BAB 14
"PELIKNYA cerita kau ni, Ezad." Ujar Aiman.
"Pelik apanya. Aku dah separuh mati. Nasib baik bukan ajal aku." Getus Ezad. Bernada tinggi dek geram dengan Aiman. "Kau tak percaya aku ke?" Bebelnya lagi.
"Eh... ke situ pulak. Bukan soal kau. Ni soal Nadzmir. Aku cakap ni pasal Nadzmir. Bukan pasal kau." Aiman membalas bebelan Ezad.
"Oh... begitu. Aku ingatkan kau tak percaya dengan cerita aku kena serang dengan ombak jahat." Jelas Ezad. Mempertahankan dirinya diserang ombak jahat kelmarin. "Apa yang pelik pasal Nadzmir?"
"Tak kan kau tak perasan. Kan kau selalu bersama dia." Ujar Aiman.
"Err..." Ezad berfikir sejenak. "Yalah... kau tahu tak dia dah mati?" Membuntang biji mata Ezad. Nak bagi nampak serius dakwaannya itu.
"Eh... apa kau merepak ni." Balas Aiman.
"Si Naz tu dah mati. Tapi tiga minit aje. Selepas itu dia hidup semula." Cerita Ezad.
"Biar betul?" Aiman sukar hendak percaya.
"Betullah... buat apa aku nak tipu. Ni soal hidup dan mati tau. Aku dah jadi macam ni. Tak kanlah aku nak tipu lagi." Ezad seperti merajuk.
"Yalah..." Aiman memujuk. "Cuba cerita... apa sebenarnya yang berlaku? Sehingga Nadzmir mati dan hidup semula."
Ezad pun bercerita. Perihal Nadzmir yang mengejar lelaki berpakaian hitam. Yang mengambil gambar secara curi. Sehingga dilanggar lori tayar 6.
Mereka berdua berada di Muar. Semalam, Aiman datang segera ke Kuala Lumpur. Setelah dipaksa oleh Izad. Setelah itu, pagi-pagi mereka bertolak ke Muar. Mahu berjumpa Tok Kadak. Aiman berfirasat yang Tok Kadak saja yang dapat membantu. Setelah tiba di Muar, Tok Kadak tiada di rumahnya. Jirannya berkata, Tok Kadak ke Riau. Akan pulang esok hari. Kini mereka berada di hotel bajet. Di pekan Muar.
"Sebenarnya kan, sejak dia kemalangan. Macam-macam perkara pelik yang berlaku." Ujar Ezad. "Eh... bukan sejak Nadzmir kemalangan tapi sejak dia buat keputusan mahu menyiasat kes orang minyak. Sejak kemunculan lelaki misteri yang datang ke rumahnya. Datang dengan tiba-tiba."
"Oh... kes orang minyak. Aku juga yang pujuk dia menyiasat kes orang minyak. Untuk pulihkan kembali semangat dia. Jika tidak duduk terperap dalam rumah ajelah. Sekarang ni dia setujulah jadi penyiasat persendirian? Menyiasat kes orang minyak?" Tanya Aiman bersungguh-sungguh.
"Ya... sekarang ni aku rasa dia ada kat Kelantan. Sebab itu dia tak ada kat rumah." Kata Ezad.
"Kau tak cuba call dia..."
"Sudah..." Spontan Ezad menjawab. "Tapi tak angkat. Pelik juga aku. Kenapa dia tak angkat?"
"Kau call nombor lama ke? Nombor lama dia dah tak guna. Sejak kontroversi hitam tu. Call lah nombor baru dia." Ujar Aiman.
"Dah... aku call nombor baru dialah. Nombor baru dia tak semua orang ada. Kita-kita aje, yang rapat dengan dia. Setiap kali aku call dia mesti cepat angkat. Kalau tak sempat angkat dia akan call aku semula. Itu yang peliknya." Ujar Ezad. "Aku risaulah." Dia mengeluh pula.
"Kau rasa siapa yang suruh dia menyiasat kes orang minyak tu?" Aiman bertanya dek sudah lama ingin tahu pasal lelaki misteri yang datang ke rumah Nadzmir dengan tiba-tiba.
"Oh... lelaki tu namanya Jalaluddin Bakar. Cuma tahu nama saja. Itupun Nadzmir yang bagitahu." Jawab Ezad.
"Kau tak siasat ke, tak cari maklumat pasal lelaki tu?" Bereya-eya Aiman menyuruh.
YOU ARE READING
SIHIR ORANG MINYAK
Mystery / ThrillerNOVEL KE-LIMA DARI PENULIS THRILLER KHAIRUL NAIM. SEBUAH NOVEL SPY STORIE/ MISTERI PENYIASATAN.