BAB 4

1.2K 51 0
                                    

    Hari terus bersilih ganti,aku meneruskan hidupku seperti biasa . Alhamdulillah aku boleh melupakan semua kenangan silam dan detik-detik hitamku bersama si dia yang tidak reti untuk menghargai pengorbananku . Hidupku,alhamdulillah kembali ceria seperti dahulu . Aku menjalani rutin harianku dengan ceria sekali . Hidupku kembali seperti ini berkat Umar . Ye,Umar anak Ustaz Abu itu . Dia selalu memberiku kata-kata semangat agar teruskan hidup . Dia jugalah yang membuatkan aku lebih bersemangat dan lebih yakin akan takdir Allah yang lebih indah dari aku jangkakan . Aku mungkin tidak sebaik dirinya . Mungkin juga tidak secantik perempuan lain di luar sana . Tapi aku bersyukur kepada Allah kerana Dia telah memberiku seorang sahabat yang sangat baik dan sabar melayan karenah aku yang keras kepala ini dalam membimbingku ke jalan yang benar . Dia tidak pernah berputus asa dalam mengajarku lebih dalam lagi tentang islam . Setiap hari,dia sering memberikan motivasi kepadaku melalui aplikasi whatsapp . Setiap perkataan atau setiap ayat yang dihantar oleh dia,aku selalu ingat dan aku amalkan .

     Pada pagi yang indah,aku bermain telefon bimbitku sehingga petang hari . "Penatlah . Rehat sekejaplah . Hufftt !",bebelku sendirian di bilik sambil menuju ke katil kesayanganku yang empuk itu😂 aku memandang ke atas . Di situ,aku nampak kipas yang sedang berpusing dan juga siling bilik . Ehh . Out of topic lah pulak😂Entah kenapa pada waktu itu aku tiba-tiba teringat akan Umar anak Ustaz Abu itu . Perasaan sahabat aku kepadanya telah berubah menjadi cinta . Ye,cinta❤. Memang tidak dinafikan lagi . Aku suka Umar . Aku cintakan dia . Sahabat jadi cinta . Tapi aku dah tekad untuk tidak terlalu berharap . Aku tau aku hanyalah seorang insan biasa . 'Diriku hanya insan biasa,miliki naluri yang sama~ Eh,ternyanyi pulak😂 okok lupakan suara aku yang tak sedap😝 Aku cuba untuk lupakan dia dengan memejamkan mataku yang cantik seperti mata kucing ini😘 Tanpa disedari,aku akhirnya tertidur .

     "Oii !! Bangun !! Bangun !! Kaaaaakkk ! Bangunlah ish !",rungut adikku sambil melompat-lompat di atas katilku yang empuk itu . "KAAK !! KEBAKARAN ! KEBAKARAN ! CEPAT KAAK ! TERBAKAR ! TERBAKAR !",jerit adikku dengan nada kecemasan . Mendengar jeritan adikku itu aku terus terbangun,"Haaa ? Terbakar ? Mana ? Cepat jom keluar dari rumah ni.",akupun ikut cemas . "Hati aku yang terbakar tengok kau tidur lama sangat . HAHAHAHA KENA TIPU ! Blueerrkk😝😝",kata adik aku sambil menyakatku . "Ish kau ni . Kacau je . Sikit lagi aku nak mimpi pasal Umar tu . Kacau line betullah kau ni",marahku . Mendengar penjelasan aku itu,dia terus terkejut dan dia menjerit,"UMAR ? UMAR ANAK USTAZ SEMALAM TU KE ?",tanyanya . "Eiissh kau ni . Suara tu slow lah sikit . Nanti ibu dengan ayah dengarlah". "Oooooooouuh . Okok . Sshhh",katanya sambil jari telunjuk dia di bibir . "Kakak suka anak Ustaz Abu tu ? Kalau kakak suka,aku laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaagi suka😊",sambung adikku . "Amboii . Panjangnya la kau😒" . Kadang-kadang aku rasa geram terhadap adik aku yang sering ingin tahu semua kegiatan harianku . Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi 'Ping ! Ping ! Ping !' "Haaaa dah berbunyi tu . Pergilah 'check' siapa tau mesej dari 'USTAZ UMAR' HAHAHAHAHAHAHA !",sakat adikku . "Ish kau ni bisinglah . Kecoh betul",kataku sambil aku berjalan ke meja belajarku dan mengambil telefon bimbitku . 'Assalamualaikum ukhti :) macam mana kabarnya ? Sihat ? Udah solat Asar belum ? kalau belum,dilaksanakan secepatnya yaa ukhti karna sebentar lagi mau azan Maghrib :)' kata Umar di dalam chat whatsapp nya . "WOW ! Abang ipar chat kakak lah ! So sweet . HAHAHA !",sakat adikku lagi . "Ish ! Kau ni . Kau diamlah . Dah . Kau keluar sana . Aku nak mandi nak solat",kataku sambil menghalau dia pergi dari bilikku😂 "Ok bye kak . Adik tunggu di bawah ye . Nanti turun makan tau 😉 IBU ! KAKAK NAK KAWIN DENGAN ABANG UMAR !",teriaknya . 'Heiisshh apalah nasib aku ada adik seperti dia ini😪' ,kata hatiku .

Mungkinkah Dia?💔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang