Kim Taehyung.
Kau mendekati aku semasa rehat.
Aku tertanya, dia berjalan ke arah aku atau orang lain...
Aku tertanya, dia pandang ke arah aku atau orang lain...
Aku tertanya, dia ada urusan dengan aku atau orang lain...
Aku cuba yakinkan diri bahawa bukan aku yang kau cari.
Tetapi, akulah yang kau hampiri...
Kau duduk bertentangan dengan aku lalu tersengih bagai kerang busuk.
"Kau kan pelajar harapan sekolah jadi kau pun harapan aku dalam tolong selesaikan masalah Matematik Tambahan ni. "
Pada mulanya, aku terkejut dan tercengang. Terpukau dengan senyuman dia. Terpaku dengan kesempurnaan yang dimiliki oleh makhluk ini..
Dalam hati aku bersorak gembira.. segembira-gembiranya! Kerana, akulah harapan kau.
Aku sangat berharap, kau bukanlah beromong kosong.
Kalau aku harapan kepada engkau, aku janji aku bukanlah harapan yang palsu.
YOU ARE READING
Crush • Taehyung ✔️
Short Story" dia hadir cuma untuk menguji, menyakiti dan melukakan hati insan bergelar perempuan. " inspirasi kisah sebenar yang memeritkan . warning ! storyline cliche . status ; (✔️)completed ( )on-going ( )on-hold ( )coming soon