Kim Taehyung.
Aku nak tahu, kau tidak apa-apa ke?
Mungkin ini kali pertama aku jadi begitu berani untuk menunjukkan keprihatinan aku terhadap kau... tapi ini bukan kali pertama aku risau keadaan kau. Dalam hati, acap kali rasa risau memburu aku. Tiap kali lihat wajah kau berubah mendung, aku tertanya, apa sebenarnya dah terjadi?
Apa punca yang memudarkan senyuman dari wajah kau?
Aku tak harap pun kau balas mesej aku.
Tapi, bila dapat balasan dari kau, reaksi pertama aku;
Betapa indahnya hidup.
Taehyung, akulah orang yang sedia mendengar apa sahaja yang kau nak luahkan. Positif atau negatif, aku boleh jadi bahu untuk kau menangis dan ketawa...
Akulah tempat paling sesuai untuk kau ceritakan semuanya yang kau mahu. Tentang apa sahaja! Aku sedia... aku suka... aku rela!
Tapi,
bagi kau,
aku bukan orang yang kau perlukan...
aku tahu,
kau ada orang lain,
yang kau lebih selesa untuk luahkan semua masalah kau, betul kan?
realitinya,
orang itu,
bukan aku.
- Han Miya.
YOU ARE READING
Crush • Taehyung ✔️
Conto" dia hadir cuma untuk menguji, menyakiti dan melukakan hati insan bergelar perempuan. " inspirasi kisah sebenar yang memeritkan . warning ! storyline cliche . status ; (✔️)completed ( )on-going ( )on-hold ( )coming soon