BAB 15

109 4 0
                                    

Umar pernah berkata kepada abangnya iaitu Salim bahawa dia mahu jenazahnya dikebumikan di tempat lahirnya,di Indonesia ketika dia menghadap Ilahi. Mereka pun ingin menunaikan permintaan terakhir Umar dan menghubungi keluarga yang di Indonesia untuk menguruskan pengebumiannya sementara mereka bersiap-siap dari hospital langsung ke Indonesia. Semasa mereka sedang mengemas hendak keluar dari hospital,aku memberanikan diri untuk bertanya kepada keluarganya. "Umi...Bolehkah Izzati ikut ke Indonesia ? Izzati nak menghadiri pengebumian Umar juga,Umi😭" sambil memeluk Umi. Aku rasa sebak sangat. Lantas,umi berkata,"boleh. Tapi kamu harus minta izin sama ibu dan ayah kamu yaa. Tiket pesawat dan tempat tinggal nanti umi sediakan. Kamu menginap lah di sana untuk beberapa hari yaa. Boleh ?",sambil memberi senyuman walaupun aku tahu dalam hati umi sedang bersedih. Ibuku yang melihat keakraban aku dan umi pun mengangguk menandakan bahawa dia bersetuju untuk aku mengikuti keluarga Umar ke Indonesia. Aku dengan rasa bahagia kerana dapat ikut umi ke sana dan terharu pun memeluk ibu. Tapi...you guys know laa kalau pelukan ibu dan anak itu kuatnya macam mana😂 aku tak dapat tahan air mata yang tadinya dah kering. Kini,sekali lagi,air mata aku mengalir di pelukan ibu.

Aku bergegas untuk ke rumah kerana mereka akan langsung ke Lapangan Terbang dari hospital. Aku nak cepat. Cukup ambil passport di rumah. Tapi,dengan siapa ? Ibu sedang membantu umi mengemas bilik. Ayah aku pula sedang sibuk menguruskan administrasi hospital keluarga Umar. Aku ? Masih belum mengambil lesen kereta. Kakak aku ? Dia tak tahu nak bawak kereta. Lalu,ayah memutuskan untuk aku balik ke rumah dengan ditemani oleh Fikri(sebab ayah aku hanya percayakan dia dan dia seorang sahaja yang boleh dipercayai). Seriously ??!🙄 aku benci. Tapi,aku tak ada pilihan lain dan tak ada masa untuk memilih-milih orang. Siapa saja yang boleh bantu aku waktu itu,aku terima. Aku dan Fikri pun berdua dalam kereta itu menuju ke rumah. Pada awalnya aku ingin duduk di belakang tetapi Fikri memaksa aku untuk duduk di depan di sebelah pemandu.

Sewaktu perjalanan pulang,aku hanya diam. Fikri mengajak aku untuk berbual namun aku tidak menghiraukan tentangnya. Kemudian,dia membuat keputusan untuk memegang tanganku yang aku simpan di riba aku. Dengan cepat aku terus menepis tangannya. "Ish. Apa ni Fikri ? Tak payahlah sentuh",kataku dengan bengang. "Oh. Dah sombong ye sekarang sayang abang ni",sambil mencuit daguku. Aku mengelak sekali lagi daripada disentuh olehnya. Entah mengapa aku rasa jijik bila dia berbuat sedemikian kepadaku. Padahal dahulu sewaktu kita bercinta,akulah orang yang paling bahagia jika dia menghulurkan tangannya untukku belai. Tetapi,semasa di dalam kereta itu,aku hanya memberikan dia 'jelingan maut' kepadanya.

Kami pun tiba di rumah. Fikri menawarkan dirinya untuk menemani aku untuk masuk. Tetapi aku menolak pelawaannya kerana aku takut ada jiran yang melihat kebersamaan kami dan ia akan menjadi sangat tidak enak untuk dipandang seolah-olah aku menconteng arang di muka keluarga aku seandainya aku menerima penawaran Fikri. Tanpa membuang waktu,aku turun dari kereta dan langsung masuk ke dalam rumah untuk mengambil passport sedangkan Fikri menunggu di dalam kereta kerana aku telah memberi dia amaran kepadanya untuk tidak mengikuti aku ke dalam. Lama jugaklah aku mencari passport aku😅 akhirnya jumpa juga. Aku mencapai beberapa helai pakaian aku untuk persalinan ketika disana nanti.

Aku cepat-cepat mengunci pintu rumah dan menuju masuk ke dalam kereta. Aku mengarahkan Fikri untuk memandu dengan lebih cepat kerana aku takut mereka menunggu aku terlalu lama di hospital.

Setibanya di persimpangan berdekatan rumah aku,Fikri agak melencong dan aku tahu itu adalah kawasan menuju ke dalam hutan/semak-samun . Aku mulai panik . Aku bertanya apa tujuan Fikri membawaku ke tempat itu . Tidak lama kemudian selepas aku berleter,Fikri memberhentikan keretanya . Disitu,suasana yang amat sunyi . Aku berasa amat takut .

"Flight mertua awak kan lama lagi . Ops salah . BAKAL MERTUA TAK JADI . So,apa kata kita enjoy-enjoy dulu kat sini ."pujuk Fikri sambil mendekatkan dirinya kepada diriku .
"Eh apa awak cuba buat ni Fikri ? Tepilah !",teriakku
"HAHAHAHAHA . Kau jeritlah Izzati ! Jerit ! Takkan ada sesiapa yang dengar kecuali kita berdua . Hanya kita yang berada disini,sayangku . Mari kita nikmati momen bersama ini",ugut Fikri kepadaku .

Dia ingat aku takut terhadapnya ? Sudah tentu tidak . Aku hanya takut kepada Allah Yang Maha Kuasa . Aku percaya Dia akan melindungi aku dari kejahatan yang Fikri cuba lakukan terhadapku . Bibirku tidak berhenti berdoa meminta pertolonganNya . Semoga ada keajaiban yang berlaku . Fikri semakin mendekati diriku . Aku tidak boleh berbuat apa-apa kerana dia telah mengunci pintu kenderaannya . Adapun jika aku membukanya,aku akan terjatuh dalam parit kerana dia parking tepat di tepi parit . Apabila dia mencuba untuk menodai diriku,tiba-tiba......

KRING ! KRING ! KRING ! KRING !

Telefon bimbit Fikri berbunyi . Dia sempat untuk menolak panggilan telefon tersebut . Namun setelah berkali-kali telefon bimbitnya berbunyi,dia kemudiannya mengangkat telefon tersebut . Itu adalah panggilan dari orang tuaku . Aku berasa lega lalu memasang telinga tentang perbualan antara Fikri dan ayah . Ayah menanyakan tentang keberadaan kami berdua . Fikri seorang yang jahat dan licik . Dia berkata bahawa keretanya kehabisan minyak,kesesakan lalu lintas dan macam-macam lagi alasannya . Selepas selesai dia bercakap dengan ayah di telefon,dia mengeluh dan terus diam dan menghidupkan enjin kereta lalu menuju ke hospital . Aku bersyukur kerana maruah ku hampir tergadai tadi . Terima kasih,Allah❤

Mungkinkah Dia?💔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang