BAB 17

60 5 0
                                    

Ketika aku terjaga dari tidur,kelihatan jam menunjukkan waktu solat Asar. Dari situ aku sedar bahawa aku sudah tidur selama 3 jam. Lama jugak. Mungkin sebab aku terlalu penat😅 aku membersihkan diri dan solat. Usai solat,aku keluar untuk bertemu dengan Umi. Tidak sopan rasanya jika aku selalu terkurung dalam bilik. Sekali-sekala aku ingin membantu Umi dengan sedikit pekerjaan rumah. Ketika aku membuka pintu bilik...aku melihat bahawa Ummu dan Hussein masih di ruang tamu(bilik aku berdekatan dengan ruang tamu). Ustaz Abu melihatku,lalu beliau memanggilku untuk duduk bersama mereka. Beliau mempelawaku untuk duduk. Aku duduk di sofa di antara Umi dan Ummu. Umi di sebelah kanan,manakala Ummu di sebelah kiri aku. Hussein berada di sofa sebelah kiri Ummu dan Ustaz Abu ada di hadapan aku. Tepat. Aku memulakan bicara sambil menundukkan sedikit pandanganku dari Ustaz Abu(kerana malu). Maklumlah. Anak dara tapi tidur sampai 3 jam😂

"Iya Ustaz...Ada apa?"

"Begini...kami semua sudah sepakat. Tinggal tunggu jawapan dari Izzati saja. Keluarga Izzati di Malaysia juga telah kami hubungi dan mereka bersetuju."

"Jawapan apa ya Ustaz,Umi ?"

"Begini nak...Memandangkan Umar telah meninggalkan kita semua,dan pastinya ia memberi kesan yang mendalam terhadap kamu,maka adakah Izzati bersetuju jika kami menjodohkan Izzati dengan Hussein ?",kata Umi.

"Tapi Umi..."
*Ummu memotong pembicaraanku lalu berkata*

"Kenapa Izzati? Kamu pasti tidak mahu kerana kelihatan Hussein seperti orang yang menjengkelkan. Ya kan nak ? Udah jangan bimbang. Dia memang begitu sama orang yang dia belum kenal. Tadi dia sudah cerita semua nya kepada kami bertiga." Ujar Ummu.

"Cerita? Cerita apa Ummu?",kataku kebingungan.

"Tadi Hussein cerita,katanya setiap kali dia memandang Izzati,Izzati nampak ketakutan. Dia memang agak serius jika berjumpa dengan orang baru. Bagaimana Izzati ? Setuju kah ?",jelas Ummu.

"Errrmm...Izzati berbalik kepada kedua orang tua Izzati. Jika mereka setuju,Izzati pun setuju. Tetapi,adalah baiknya jika kita menunggu sehingga hari keempat puluh pemergian Umar. Kerana,Izzati tidak mahu bersama Hussein,tetapi hati Izzati bersama Umar. Boleh ?",kataku sambil menunduk ketakutan. Takut mereka tidak bersetuju.

Ya. Wajah Hussein dan Umar hampir mirip kerana mungkin mereka serasi dahulu. Aku tidak mahu seandainya Hussein menjadi bayang-bayang Umar maka sebab itulah aku mengenakan syarat tersebut berharap mereka akan setuju.

Akhirnya...

"Masyaallah..Baik lah nak jika itu kehendakmu. Umi setuju. Abi bagaimana ? Setuju ?"

"Setuju,Umi. Lagipun Abi tidak mahu Izzati dikejar oleh bayang-bayang Umar."

Apabila semua orang yang ada di ruang tamu itu bersepakat,mereka pun menyebarkan berita gembira ini kepada ahli keluarga yang terdekat. Begitu juga dengan aku. Aku terus mencapai telefon bimbit dan membuat panggilan video kepada keluarga aku yang ada di Malaysia. Aku menceritakan tentang aku dan Hussein dari A-Z kepada ahli keluargaku. Mereka bersetuju dan mereka akan segera ke Indonesia dalam waktu yang terdekat.

"Izzati. Ada benda yang ayah dan ibu nak beritahu",ujar ayah aku semasa panggilan video itu berlangsung. Raut wajah ayahku ketika itu seperti sedih bercampur kesal dan kecewa.

Dengan rasa ingin tahu terus menghantui diri,aku langsung bertanya kepada ayahku,

"Ada apa ayah ? Ibu ?" Ibu aku kelihatan diam dan terpaku seperti orang bisu ketika aku menanyakan apa yang terjadi.

"Ustaz Abu dan Ustazah Khadijah ada disitu ? Boleh bagi kepada mereka sebentar ?" Pinta ayahku.

Tanpa melengahkan masa,akupun terus menyerahkan telefonku kepada Ustaz Abu. Ustaz Abu kelihatan hairan ketika aku memberitahu bahawa ayah ingin bercakap dengannya.

"Assalamualaikum Mohammad."

"Waalaikummusalam,Ustaz. Sihat?"

"Alhamdulillah kheir. Kamu sihat? Kenapa Mohammad? Ada apa?" Tanya Ustaz Umar dengan rasa ingin tahu.

"Saya alhamdulillah sihat,Ustaz. Ustaz,sebenarnya....." ucapan ayah tiba-tiba terhenti seketika.

"Iyaa Mohammad. Ngomong aja gak papa"

"Sebenarnya saya ingin meminta maaf sebesar-besarnya kepada keluarga Ustaz terhadap kematian Umar",jelas ayahku.

"Oh tidak mengapa. Sudah qadarullah semuanya Mohammad",jawab Ustaz Abu dengan tenang.

"Bukan,Ustaz. Sebenarnya,kemalangan Umar telah dirancang oleh Fikri. Saya minta maaf,Ustaz. Saya terlalu percayakan orang luar" ,jelas ayah sambil menangis teresak-esak.

Mendengar penjelasan dari ayahku,kelihatan raut wajah Ustaz Abu bertukar menjadi kecewa. Namun,beliau masih boleh senyum dan berkata,

"Iya Mohammad. Tidak mengapa. Sudah takdir dari Yang Maha Kuasa. Jika benar Fikri yang bersalah,biarlah Allah yang membalas semua nya"

Sangat tenang dan matang bukan jawapannya ? Mereka bukan sahaja dari keluarga baik namun sangat matang dalam menghadapi masalah. Setelah selesai berbicara dalam telefon,Ustaz Abu terus memberitahu Umi Khadijah tentang hal itu. Pada awalnya,Umi sedih seakan-akan tidak boleh menerima tentang khabar yang diterimanya sebentar tadi. Tapi,apabila Umi ditenangkan oleh Ustaz Abu,Umi sudah semakin tenang dan redha.

Mungkinkah Dia?💔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang