PROLOG
KAMPUNG Bukit Tengah, Kuala Tiga. Terletak di Tanah Merah, Kelantan. Kampung yang dibangunkan pada awal 70-an. Bagi tujuan penerokaan tanah hutan untuk dijadikan kebun getah. Sememangnya penduduk di kampung ini adalah penoreh getah.
Dan kini kampung ini telah dihuni oleh 735 orang. Dan diwarisi kepada generasi ke-dua. Penduduknya hidup sederhana. Keramahan dan kemesraan penduduk amat ketara. Masing-masing mengenali antara satu sama lain. Mereka hidup bermuafakat dan bergotong-royong.
Cerita yang didengar dikongsi bersama. Kegembiraan dirai beramai-ramai. Masalah diselesai dengan aman. Tiada sengketa dan duka. Yang ada hanya kemeriahan. Sungguh beruntung penduduk Kampung Bukit Tengah, Kuala tiga. Walau hidup di kawasan hulu jauh dari pembangunan tetapi tenang bersama alam yang menghijau.
Usai solat Subuh, dengar bunyi enjin motorsikal. Keluar dari halaman rumah masing-masing. Si suami membonceng motor, duduk di belakang si isteri. Masing-masing dalam lingkungan umur 40-an sehingga 50-an. Beberapa buah motorsikal dilihat keluar dari kampung hendak ke kebun getah masing-masing. Beginilah rutin harian.
Namun ada juga yang berjalan kaki. Jika kebun getah dekat dengan rumah. Kelibat tiga orang mak cik kelihatan berjalan lenggang-lenggok. Mulut pula tidak berhenti berbicara. Ada saja gosip liar yang mahu dikata. Di selang-seli dengan gelak ketawa. Mungkin bercerita pasal Pak Mat Hitam yang kemalangan. Dengar kata, motorsikal Pak Mat Hitam melayang hingga melekat di dahan pokok. Bagaimana terjadi hanya Pak Mat Hitam yang tahu. Namun dia sendiri pun masih bingun. Ada orang cakap Pak Mat Hitam menyahut cabaran budak nakal dengan willi motorsikalnya.
"Tak padan dengan tua, nak wili macam orang muda," ujar mak cik yang berbadan gempal. "Teruk ke dia sakit?" dia bertanya pula kepada mak cik yang lebih kurus dan tinggi.
"Taklah teruk. Luka sikit aje. Kat siku," balasnya selamba. "Tadi pun nampak dia pergi menoreh dengan bininya."
"Dia pergi dengan motorsikal?" Mak cik yang pendek mencelah. "Macam mana dia bawa turun dari pokok?"
"Guna ilmu hitam kot..." mak cik yang gempal berjenaka. "Dia kan Pak Mat Hitam," ujarnya lagi dan disambut dengan gelak ketawa mereka bertiga.
Suara gelak ketawa yang meriah telah melalaikan mereka. Tanpa diduga ada sepasang mata sedang memerhati. Lagaknya bagaikan pemangsa buas. Mengintai dari celah belukar yang tebal di sisi denai. Memerhati rakus dengan tenang. Bunyi nafas mengeram seakan teruja. Berasa geram dengan mangsa. Nafsu buas dipaksa bertindak. Sebelum peluang terlepas. Namun langkah kaki tersilap. Terpijak ranting kayu dan patah.
PARK...!
Bunyinya telah menarik perhatian mak cik yang berbadan gempal. Lagi pun dia berada di sisi bahu jalan.
"Bunyi apa tu?"
Laju dia bersuara dek terlalu panik.
"Aku nampak sesuatu lah."
Mak cik berbadan gempal menyuluh cahaya lamput picit ke dalam belukar.
"Kenapa Senah?"
Mak cik berbadan tinggi menyoal. Dia pun menalakan cahaya lampu picit ke dalam belukar juga.
"Apa yang kau orang berdua cari ni?"
Mak cik yang berbadan pendek pula berasa resah. Dia ikut sama memandang ke dalam belukar yang gelap.
"Yalah, Senah... apa yang kau nampak? Kau cari apa?"
YOU ARE READING
SIHIR ORANG MINYAK
Mystery / ThrillerNOVEL KE-LIMA DARI PENULIS THRILLER KHAIRUL NAIM. SEBUAH NOVEL SPY STORIE/ MISTERI PENYIASATAN.