9 | crush

4.3K 505 48
                                    

Han Miya.


Nama yang tak asing dalam hidup aku. Aku selak buku kecil kau ni... maaf sebab tak mendapat keizinan kau terlebih dahulu. Tapi, dah lama aku teringin nak tahu isi kandungannya kerana aku asyik perhatikan, kau sentiasa bersama buku hijau ini.

Tak sangka... nama aku banyak kali diulang dalam buku ini. Istimewa sungguh kedudukan aku dalam hati kau, kan?


Miya. Aku dah lama sedar kewujudan kau di sekolah. Kali pertama aku terpandang mata kau... ketika itu, hari pendaftaran. Kau bersama lelaki itu... aku tak kenal dia... tapi, dia seorang senior. Mungkin abang kau? Mungkin... kekasih kau? Aku ragu-ragu nak tegur kau. Takut kerana kau dah dilabel milik orang lain.

Tak mahulah aku bertumbuk dengan orang lain sebab berebut yeochin lelaki lain.


'Siapa lelaki tu pada dia?' Aku biarkan tanda tanya tu terus berlalu sepi. Rupanya dia saudara kau...


- Kim Taehyung.


* * *


Taehyung mengoyakkan kertas itu lantas merenyukkannya. "Apa aku buat ni. " Gumpalan kertas itu disumbat ke dalam kocek. Dia segera meletak buku kecil berwarna hijau daun pisang itu semula ke dalam beg Miya.

Dia berdiri dan berjalan ke hulu ke hilir sekeliling kelas.


Miya masuk ke dalam kelas seusai mengisi perutnya. Riak wajahnya terkejut melihat Taehyung berada di situ. Orang paling tak disangka. Masa yang sangat tak sesuai.


" Apa kau buat dekat sini? " tanya gadis itu yang sedang duduk di kerusinya. Dia memeriksa beg dan memastikan buku rahsianya tidak berusik. Keluhan lega dihembus. Hartanya masih di tempat yang sepatutnya...


" Aku cuma nak tengok kelas yang menang Pertandingan Kelas Paling Ceria. "


" Ooo. "


Taehyung diam sambil matanya sekejap-sekejap mencuri-curi lihat Miya yang juga panas punggung... tidak selesa dengan adanya Taehyung di kelas itu.

" Miya. "


" Em? " hati berdebar menunggu bicara lelaki berkenaan.


" Pelajar tak dibenarkan berada di dalam kelas pada waktu rehat. "


" Tapi-- "


" Nak aku denda kau ke? "


Loceng berbunyi.


Rehat dah habis.


" Tahniah sebab tak didenda. " Taehyung mengangkat tangannya dan senyum dengan penuh janggal ke arah Miya. Dengan pantas lelaki itu keluar dari kelas itu yang terasa semakin panas... sesak dadanya mahu bernafas satu udara dengan Miya.


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Crush • Taehyung ✔️Where stories live. Discover now