Akhirnyaa!!! Hari yang ku tunggu-tunggu tiba jua. Pagi sebelum subuh,aku sudah bangun seperti biasa untuk bersiap solat subuh. Selepas selesai solat subuh,aku langsung bersiap-siap untuk menunggu kedatangan MUA (MakeUp Artist). Hari ini,hari pernikahan aku bersama sang tunang,Umar😊 sekaligus hari resepsi pernikahan kita yang akan dijalankan di Dewan Orang Ramai. Lafaz akad nikah kami akan dilaksanakan di masjid berdekatan runahku iaitu Masjid As-Syakirin. Aku akan bersiap-siap dari rumah dan menuju ke masjid begitu juga Umar. Pagi itu,aku dan Umar hanya chat sahaja. Dia mengemukakan kegembiraannya kepadaku.
"Zati ? Dah siap ke ? Cepat ye. Kami semua tunggu dia bawah",kata ibuku. "Ye ibu. Sikit lagi nak siap ni". Aku tak sabar untuk menuju ke masjid. Namun apakan daya,perempuan kalau bermake up kalian tau sendiri lah ya😄😂 mesti selalu nak nampak perfect. Beberapa minit selepas itu,akupun siap berdandan. Kak Salmah,Nur dan ibu tidak habis-habis memuji kecantikan dan keserian yang ada di wajahku katanya. Mereka kata,aku lebih nampak berseri dan bersemangat berbanding hari-hari biasa. Yelah. Siapa yang tak berseri ? Nak jadi isteri kepada calon suami idaman a.k.a husband material gituu😂 ketika aku sudah bersedia,akupun mengajak mereka untuk pergi namun,ayahku menyuruh aku untuk menunggu sebentar kerana ada seorang tetamu yang akan ikut. Aku tertanya-tanya siapakah gerangan ? Tidak lama kemudian....
"PON! PON!" bunyi hon kereta yang sudah tak asing lagi di telingaku. Aku cuba untuk ingat,tetapi aku tak boleh. Mungkin kerana aku sudah terlampau excited 😅Rupa-rupanya yang membunyikan hon itu adalah Fikri. Sumpah aku rasa annoying gilaaaaaa!!!!! Dia buat apa kat sini🙄 tak lama kemudian,dia pun turun dari kereta dan menyambutku dengan mesra sekali padahal aku rasa sangat tak selesa.
.................................
"Eh. Izzati. Cantiknya. Macam bidadari lah adik abang ni😊"
"Adikkk??!!! Abanggg??!!! Euwhh sape adik kau dan siapa abang aku ? Jijik aku mendengar kata2 tu",ujarku dalam hati. Aku tidak membalasnya dengan senyuman. Malah sebaliknya,aku membalas dengan jelingan maut + jelingan benci + jelingan jijik apabila mendengar kata-kata dia.Semasa ayah,ibu,Kak Salmah dan Nur sedang sibuk menyusun barang hantaran aku ke dalam kereta,Fikri kemudiannya menghampiri aku dan mendekatkan dirinya ke telinga aku sambil berkata,"Zati cantik sangat harini. Macam bidadari syurga abang. abang menyesal sangat sebab dah tinggalkan Zati dulu. Zati ingat ye. Abang akan buat apa saja untuk dapatkan Zati balik." Aku terdiam....terkedu seketika mendengar setiap kalimat yang dia ucapkan. Jadi selama ini maknanya dia mendekati keluarga aku bukan sebab Kak Salmah. Melainkan sebab dia nakkan aku balik. Aku cuba untuk menahan amarah aku yang berapi-api di dalam hati ini. Kalau ikutkan hati,nak je aku tumbuk dia kat situ. Selesai memasukkan barang ke dalam kereta,kami pun beredar dari rumah dengan menggunakan kereta ayah aku. Kereta ayah aku agak lias dan besar,jadi ia cukup untuk membawa muatan yang banyak. Termasuk Fikri😒
KAMU SEDANG MEMBACA
Mungkinkah Dia?💔
Diversos[COMPLETED ✅] FOLLOW DULU SEBELUM MEMBACA Anak muda dan mimpinya tentang ingin menikah dengan pria idaman. Namun,perbuatan khianat yang takkan pernah dimaafkan seumur hidup. Mampukah dia bertahan selepas hubungan percintaannya selama 8 tahun kandas...