BAB 14

127 3 0
                                    

     Kami pun tiba di masjid. Disana,belum ada sesiapa lagi kecuali Ahli Jawatankuasa masjid. Hanya ada keluarga aku. Aku tidak melihat kehadiran Umar dan keluarganya. Mungkin mereka belum bertolak dari rumahnya. Tanpa berfikir panjang,aku terus menggapai telefon bimbitku yang ada di beg tangan ibu. Aku langsung membuka whatsapp dan menanyakan keberadaan Umar. Tidak lama kemudian,dia membalas pesanku itu. Dia dan keluarganya baru sahaja hendak keluar dari rumah. Aku membalas "okeyy. Hati2😊❤️💕". Aku sendiri tak tahu perasaan apa yang timbul dalam hati saat ini. Mungkin rasa gembira bercampir sedih kerana aku akan hidup dengan orang yang aku cinta dan meninggalkan orang yang sangat aku sayangi iaitu keluargaku.

30 minit...50 minit...1 jam...aku tetap menunggu Umar dan keluarganya. Namun,mereka tak kunjung datang. Aku mulai rasa gelisah dan tak sedap hati. Fikri mempelawa ku untuk duduk di kerusi yang berhampiran namun aku menolak kerana aku sangat mengkhawatirkan keberadaan Umar dan keluarganya. Sejak aku menolak pelawaan itu,Fikri pun kemudiannya berdiri dari tempat duduk nya dan menemani aku. Dia berdiri tepat di samping aku. Dengan perasaan yang risau dan tidak selesa,aku bertanya kepada Fikri "kenapa berdiri kat sini ? Sana lah. Saya tak selesa lah. Awak duduk jelah". Fikri yang tadinya berdiri di sampingku,kini dia berdiri di depan aku. Tepat depan aku. Sambil dia berkata,"sebab....saya taknak ada benda yang tak diingini berlaku dekat awak. Saya akan teman awak tunggu Ustaz tu walaupun dia takkan pernah sampai sini",sambil tersenyum sinis dan kembali berdiri di sampingku.

"Nama dia Umar,Fikri. Dah lah. Saya anggap awak macam abang saya je. Jadi,tolong lah. Tak sedap dipandang orang kalau orang nampak kita berdua-duaan macamni. Lebih-lebih lagi Kak Salmah. Tapi sekejap,apa maksud awak yang dia takkan pernah sampai sini ?",tanyaku dengan penuh kehairanan. "Oh. Takde apa-apa baby😉",jelasnya. Aku tidak memandangnya sama sekali malah aku mengendahkan kata-kata nya itu.

1 jam 30 minit. Ye,amat lama bagi aku namun aku tetap tunggu dan sanggup berdiri selama 1 jam 30 minit. Ketika aku sedang menunggu Umar dan keluarganya di luar,aku mendengar suara ibu yang menjerit histeria dari dalam masjid. Semua orang yang berada di situ terus beredar ke dalam masjid untuk mengetahui apa yang terjadi. Aku pun berlari pantas untuk menjenguk tentang apa yang terjadi di dalam masjid. Ketika itu,aku bertanya kepada ibu dengan perlahan dan tenang. Lalu setelah ibu memberitahuku perkara yang sebenar. Hati aku terus duuuushhhh !!!! Hancur,retak,patah,sedih. Aku tidak dapat menahan air mata aku disitu dan akhirnya aku menangis kerana ibu memberitahuku bahawa Umar dan keluarganya mengalami kemalangan sewaktu menuju ke masjid. Aku seperti tak percaya hal ini akan berlaku. Namun,siapa kita hendak melawan takdir Yang Maha Esa ?

     Aku dan keluargaku bergegas ke alamat hospital yang diberikan oleh jururawat yang merawat keluarga Umar itu. Tanpa aku sedari,Fikri yang memandu kereta ayah aku. Tapi pada waktu itu,aku tidak mahu terlalu memikirkan tentang hal itu kerana yang aku fikirkan hanyalah tentang Umar. Kami pun tiba di hospital. Di wad itu,aku hanya melihat anggota keluarga Umar. Apabila aku imbas kembali,baru aku sedar bahawa Umar tidak ada di dalam wad itu. Aku langsung bertanya kepada doktor yang sedang melakukan check-up terhadap Ustaz Abu. Lalu,dengan nada yang perlahan dan agak tidak sampai hati untuk memberitahu,doktor tersebut memberitahu bahawa Umar sedang mengalami koma dan sekarang berada di ICU. Keadaannya yang kritikal membuatkan Umar tidak sedarkan diri kerana berlakunya hentaman yang kuat di kepala nya. Air mataku terus mengalir tanpa henti. Kak Salmah peluk aku dengan erat untuk menenangkan aku. Doktor mengarahkan aku dan keluarga untuk keluar dari wad itu agar tidak mengganggu keluarga Umar yang lain. Sebelum keluar,aku meminta izin kepada doktor untuk melawat Umar namun doktor tidak mengizinkan Aku kerana belum tiba masa yang sesuai untuk melawat.

Aku duduk di kerusi yang telag disediakan di luar ruangan wad pesakit. Disana,aku menangis tanpa henti. Kak Salmah cuba untuk menenangkan aku dan Nur memeluk aku dengan harapan agar aku kuat menghadapi ujian ini. Diri aku kembali tenang saat ibu yang kemudiannya datang dan memeluk aku serta memberi aku sedikit kata-kata semangat untuk kuat. Aku mendoakan tentang kesihatan Umar sambil berzikir menggunakan tasbih. Tiba-tiba....Tasbih yang tadinya ada di tanganku putus. Aku mengutip satu per satu manik tasbih itu tanpa ada rasa sedikit keraguan.

Keadaan menjadi tegang apabila doktor yang arahnya dari wad ICU datang ke kami sekeluarga. Aku terus berdiri dari mengutip manik itu dan menuju ke arah doktor. "Waris Encik Umar ?",doktor itu bertanya. "Saya bakal bapa mertuanya,doktor. Keluarganya sedang berada di wad. Mereka mengalami kemalangan",kata ayahku. Seorang doktor pakar yang rupanya agak tinggi,putih dan umurnya sekitar 30-an yang memakai cermin mata itupun menanggalkan cermin matanya dan meletakkan cermin matanya di poket baju doktor. Sambil menarik muka prihatin,aku dengan rasa tidak sabar aku terus memaksa doktor itu untuk memberitahu hal yang sebenar kerana aku yakin ada sesuatu yang doktor itu simpan dari kami semua.

     "Maafkan saya,cik. Pihak kami dah cuba sebaik mungkin. Namun,nyawa Umar tidak dapat diselamatkan." Aku terkedu. Terdiam seketika. Air mata terus mengalir di pipiku tanpa henti. Kalian dapat merasakan apa yang aku rasa,kan ? Sedih. Orang yang aku perjuangkan mati-matian sekarang dah tiada. Aku rasa sangat lemah mendengar khabar tersebut. Keluarganya sudahpun mengetahui hal ini sejurus selepas mereka sedar. Umi Khadijah berasa sangat terkejut dan sempat pengsan.

Mungkinkah Dia?💔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang