Maksud aku lain. "
" Apa dia? "
" Teruskan perjuangan kau. Teruskan menulis apa yang kau rasa. Kita akan beri peluang untuk dia baca apa yang tersurat dalam jiwa kau. Mungkin dengan cara ini... hati dia terbuka untuk kau. "
" Tapi, hati dia dah terbuka untuk yeochin dia saja. "
" Belum tentu yeochin dia itu jodoh sebenar Taehyung, kan? " sebelah kening diangkat.
" Aku akan bunuh kau kalau rancangan ekstrem kau ini tak berjaya. "
" Bunuh? Aku belum kahwin lagiiii, Miyaaa. "
" Kisah apa aku... "
" Kejammm! "
YOU ARE READING
Crush • Taehyung ✔️
Nouvelles" dia hadir cuma untuk menguji, menyakiti dan melukakan hati insan bergelar perempuan. " inspirasi kisah sebenar yang memeritkan . warning ! storyline cliche . status ; (✔️)completed ( )on-going ( )on-hold ( )coming soon