BAB 4

1.3K 55 0
                                    

BAB 4

KEDENGARAN enjin kereta Proton Perdana warna hitam memasuki ruang halaman depan rumah. Serentak itu juga seorang wanita dalam lingkungan umur 40-an meluru ke muka pintu yang terbuka luas. Dek kerana ada tetamu yang berkunjung ke rumah. Wanita itu mahu memaklumkan perihal tetamu tersebut kepada pemandu kereta itu. Yang sudah pun mematikan enjin keretanya.

"Bang..."

Wanita itu bersuara perlahan macam berbisik. Wajahnya pula teruja. Macam orang gembira sangat-sangat. Macam gelojoh pun ada juga. Tidak sabar hendak bagitahu sesuatu.

"Bang, cepatlah..." ujarnya bernada gedik. Meminta suaminya buka pintu kereta cepat-cepat.

"Apanya..." rungut si suami dek rimas dengan sikap tidak senonoh si isteri yang tiba-tiba menggedik semacam.

"Cepatlah keluar... ada orang datang rumah ni?" ujar si isteri. Berwajah ceria.

"Siapa...?" si suami bertanya sebaik keluar dari perut kereta.

Si isteri tidak menjawab. Dia berjalan lengang-lenggok dari muka pintu dan menghampiri si suami. Sangat rapat sebab hendak berbisik. Dirapatkan bibirnya itu ke cuping telinga suami.

"Apa...!" si suami terperanjat. Tiba-tiba saja teruja.

Si isteri mengangguk kepala perlahan. "Betul, bang... dia ada dalam rumah kita sekarang."

"Biar betul...?"

"Betul, bang... kenapa pula saya nak tipu. Saya kenal dia. Saya ingat rupa dia." Rungut si isteri bernada manja.

Tergesa-gesa si suami masuk ke dalam rumah.

"Assalamualaikum..." Laju dia memberi salam.

Serentak itu juga si tetamu berpaling. Salam dijawab segera dan bingkas bangkit. Dek hormatkan tuan rumah itu. Lagipun dia adalah seorang polis. Inspektor senior di Bukit Aman.

"Dah lama tunggu?"

"Taklah... baru saja."

"Eh...duduklah, duduklah," si suami cuba beramah mesra. Menyembunyikan perasaan terujanya. Macam manalah tak teruja bila berdepan seseorang yang dikagumi. Bukan dia seorang saja, isterinya pun amat meminati si tetamu itu.

"Maaflah, encik... sebab mengganggu. Datang malam-malam macam ni."

"Taklah... tak mengganggu pun. Saya lagi suka kalau awak datang rumah saya. Betul ke awak datang nak jumpa saya."

Si suami memulakan bicara. Perasaan ingin tahu mula menguasai diri. Bermacam-macam soalan bermain difikiran. Kenapa dengan tiba-tiba sesorang yang ternama datang ke rumahnya di malam hari. Macam tak sangka.

"Ya, saya nak jumpa encik..."

"Nak interview saya? Betul ke?"

"Ya, betul... saya nak wawancara encik. Boleh saya wawancara sekarang?"

"Eh... boleh-boleh." Makin teruja si suami. "Sebelum tu saya nak tanya, boleh?"

"Er.. boleh, boleh... tanya apa?" Nadzmir gelisah. Macam risau. Bimbang akan pecah temberang.

"Awak ni pengacara program realiti yang popular tu, kan? Kat stesen tv nombor satu Malaysia. Program bongkar kes jenayah dan isu semasa. Kan?"

Nadzmir tersentak. Terperanjat. Tapi tersenyum bangga. Hingga terlupa hendak menjawab. Dia mengangguk perlahan. Sekali saja.

"Encik... Inspektor Hisham, kan?"

Inspektor Hashim tidak menjawab. Tapi mengukir senyuman.

"Senior inspektor, kan? Risau saya takut tersilap orang." Nadzmir berseloroh. Saja nak ceriakan suasana. Tak mahu Inspektor Hisham banyak bertanya.

SIHIR ORANG MINYAKWhere stories live. Discover now