BAB 19

81 4 0
                                    

Pihak keluargaku dan keluarga Hussein termasuk keluarga Umar juga telah bersetuju untuk melangsungkan majlis pernikahan kami di Indonesia dan menikah pada minggu hadapan. Ustaz Abu telah menjadi pengganti ayah Hussein kerana ayah Hussein terlibat dalam suatu nahas pesawat yang terhempas kira-kira 5 tahun yang lalu. Aku terkadang keliru dengan perasaanku. Sama ada bahagia atau sedih kerana aku akan menikahi Hussein,seorang lelaki yang kelihatan sombong/angkuh. Dalam masa yang sama,aku dapat merasakan Hussein adalah lelaki yang sangat baik. Dalam tempoh ta'aruf kami,dia sering menanyakan khabarku melalui ibu dan Ummi.

     Hari berganti hari,tibalah hari pernikahan kami berdua. Majlis pernikahan itu diadakan dengan sederhana dan dihadiri oleh kerabat keluarga dan rakan terdekat sahaja kerana majlis ini agak tertutup. Aku dan Hussein sah menjadi sepasang suami isteri hanya dengan sekali lafaz sahaja. Majlis resepsi pernikahan kami diadakan atas permintaan Ummi Khadijah. Majlis resepsi mereka lain seperti majlis-majlis resepsi pernikahan yang pernah aku hadiri sebelum ini di Malaysia mahupun di Indonesia. Tetamu lelaki dan perempuan duduk di meja yang berasingan dan mereka bersalaman hanya kepada yang sama jantina sahaja. Aku merasa keunikan disitu kerana itulah majlis resepsi pernikahan yang sebenar menurut Islam.

Ketika aku dan Hussein sedang berbulan madu,Hussein menanyakan kepadaku tentang perasaanku terhadapnya. Secara jujur aku jawab,"pada awalnya saya tak suka awak. Sebab awak jauh berbeza dengan Umar. Awak orang yang sangat annoying/nyebelin." Dia menatapku dengan tajam lalu tersenyum. Terkadang aku terfikir,mungkinkah dia sebenarnya jodoh aku yang dipertemukan melalui Umar ?

     Selepas pulang dari berbulan madu,kami berdua sempat menziarahi kubur Umar.

Setibanya kami di rumah,ayah memberitahuku bahawa Fikri akan diberikan balasan yang setimpal kerana telah membunuh dengan sengaja. Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi kerana aku tidak mampu untuk membalas. Yang aku boleh lakukan adalah mendoakan yang terbaik untuk orang yang telah mengkhianati kami. Ternyata,selama ini orang yang keluarga aku bangga-banggakan rupanya dalang disebalik tangisan jutaan manusia.

*Arwah Umar amat disayangi oleh orang-orang disekelilingnya dek kerana keramahan hati beliau*

- T A M A T -


Moral of the story ,
Jangan terlalu percayakan orang yang bukan berasal dari keluarga kita. Apapun itu,yang terpenting adalah keluarga kita❤️

Mungkinkah Dia?💔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang