BAB 10

185 7 0
                                    

13 November 2017,10:00 pagi
Aku terbangun dari tidurku kerana..........adikku yang sekali lagi mengejutku dengan cara yang amat sangat aku tidak suka😒 dia suka mengganggu ku dan membuat aku tidak cukup tidur😌 Sejujurnya,waktu itu aku masih mengantuk kerana aku baru saja tidur selama 5 jam😴 namun,adikku memaksaku untuk bangun . Katanya,ada yang menunggu ku di bawah . Dengan suara yang nyaring di telingaku,dia menyuruh aku untuk bergegas mandi dan turun ke bawah kerana tetamu dan kedua ibu bapaku sudah menunggu di bawah . Aku dengan keadaan mamai (separuh sedar),aku menggapai tuala dan bersiap . Ketika aku turun...rupanya itu Umar dan keluarganya . Aku gembira tak terkata walaupun pada masa tu aku masih mengantuk . Cuba bayangkan...siapa yang tak rindu calon suami setelah ditinggal ke luar negara selama beberapa hari😂 aku duduk di sofa iaitu tepat di sebelah ibu ku . Kita pun berbual dan keluargaku bertanya tentang keadaan di sana kepada keluarganya .

Aku dan Umar hanya saling membalas senyum dan tidak berkata apa-apa . Menyedari hal itu,ayah ku mula membuka pembicaraan antara aku dan Umar .
...............................
"Jadi,Umar . Bagaimana Yaman ?"
"Alhamdulillah best . (Sambil senyum tertunduk malu)
"Haa Izzati . Nanti kalau kamu dah jadi isteri Umar,kamu kena ikut Umar ke Yaman . Sebab dengar-dengar Umar nak sambung belajar kat sana . Betul kan ?"
"Betul,pakcik . (Masih tertunduk malu)
....................................

Lalu,ditengah-tengah perbualan mereka tentang Yaman,Ustaz Abu mencelah dengan menukar topik perbincangan tersebut . Aku diam tanpa berkata apa-apa kerana aku masih lagi berada di duniaku(mengantuk😂) Namun,mendengar topik yang dibincangkan oleh Ustaz Abu,aku langsung terbangun dari mimpi indahku .
....................
"Jadi,bagaimana dengan proses hari pernikahan kedua anak kita ini,Mohammad ?"
"In syaa allah lancar ustaz . Semua saya dan isteri dah uruskan apa yang patut . Mereka berdua ini hanya perlu menghadiri kursus kawin saja ."
"Oh ya ya . Saya dan isteri juga sudah menyiapkan beberapa persiapan"
"Kalau boleh kalian pergi kursus dalam minggu ini ye,nak . Sebab masa dah suntuk"
..........................

Aku rasa tak percaya + gembira . Rupa-rupanya pernikahan kita hanya tersisa 1 minggu lagi dari sekarang . Aku dan Umar hanya tertunduk malu . Menyedari akan hal itu,ibuku mula menyakatku
"Cuba tengok bakal pengantin ni . Malu-malu pulak"

Secara jujurnya,aku dan Umar memang tidak pernah bercakap secara face to face kerana masing-masing malu . Tetapi,bila di sosmed kita seperti orang yang sudah lama kenal antara satu sama lain . Beberapa jam selepas mereka berbincang dan menikmati air teh beserta sedikit snek yang dihidangkan oleh ibu aku,mereka pun meminta izin untuk pulang kerana hari telah petang . Aku bersalaman dengan umi Umar diikuti oleh adikku . Lalu,mereka pun pergi menaiki kereta Alphard . Dia bukan dari keluarga yang kaya-raya tetapi dia adalah keluarga yang terhormat sampaikan polis pun turut mengiringi kereta mereka kerana takut terjadi sesuatu yang tidak diingini . Sejujurnya,mereka mengatakan kepada kami tadi bahawa mereka tidak selesa dengan kehidupan yang begitu mewah . Mereka hanya ingin hidup bersederhana dan berjalan mengelilingi kota Kuala Lumpur tanpa pemandu peribadi mahupun iringan-iringan polis trafik dan bunyi siren yang cukup mengganggu .

Selepas tiada lagi bayang kereta mereka di kawasan perumahanku,aku masuk ke dalam rumah diikut oleh adikku,ibuku dan seterusnya ayahku . Aku mengemas teh dan snek yang berada di atas meja ruang tamu tersebut ke dapur dan aku kembali ke bilik . Ketika aku sedang termenung sambil berbaring di atas katil aku yang lembut itu,tiba-tiba aku dikejutkan dengan ketukan pintu dibilikku . Sekali lagi,itu ialah pengacau yang paling aku sayang . Siapa lagi kalau bukan adik aku😂 dia mengetuk pintu dan meminta izin untuk masuk ke dalam bilik aku . Aku mengizinkannya untuk masuk lalu aku duduk di atas katil,dan dia duduk di sebelah aku .
.........................
"Kak....heeee😁"
"Haa . Apa dia ? Nak apa ?😒"
"Nak tanya sikit boleh tak ? Boleh laaa boleh laa"
"Tanyalah"
"Kakak masih sayangkan Abang Fikri ke ?"
"Eh ? Soalan apa ni Nur ?"
"Takdelah kak . Nur tanya je . Sebab...."
"Pasal yang abang Fikri jumpa Nur tu eh ?"
"Ye,kak"
"Nur,dengar sini . Abang Fikri tu kakak dah anggap macam kawan kakak . Tak lebih . Sekarang ni kan kakak dah ada Ustaz Umar,jadi kakak nak fokuskan pasal Ustaz Umar . Okey ?"
"Okey . Tapi kak...."
"Tapi apa lagi,sayang ?"
"Sebenarnya....haritu Nur pernah jumpa abang Fikri kat sekolah masa Nur tengah tunggu ayah ambil Nur balik"
"Dia tanya-tanya pasal akak....."
(adikku menghentikan pembicaraannya dengan riak wajahnya yang takut . Lalu,dia menyambung)
"Tapi Nur tak sempat jawab sebab ayah dah datang"
"Fuhh selamat . Ayah nampak abang Fikri tak masa tu?"
"Tak,kak . Sebab dia dah menghindar bila dia nampak kereta ayah"
"Hm . Kesian adik akak ni . Takpe . Lain kali,kalau jumpa abang Fikri,jangan cakap apa-apa okey ? Jawab je tak tau . Lepastu,jangan bagitau dekat siapa-siapa pasal ni . Okey ?"
"Okey kak . Maafkan Nur😭"

Adik aku tiba-tiba mengeluarkan air matanya . Aku tau dia rasa bersalah kerana tidak menceritakan hal ini dari awal lagi . Aku sebak . Akupun terus memeluk adik aku yang comel itu . Aku kasihan terhadap adik aku . Dia masih kecil dan tak tahu apa-apa . Tetapi dia menjadi sasaran Fikri untuk bertanyakan tentang aku . Aku sebenarnya tertanya-tanya mengapa Fikri itu menanyakan tentang aku kepada Nur ? Dia seharusnya bertanya tentang kakak kami,iaitu Kak Salmah . Kerana kami berdua putus 2 tahun yang lepas disebabkan dia membuat pengakuan tentang perasaannya . Aku rasa sangat buntu . Aku tidak tau apa yang harus aku lakukan . Lalu,aku tenangkan diri aku . Aku menuju ke bilik air,aku ambil wudhuk dan aku solat asar diikuti dengan solat sunat . Disitu,aku meminta petunjuk kepada Allah kerana hati aku kembali memikirkan hal yang bukan-bukan . Aku minta supaya pernikahan aku dan Umar berjalan dengan lancar tanpa apa-apa halangan .

Mungkinkah Dia?💔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang