" Han Miya ke ni?" Soalan sama terus diajukan kepada gadis itu yang terlampau terkejut sehingga tidak bergerak sedikit pun ibarat patung cendana.
Mata itu masih sama...
Dia masih sama seperti dulu...
Dia masih Kim Taehyung yang aku cinta...
Taehyung menggelengkan kepalanya sambil ketawa dengan janggalnya. " Tak mungkinlah ni Miya. Takkanlah dia nak bercinta dengan hyung, kan?" Taehyung tersenyum lebar sambil menyengetkan sedikit kepalanya kepada Wonpil.
Wonpil melepaskan keluhan yang panjang. Ia kedengaran sangat berat.
Miya dapat merasakan jantungnya berdegup lebih kencang berbanding saat di mana Wonpil berterus terang mengenai perasaanya sebentar tadi. Dia mengakui bahawa dia sangat merindui suara itu.
Atau lebih tepat, merindui pemilik suara itu.
" Taehyung... Kan hyung suruh duduk je dekat apartment hyung tu. Kenapa keluar?" Tanya Wonpil sedikit berang dengan tindakan Taehyung. Lelaki yang muda setahun daripadanya itu menarik kerusi daripada meja kosong lantas duduk di tengah-tengah, antara Wonpil dan Miya.
YOU ARE READING
Crush • Taehyung ✔️
Short Story" dia hadir cuma untuk menguji, menyakiti dan melukakan hati insan bergelar perempuan. " inspirasi kisah sebenar yang memeritkan . warning ! storyline cliche . status ; (✔️)completed ( )on-going ( )on-hold ( )coming soon