BAB 11

219 4 0
                                    

Aku menjalani hari-hari menjelang pernikahan ku dengan menghadiri kursus perkahwinan,mengukur baju pengantin sehinggalah ke hiasan pelamin . Perjumpaan aku dan Umar ditemani oleh ibuku dan ummi nya . Kita membawa kereta masing-masing dan bertemu di titik lokasi . Sejujurnya,aku gembira kerana aku yakin Umar lah cinta sejati aku . Bagi aku,cinta sejati tak sama dengan cinta pertama . Cinta sejati adalah cinta yang kekal selama-lamanya . Ciaa ciaa ciaa😂

2 hari lagi menuju hari pernikahanku . Sepanjang aku menunggu hari yang amat sangat gembira bagi aku,aku merasakan jauh di dalam lubuk hati aku ini,aku rasa sedih . Aku tidak tau kenapa . Aku menyembunyikan rasa itu dengan solat sunat dengan lebih giat . Doa yang selalu aku panjatkan semoga hari pernikahan kami nanti tidak berlaku hal-hal yang tidak diingini . Luaran aku tampak kegembiraan tetapi,siapa yang mengenali aku saja yang dapat melihat kesedihan dan kegelisahan dalam hatiku ini . Aku dapat merasakan yang Umar boleh membaca isi hati aku yang sepertinya dalam kegelisahan sehingga dia memberanikan diri untuk bertanya kepada aku ketika aku dan dia sedang mencari baju yang sesuai . Itulah kali kedua dia membuka bicara kepada aku . Kali pertama adalah ketika isu tisu beberapa bulan yang lalu🙈😂
.

.........................
"Kamu gak apa-apa ?(awak okey?)"
"Eh ? Haa . Okay-okay . Heee"
"Kalau ada masalah,cerita ya . Kalau tak mau cerita ke saya,boleh cerita ke ummi atau ibu awak :)"
............................

Sungguh . Dia sangat sopan dan menghormati wanita . Aku tak tau bagaimana lagi aku hendak menceritakan tentang dirinya kepada kalian semua . Dia sangat berbeza dengan masa lalu ku itu . Sekejap....Kenapa aku mesti banding-bandingkan Umar dengan dia ? Sudah terang lagi bersuluh Umar itu jauh lebih baik daripada dia . Fikri itu hanya masa lalu aku yang aku harus buang dari hidup dan fikiranku . Dia sudah tak penting dalam hidupku .

Kita berempat sampai di rumahku pada jam 6:00 petang . Ibuku mempelawa Umar dan ummi Khadijah untuk masuk singgah seketika namun mereka menolak pelawaan ibuku itu . Mereka meminta izin untuk pulang . Aku dan ibuku masuk ke dalam rumah disambut oleh ayah dan adikku . Ayah aku memberitahu bahawa esok kakakku,Salmah akan pulang dari luar negara hanya untuk semata-mata menghadiri majlis perkahwinan ku . Aku sangat gembira kerana dia dapat menepati janji nya . Tetapi,entah kenapa bila keluargaku bercerita tentang kak Salmah,aku jadi teringat akan Fikri,si pendusta itu .

Aku masuk ke dalam bilik membersihkan diri aku lalu akupun solat . Selesai solat,tiba-tiba aku seperti dibelenggu oleh masa lalu . Aku kembali teringat akan kenangan aku dan Fikri 7 tahun yang lalu . Dalam hatiku berkata,kenapa dia perlu datang ketika aku sedang ingin menempuh hidup baruku bersama Umar ? Kemana dia menghilang selama hampir 3 tahun ini ? Aku tak habis fikir . Lamunan ku terhenti dengan adanya adik aku yang berada di sebelah aku . Dia tiba-tiba duduk di sebelahku . Akupun taktau bila dia masuk . Aku memarahi dia . "Lain kali ketuklah dulu pintu bilik akak ni . Ucap salam ke ?" . Lalu dia membalas,"adik dah bagi salam beratus kali,akak . Dah ketuk dah pintu ni sampai nak patah jari adik ni",bebel nya . Muka ku ada sedikit senyuman . Aku tidak jadi memarahi dia kerana celotehnya yang comel itu .

Adikku bertanya adakah aku baik-baik sahaja atau tidak . Sudah tentunya aku baik-baik saja . Apalah adik aku ni😂 dia kata bahawa dia mendapat amanah dari Ustaz Umar supaya menjagaku kerana aku kelihatan sangat tidak okey😂 aku memang suka bercerita akan rahsia ku kepada adik aku . Aku lebih suka membawang dengannya berbanding dengan kakakku,Salmah kerana aku dan Kak Salmah sudah lama terpisah .

Mungkinkah Dia?💔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang