Kim Taehyung.
Dah dua tahun aku menyimpan perasaan terhadap kau. Hati aku kuat menyuruh aku luahkan semuanya pada kau. Sebelum itu... Aku nak bagitahu satu perkara yang aku tahu tentang kau.
Kau tak ubah seperti soalan persamaan kuadratik dalam Matematik Tambahan.
Susah untuk diselesaikan.
Sama macam perasaan aku yang susah untuk diberitahu pada kau.
Aku usaha macam mana pun... tanpa rumus dan teknik yang betul, aku tak boleh selesaikan soalan kuadratik tu... tak boleh cari jawapannya.
Aku tak boleh terima kalau kau beri aku jawapan yang aku tak mahu.
Aku tak mampu hadam kalau 'tidak' adalah jawapan yang kau bakal berikan pada aku saat aku berterus terang dengan kau.
Setiap hari, aku nampak kau berdiri di hadapan dewan. Cara berdiri... cara kau senyum... gaya kau berjalan... setiap tingkah laku kau mengubah rentak jantung aku.
Benda-benda ini akan aku ingat sampai mati.
- Han Miya.
YOU ARE READING
Crush • Taehyung ✔️
Short Story" dia hadir cuma untuk menguji, menyakiti dan melukakan hati insan bergelar perempuan. " inspirasi kisah sebenar yang memeritkan . warning ! storyline cliche . status ; (✔️)completed ( )on-going ( )on-hold ( )coming soon