BAB 23

888 37 10
                                    

BAB 23

PERTEMUAN dengan Zaidi sekejap tadi menjawab persoalan yang bermain dibenak fikiran Nadzmir. Betul jangkaannya. Fail laporan yang ditemui di rumah tempat Azizan tinggal adalah yang asal. Manakala yang berada dalam bilik simpanan rekod adalah palsu. Menurut Zaidi lagi fail laporan bedah siasat orang minyak diambil pegawai penyiasat. Mungkin kah orang itu Azizan?

Nadzmir dalam perjalanan pulang semula ke Kampung Kuala Tiga. Setelah pertemuan dengan Zaidi tadi dia ke bilik hotel. Mengambil telefon pintarnya yang tertinggal. Padanlah Ezad menelefon tidak berjawab. Kemudian dia menghantar Liza ke IPD Tanah Merah. Dia meminta Liza mencari identiti siapa pegawai penyiasat yang dipertanggunjawabkan menyiasat kes orang minyak.

Ketika memandu, Nadzmir teringatkan soalan yang diajukan oleh Liza. Selepas pertemuan dengan Zaidi tadi. Liza bertanya kepadanya...

"Siapa sebenarnya orang minyak tu? Tengok pada gambar macam muda lagi, macam budak lepasan universiti. Mungkin ke dia bersahabat baik dengan mangsa yang dirogol dan dibunuhnya. Tapi... kenapa pula dia nak jadi orang minyak? Atau dia terpaksa jadi orang minyak."

Pertanyaan itu terngiang-ngiang dibenak fikiran Nadzmir. Bijak juga si Liza. Pandai membaca profil kes. Nadzmir tersenyum seorang diri bila terkenangkan Liza. Biar pun perempuan, dia tiada rasa malu atau rendah diri. Katanya, zaman sekarang perempuan mesti bersaing dengan lelaki. Menjadi hebat dan serba boleh seperti lelaki. Nadzmir ada bertanya, kenapa dia jadi polis. Jawab Liza...

"Kerana abanglah."

Nadzmir tergamam. Terkejut dengan jawapan Liza. Walaupun tidak mengerti maksud tersirat jawapan Liza itu. Kemudian Liza pula bertanya kepada Nadzmir.

"Kenapa abang jadi wartawan, dan membantu orang yang tidak dikenali?"

Nadzmir tersenyum sinis dengan soalan itu. Bukan apa, dia sendiri pun tidak pernah bertanya kepada dirinya. Kenapa dia menjadi wartawan. Nadzmir menjawab soalan itu secara spontan.

"Kepuasan..."

"Kepuasan? Kepuasan apa yang abang cari?" Liza bertanya lagi.

"Mmm..." Nazdmir termenung sejenak. "Bukan mencari kepuasan. Tapi... nikmat kepuasan yang diperoleh. Bila kerja yang dilakukan itu berkat dan bersungguh-sungguh dilakukan. Nikmat kepuasan itu akan dirasai. Sentiasalah berbuat kebaikkan. Berbuatlah apa saja yang boleh menggembirakan orang. Bagi kasih sayang pada mereka. Itulah kepuasan. Dan jangan sesekali berbuat baik tapi tidak memberi kasih sayang. Macam orang yang suka ambil kesempatan atau suka menunjuk-nunjuk melakukan kebaikkan."

30 minit perjalanan Nadzmir tiba di Kampung Kuala Tiga. Sebaik memasuki kampung itu dia terdengar suara jeritan yang pedih. Seperti orang yang menanggung penyeksaan. Jeritan seorang lelaki. Spontan Nadzmir menekan pedal brek. Dia tergamam dan terkejut besar. Lantas menoleh ke belakang. Sangkaannya meleset. Ingatkan ada orang yang menjerit di tempat duduk belakang. Jeritan itu sekejap saja tapi amat menakutkan.

Tiba-tiba ada orang datang mengetuk cermin tingkap kereta Nadzmir. Nadzmir terperanjat dan menoleh ke luar. Ada seseorang di sisi kereta.

"Kenapa? Nampak takut aje?"

Nadzmir menurunkan cermin tingkap keretanya. "Ohhh... tak apa-apa." Jawab Nadzmir. Dia mengenali orang itu. Imam muda masjid. Johari namanya. Juga anak saudara kepada penghulu.

"Baiklah... kalau tak ada apa-apa, aku pergi dulu." Ujar Johari yang ketika itu sedang membonceng motorsikal.

Nadzmir mengangguk kepala. Tiada sebab untuk dia menghalang. Kemudian dia teringatkan sesuatu. Dia ingin bertanyakan sesuatu kepada Johari. Cepat-cepat dia menahan.

SIHIR ORANG MINYAKWhere stories live. Discover now