Pejam celik,pejam celik,aku sudahpun menamatkan zaman persekolahan aku . Tinggal tunggu zaman bujang pulak . Bila nak menamatkan zaman bujang nih ? Hahahaha . 16 Mac 2017 adalah tarikh yang dinanti-nantikan oleh semua batch 99 iaitu mengambil keputusan peperiksaan SPM . Salah satu antaranya ialah aku . Pagi itu,aku bangun dari tidur sambil memikirkan akan keputusanku . Adakah keputusan aku cemerlang seperti keputusan UPSR dan PMR aku ? 'Lup dup lup dup lup dup' bunyi detak jantungku ketika aku menjejakkan kaki kembali ke sekolah setelah 3 bulan meninggalkan sekolah itu . Aku berjumpa dengan semua sahabat baik aku terutama sekali Shazlin . Dia yang telah banyak mengajarku tentang pelajaran yang aku lemah . Jujur aku katakan,Shazlin seorang sahabat yang baik dan ikhlas mengajar aku tanpa mengharapkan apa-apa balasan .
'Acara akan bermula sebentar lagi',kata pengerusi majlis pada waktu itu . Kami semua berkumpul di foyer sekolah dan duduk di kerusi yang telah disediakan oleh pihak sekolah . Apabila majlis telahpun bermula,kami menyanyikan lagu Negaraku,Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah . Setelah itu,bagi yang beragama islam membaca doa yang dipimpin oleh Ustaz Sufian . Seterusnya,acara diteruskan lagi dengan ucapan guru pentadbir,dan guru-guru matapelajaran sehinggalah akhir sekali ucapan daripada pengetua . Hampir 7 orang yang mendapat straight A+ termasuk aku . Alhamdulillah . Aku semakin tidak sabar untuk mengambil slip peperiksaan dan menunjukkan keputusan itu kepada ibu dan ayahku . Aku pulang dengan perasaan gembira + terharu . Aku tidak mampu berkata apa-apa . Siapa sangka kan ? Semuanya sudah ditentukan oleh Allah😌 .
Aku menjalani aktiviti harianku seperti biasa tetapi berbeza pada sebelah pagi kerana biasanya aku pergi ke sekolah tapi memandangkan aku sudah lulus sekolah,akupun membantu ibu aku membuat kerja rumah agar meringankan bebannya kerana aku tahu tidak semudah itu menjadi seorang suri rumah . Aku membantu adik aku membuat tugasan sekolahnya jika dia tidak faham . Aku sengaja tidak bekerja kerana ingin meluangkan sedikit waktu untuk keluarga aku kerana aku sedar bahawa aku sering sekali sibuk belajar selama 12 tahun ini . Jadi,inilah yang dinamakan 'quality time with my family' . Cehh ! Berspeaking ! Kau hado ? Hahahahaha . Ok back to the topic guyss 😂 . Sepanjang aku berada di rumah,aku tidak pernah mendengar khabar daripada Umar . Aku rindu dia . Tapi aku ego . Takkanlah perempuan yang kena chat lelaki dulu ? Betul tak wahai kaum hawa ? Jadi,akupun tunggulah dia chat aku dulu . Berjanggut,beruban aku tunggu namun dia tidak kunjung chat😂 Aku tidak tahu apa yang terjadi kepada dirinya . Aku risau . Aku mulai cemas . Tidak lama kemudian,tiba-tiba 'Ping ! Ping ! Ping ! Ping !',bunyi telefon bimbitku . "Ah ! Mesti dari group chat kelas 😪",keluhku . Siapa lagi yang mahu chat aku kalau bukan group chat ?😂
'Assalamualaikum . Apa kabar ukhti ? :) Maaf saya sibuk baru pulang dari umroh(umrah)',jelas teks yang ada dalam chat tersebut . Ye . Itulah ustaz Umar yang aku tungu-tunggu selama ini😍 patutlah aku mesej tak dibalas . Pergi umrah rupanya~ kenapa aku baru tahu ? Mungkin dia sengaja nak sembunyikan daripada aku .
15 April 2017...
Lebih kurang satu bulan saja lagi aku ingin menyambut hari kelahiran aku . ~Hari ini,hari yang kau tunggu . Bertambah satu tahun,usiamu,bahagialah kamu~ lalalalala~🎵 ehh . Menyanyi pulak 😂 waktu pagi yang sangat cerah dan indah,aku menghirup udara segar di luar rumah sambil menikmati pemandangan yang indah di kawasan perumahanku . Baru aku sedar . Rupa-rupanya cantik juga kawasan rumah aku nih😂maklumlah . Sibuk belajar. Hehehehe . Setelah puas menghirup udara segar,matahari pun mulai naik di atas kepala,aku terus masuk ke dalam rumah dan membantu ibu dan ayah ku ."Ting Tong ! Ting Tong ! Ting Tong !" Tiba2 loceng rumahku berbunyi . 'Mungkin kawan ayah atau ibuku datang . Hm . Biarkan sajalah . Aku malas hendak turun ke bawah .' Kata hatiku dan aku duduk saja di dalam mahligai aku (bilikku) yang indah itu sambil mendengar lagu🎧
'Knock ! Knock ! Knock !' "Adik,adik ada di dalam ke ? Boleh ibu masuk?",soal ibuku . "Ada bu . Bukaklah . Pintu adik tak kunci ." Kemudian,ibu aku masuk sambil tersenyum lebar hingga ke telinga . Aku berasa pelik . Kenapa ibu tiba-tiba senyum lebar seperti ini ? Aku tak pernah melihat ibu sebahagia ini . Dengan nada yang pelik,aku bertanya kepada ibuku . "Ibu,kenapa ibu senyum-senyum nih ? Peliknya . Ada apa ibu ?",tanyaku . "Boleh tak ibu nak cakap sesuatu ?",tanya ibuku . Hati aku mulai gelisah dan cemas . Entah soalan apa yang ibuku hendak tanya . "Eerrr....errrr...errr...Bo...Boleh bu...Ibu nak tanya apa ?",kataku . "Kalau ye pun,bagilah ibu duduk dulu 😂 takkanlah ibu nak tanya sambil berdiri😊",perli ibuku kerana aku tidak mempelawa dia duduk dari tadi . "Ohh . Hahah . Maaf bu . Adik lupa 😅 duduklah bu . Duduk sini",kataku sambil menepuk katilku yang empuk itu . Ibuku duduk dan terus bertanya . "Adik....Ada orang datang kat bawah tu . Katanya nak melamar adik . Adik nak tak :)" . 'APA ??! ADA ORANG NAK LAMAR AKU ??!! AKU TAK NAK😭 AKU NAK DENGAN USTAZ UMAR ITU SAJA!!!!!😭',kata hatiku sambil meraung . "Errmm...errmm...Takpelah bu . Adik rasa adik nak sambung belajar dulu",kataku . Sebenarnya aku malas nak sambung belajar . Tapi,itu saja alasan yang kukuh untuk menolak lamaran orang itu😒entah siapa dia,tiba-tiba dah datang nak melamar . "Adik turunlah sekejap . Jumpa dengan keluarganya dahulu . Boleh,nak ?",pujuk ibuku . 'Haishh . Ibu ni pandai betul memujuk😒 Aku malas nak turun . Dahlah muka aku tengah tak cantik .' Rungut kata hatiku . "Hmm..Baiklah bu . Ibu turun dulu . Nanti adik turun . Adik nak pakai tudung jap ." "Jangan lama-lama ye dik . Ibu tunggu tau"
KAMU SEDANG MEMBACA
Mungkinkah Dia?💔
Aléatoire[COMPLETED ✅] FOLLOW DULU SEBELUM MEMBACA Anak muda dan mimpinya tentang ingin menikah dengan pria idaman. Namun,perbuatan khianat yang takkan pernah dimaafkan seumur hidup. Mampukah dia bertahan selepas hubungan percintaannya selama 8 tahun kandas...