'WHATT ??!! FIKRI ??!' . Ye Fikri . Fikri itulah lelaki yang pernah buat aku bahagia kemudian terluka . Dia lah yang mencintai kakakku itu :') Tapi,sedikitpun aku tak pernah rasa dendam terhadapnya . Malah aku bersyukur . Sebab dia lah aku boleh berjumpa dengan Ustaz Umar,sang tunang🙈 Jujur,aku memang pernah berdendam dengannya . Tapi itu dulu . Sekarang,aku dah berubah . Banyak yang Ustaz Umar dah ajar aku tentang kebaikan-kebaikan yang lain . Dia yang mengajak aku dan membawa aku ke arah kebaikan . Dari situ,aku sedar bahawa dialah pilihan yang tepat untukku😉
Hari silih berganti,pada waktu itu juga aku ditinggalkan sekali lagi oleh Ustaz Umar ke Mesir . Katanya,ingin melawat dan menziarah kubur-kubur sahabat nabi disana . Akupun meng'iya'kan dan merelakan dia pergi meninggalkanku sekali lagi😌 Pada keesokan paginya,Ustaz Umar dan keluarga sudahpun bertolak dari Indonesia ke Mesir . Telefon ku berdering menunjukkan ada orang yang menelefonku . Aku tengok pada nombor tersebut . Ia nombor yang tidak diketahui (aku tak pernah save nombor itu) . Dengan fikiran yang positif dan hati yang terbuka,aku pun langsung menjawab panggilan tersebut . Tiba-tiba.....
"Hai . Ni Izzati kan ?"
"Ye . Ni siapa ?"
"Ni fikri . Hehe . Izzati sihat ?"
"Oh . Alhamdulillah ."
............
"Izzati ? Kenapa diam je ? Cakaplah sesuatu . Awak tak rindu saya ke ?"
"Nak cakap apa lagi Fikri ? Kita dah tiada apa-apa lagi hubungan . Awak sendiri yang putuskan hubungan kita dulu kan ? Tolonglah fikri . Saya ni tunang orang . Bakal isteri orang ."
"Tapi izza....."
"Dah lah . Kita buat haluan masing-masing . Jangan cari saya lagi . Assalamualaikum ."Aku rasa sangat marah . Kalau boleh,aku nak makan meja,nak baling semua barang ke lantai (senang cerita,aku nak jadi HULK😂) . "Kenapa dia baru nak datang ? Kenapa dia baru munculkan diri dia ? Kemana dia pergi selama ini ?",bermacam-macam soalan yang timbul dalam benak fikiranku . Aku tak mampu untuk menanggungnya seorang diri😪 Jujur aku katakan,aku masih sayang dan cintakan dia . Tapi,kalau aku tidak menegaskan diri aku untuk menjauhkan diriku kepadanya.....Sampai bila-bila pun aku akan jadi insan yang lemah . Tambah-tambah lagi Fikri itu ialah cinta pertamaku . Aku gagahkan diri untuk move on darinya . Meskipun sakit :') Tapi bila dah lama-lama,aku mulai melupakannya . Tambahan lagi semasa aku sudah mengenali Ustaz Umar itu . Memang betul Fikri itu cinta pertamaku . Namun,Ustaz Umar itu ialah cinta sejatiku dan aku yakin dia lah jodohku yang telah diaturkan oleh Allah😊
Keesokan harinya,aku telah berbincang bersama keluargaku dan aku memutuskan untuk menukar nombor telefonku kerana aku taknak diganggu oleh Sang Pengganggu,Fikri . Selepas aku solat maghrib,telefonku berdering lagi . Dengan nombor yang tidak dikenali . Aku merasa hairan . Dalam hatiku berkata,"nombor siapa ni?" Setahu aku,aku hanya memberitahu keluarga dan kawan terdekat aku saja . Dan aku meminta mereka agar menyembunyikan nombor baruku ini kepada Fikri . Aku cuba bersangka baik dan aku pun berinisiatif mengangkat telefon itu.......Dan ye,dia yang ada di dalam telefon itu ialah Fikri . Aku tidak tahu siapa yang memberi nombor ku kepada dia . Aku sangat marah kerana itu adalah sebab utama aku menukar nombor telefonku .
...............................................
"Hai Izzati"
"Waalaikummusalam . Ye nak apa ?"
"Oh yela . Lupa . Dah baik kan sekarang . Assalamualaikum ."
..................................................
Aku cukup marah mendengar kata-kata nya itu . Entah apa motif dia menelefonku . Pada waktu itu aku hanya boleh bersabar dan dengan nada yang agak tenang + kesal .
........................
"Waalaikummusalam . Ada apa call ? Ada benda penting ke ? Kalau ada benda penting cakaplah cepat . Tengah sibuk ni."
"Oh yeke ? Izzati tengah kat mana ? Takde . Saya nak cakap yang saya ni rindu zati . Saya rindu kenangan kita bersama dulu . Awak ingat tak zati ? Sudi tak sekiranya zati.........."
"Fikri . Dengar sini . First of all kalau kau taktau lagi,biar aku bagitahu kau . Biar kau sendiri dengar dari mulut aku . Aku ni tunang orang . Calon isteri orang . Jadi,takpayah lah berharap dengan aku lagi . Second,bukan kau suka kakak aku ke ? Please lah jangan mainkan perasaan kakak aku . Aku sayang dia . Kau jaga lah dia elok-elok"
"Tapi zati . Kakak kau dah.........."
"Sudahlah ye Fikri . Aku taknak ambik tau pun tentang hubungan kau dan kakak aku . Kita dah pilih jalan kita masing-masing . Lagipun aku dah nak nikah 2 minggu lagi . Kau datanglah ye . Assalamualaikum"Setelah panjang lebar aku membebel,akhirnya aku dapat luahkan perasaan marahku ke Fikri . Aku kesal . Setelah apa yang dia buat,dia boleh minta maaf macamtu je ? Kadang,aku rasa menyesal sebab dah kenal dengan dia . Untuk pengetahuan rakan-rakan,kakakku sedang belajar di luar negara . Sebab tu aku tak pernah berjumpa dan bergurau dengannya . Aku rindu kakakku . Tapi dia dah janji yang dia akan datang di acara pernikahanku nanti dan pada masa yang sama aku akan memancing tentang hubungannya bersama Fikri . Aku ingin tau kenapa Fikri boleh senekad itu untuk kembali berhubungan dengan aku sedangkan dia sudah memiliki kakakku .
"KRING !! KRING !! KRING !! KRING !!" Bunyi hp ku . Menunjukkan ada yang menelefonku . Tanpa melihat nama pada telefonku,aku langsung angkat dan berkata, "Kau nak apa lagi? Cukup-cukuplah ganggu hidup aku . Please lah ." Aku berkata seperti itu kerana aku yakin itu pasti si Fikri yang telefon . Dalam keadaan bengang/marah aku sambung lagi, "Aku ni nak kawin dah . Bakal isteri orang . Jadi.....tolong . Aku mohon sangat-sangat JANGAN GANGGU AKU." Aku tegaskan perkataan itu tetapi ia menjawab dengan nada yang perlahan,orang di dalam telefon itu memberi salam . Dengan cara yang lembut sekali . "Assalamualaikum" DUUUUUUMMMMMMMMMMMMMM jantungku langsung berdegup kencang kerana aku dapat cam bahawa suara itu adalah suara Ustaz Umar . Entah bagaimana dia boleh mendapatkan number hp ku . Dengan suara yang cemas,aku langsung menjawab salamnya dan mengubah topik pembicaraan sebab aku nak elakkan diri dari kecuaianku tadi😅
............................................
"Waalaikummusalam . Ustaz Umar ? Macam mana kabarnya? Sihat ? Ada kat mana sekarang ? Macam mana boleh dapat number saya?"
"Iya saya . Alhamdulillah sihat . Sekarang sudah ada di Piramid temenin keluarga saya foto-foto buat kenangan . Oh maaf sebelumnya saya tidak memberitahu . Number nya saya minta dari umi mu . Gakpapa(takpe) kan ?"
"Ohh iya ustaz . Gakpapa . Heeeeee"
"Oh iya . Izzati mau apa-apa nggak dari sini ? Nanti saya belikan"
"Eh takpelah Ustaz😅 Susah-susah je"
"Ohh . Yasudah . Btw,jangan panggil ustaz yaa . Panggil Umar saja . Umur kita pun tak jauh beza"
"Ohh baikk ustaz......ehhh Umar maksudnya hehe . Oh iya . Ada apa call ni ? Ada benda penting ke ?"
"Oh tidak . Saya hanya ingin tanyakan tentang ole-ole saja . Soalnya umi saya suruh saya call awak . Kalau begitu,sudah dulu yaa . Assalamualaikum"
"Ohh iyaaa waalaikummusalam"
KAMU SEDANG MEMBACA
Mungkinkah Dia?💔
Random[COMPLETED ✅] FOLLOW DULU SEBELUM MEMBACA Anak muda dan mimpinya tentang ingin menikah dengan pria idaman. Namun,perbuatan khianat yang takkan pernah dimaafkan seumur hidup. Mampukah dia bertahan selepas hubungan percintaannya selama 8 tahun kandas...