Beberapa jam kemudian selepas kejadian kematian Umar telah reda,Ustaz Abu menyuruhku untuk menelefon keluargaku sekali lagi. Aku membuat panggilan video dan tanpa melengahkan masa,Ustaz Abu terus menyampaikan hajatnya untuk menjodohkan aku dengan sepupu Umar iaitu Hussein. Keluargaku yang di Malaysia langsung bersetuju dan mereka akan segera terbang ke Indonesia.
Keluargaku yang dari Malaysia semua hadir 3 hari selepas aku membuat panggilan video itu. Aku kembali bertemu keluarga kandungku selepas beberapa hari tidak berjumpa. Rasa rindu di dada hanya Tuhan yang tahu. Ayah dan ibuku meminta kami untuk menunjukkan di mana Umar dikebumikan kerana mereka ingin menziarahi Umar. Selepas aku dan keluarga almarhum Umar menunjukkan dimana terletaknya makam arwah,keluargaku langsung bertafakur membaca doa dan sedekahkan al-Fatihah kepada arwah. Setelah selesai,kami semua pulang ke rumah Ustaz Abu yang telah diescort oleh polis kerana lalu lintas sesak pada waktu itu.
Setibanya di rumah,Umi Khadijah menunjukkan bilik tetamu kepada ibu,adik dan kakakku. Adikku berasa teruja dan nyaman kerana rumahnya agak luas. Sementara kami semua pergi melakukan "room tour",ayahku tetap berada di ruang tamu bersama Ustaz Abu. Pada awalnya,aku mendengar mereka bercerita tentang rumah yang didiami oleh keluarga Ustaz Abu itu kerana rumah itu baru sahaja dibangun.
Apabila Umi menunjukkan bilik yang bakal didiami oleh adik aku untuk beberapa hari kedepan,dia sangat gembira. Dia mula melompat-lompat di katil itu. Aku,ibu dan kak Salmah memberi amaran kepada adikku agar sentiasa sopan di hadapan orang lain. Lebih-lebih lagi dia sedang berada di rumah Umi Khadijah. Umi yang melihat gelagat adikku itu hanya ketawa kecil kerana beliau geli hati melihat kelakuan adikku itu. Tak lama selepas itu,kedengaran enjin kereta yang baru saja dimatikan. Aku cepat-cepat melihat ke luar dari dalam tingkap bilik. Umi Khadijah menyakatku.
"Lagi liatin siapa itu ? Cieeee. Iya itu Hussein yang datang. Hihi"
Ibu melihatku dengan hairan dabn bertanya kepada umi.
"Hussein ? Siapa Hussein itu Ustazah ?"
"Hussein itu yang mahu dijodohkan sama Izzati ini. Sepupu nya Umar"
Mendengar penjelasan Umi,adikku bersorak gembira
"Waaaahhh yeke Ustazah ? Abang Hussein tu handsome macam abang Umar tak kak ?"
"Tanya adikku kepadaku." Aku tau niat dia bertanyakan soalan itu kerana ingin menyakatku😒
"Ish. Diam lah kau" marahku.
"Udah. Ayo keluar. Kita temui Ummu dan Hussein di luar",ajak Umi
Apabila kami semua keluar,Ummu langsung berkenalan dengan ibu. Mereka baru sahaja berkenalan tetapi sudah akrab seperti sahabat yang lama tak berjumpa. Dipendekkan cerita,mereka telah berbual-bual dan langsung menetapkan tarikh pernikahan antara aku dan Hussein.
KAMU SEDANG MEMBACA
Mungkinkah Dia?💔
Random[COMPLETED ✅] FOLLOW DULU SEBELUM MEMBACA Anak muda dan mimpinya tentang ingin menikah dengan pria idaman. Namun,perbuatan khianat yang takkan pernah dimaafkan seumur hidup. Mampukah dia bertahan selepas hubungan percintaannya selama 8 tahun kandas...