Selepas kejadian sejarah hitam itu,aku baru mendapat tahu bahawa yang memberi nombor telefonku kepada Fikri ialah adikku sendiri . Aku pun tidak tahu apa motif dia berbuat seperti itu . Katanya pada hari itu,setelah habis sesi persekolahan,Fikri pergi menghampirinya dan dia tunaikan semua permintaan adikku di pusat beli-belah yang berhampiran dengan sekolah adikku . Aku terkejut . Aku tak sangka adik aku boleh terpedaya dengan dia yang hanya bermodalkan wang Ringgit . Dengan perasaan kecewa dan tegas,aku langsung meminta adikku untuk memulangkan SEGALA barang yang telah dibelanjakan oleh Fikri untuknya . Tanpa aku sedari,air mataku mulai menitis di pipi ku . Aku tidak tahu apa sebenarnya yang ada di benak fikiran dia sehingga sanggup memperalatkan adik aku yang masih kecil,masih tak tahu apa-apa semata-mata demi kepentingan diri dia . Aku berasa sangat speechless kerana kepercayaanku kepada dia,telah pun disalahgunakan . Dia mendatangi bilikku dan berbicara denganku secara empat mata . Dia meminta maaf dan dia khilaf tentang kejadian yang telah dia lakukan . Dia berjanji bahawa dia tidak akan mengulangi kesalahan yang sama lagi .
2 hari kemudian,pagi-pagi lagi aku sudah mendapat khabar dari ayahku bahawa Umar dan keluarganya telah sampai di tanah air (Indonesia) . Aku meminta kepada keluarga aku agar menyembunyikan perihal tentang Fikri yang mengganggu ku tempoh hari kepada Umar . Aku tidak mahu Umar berfikir yang bukan-bukan . Dari pagi hingga ke senja aku menunggu khabar dari Umar,namun dia tak kunjung menghubungiku melalui sosial media sama ada dari Facebook Messenger,Instagram mahupun Whatsapp . Aku merenung telefon bimbitku sehingga aku lelap tertidur . Aku tertidur sehingga keesokan harinya . Saat itu,aku terlupa untuk mematikan 'WiFi' dan mengaktifkan silent di telefonku dan menyebabkan telefon aku berbunyi sehingga aku terjaga pada pukul 3 pagi kerana notifikasi di telefonku amat banyak . Satu dari notifikasi kegemaranku akhirnya datang jua selepas aku menunggu selama sehari suntuk . Iya,itu chat dari Umar . Dia memberitahuku bahawa dia sudah sampai di indonesia pagi semalam . Namun,dia tidak sempat untuk mengaktifkan telefonnya kerana dia mengalami jet lag . Pada waktu itu,aku berfikiran positif . Kebetulan mood aku pun tengah baik . Jadi,aku meng'iya'kan saja😂
13 November 2017,4:00 pagi
Aku lihat jam,dah pukul 4 pagi . Satu jam telah berlalu . Aku bergegas ke bilik air untuk mengambil wudhuk dan solat isyak (kerana semalam aku tidur awal) . Pagi itu,entah kenapa pada rakaat yang terakhir selepas memberi salam,sebaik sahaja aku ingin membaca doa,aku rasa tak sedap hati . Aku rasa akan ada sesuatu yang akan menimpa diri aku . Namun,aku menghiraukan hal itu dan menganggap itu hanyalah perasaanku saja . Lalu,akupun mengambil keputusan untuk kembali ke atas katil ku yang indah itu😂 . Sambil terbaring lesu (kerana rasa penat semalam masih tersisa),aku ingin membuat sedikit throwback dengan membaca chattingan lama kita . Bila aku pergi ke whatsapp dia,aku melihat last seen nya 10 minit yang lalu . Dalam benakku berfikir,apa yang dia buat pagi-pagi buta ni ? Takkan tak tidur lagi ? Kalau nak tunggu waktu solat Subuh,masih lama disana . Aku cuba memberanikan diri dengan memulakan chat dengannya pada pagi itu . Aku menunggu...terus menunggu...dan akhirnya aku tidak sabar,lalu aku melihat dia hanya bluetick pesanan ku (untuk teman-teman,pembaca-pembaca setia yang dari Indonesia,bluetick itu adalah centang biru😂) . Aku dengan sedaya upaya untuk cuba berfikiran positif,namun sepertinya pagi itu aku kalah dengan bisikan syaitan yang menyuruhku untuk berfikiran negatif (you know lah what I mean😂) . Sebelum aku terlanjur negatif,lebih baik jika aku sambung tidur kerana mataku sudah tidak dapat menahan rasa mengantuk . Jadi,aku berinisiatif untuk kembali tidur😁
KAMU SEDANG MEMBACA
Mungkinkah Dia?💔
De Todo[COMPLETED ✅] FOLLOW DULU SEBELUM MEMBACA Anak muda dan mimpinya tentang ingin menikah dengan pria idaman. Namun,perbuatan khianat yang takkan pernah dimaafkan seumur hidup. Mampukah dia bertahan selepas hubungan percintaannya selama 8 tahun kandas...