BAB 9

1K 53 2
                                    

BAB 9

PENGHULU baru akan dilantik. Undi tidak percaya akan dilakukan dalam masa terdekat. Pak Mail Rimau mendapat sokongan penuh daripada Tok Ayah Tuan Ghufran dan ahli puak lama. Pak Mail Rimau akan jadi penghulu baru Kampung Bukit Tengah, Kuala Tiga.

Begitulah gosip yang rancak kedengaran. Dicanang diseluruh dan segenap pelosok sehingga tersebar juga ke kampung sebelah. Sehingga tertanya-tanya apa sudah terjadi dengan Kampung Bukit Tengah, Kuala tiga. Belum pun reda perihal orang minyak. Tetapi kenapa pula Penghulu Nik Murshid hendak dibuang.

"Ya... itulah dosanya. Dosanya yang tidak boleh dimaafkan. Yang tidak boleh diampun. Terutamanya arwah-arwah anak gadis kampung kita. Terutamanya aku. Tidak akan sesekali membiarkan si pengkhianat itu terus memerintah kampung kita. Dia telah mengkhianati kepercayaan kita semua."

Tika ini, Pak Mail Rimau sedang berucap dalam dewan serbaguna. Yang dihadiri pengikutnya dan pengikut puak lama. Dia sedang rancak membuat propaganda. Menyuarakan ketidakpuasan hatinya.

"Kenapa dia pengkhianat? Kerana dia menyelamatkan kita? Ya benar... dia telah melindungi kampung kita. Berusaha bersungguh-sungguh agar anak dara kampung kita dilindungi. Tapi akhirnya anak aku mati juga."

"Ya... silap aku kerana tidak mahu mendengar kata. Aku akui, aku telah melakukan kesilapan sehingga anak gadis aku terbunuh. Tapi penghulu... adakah dia mengakui kesilapannya? Nak tahu apa kesilapan yang dilakukan penghulu... penghulu telah menyelamatkan musuh kita. Raksasa yang telah membunuh anak gadis kita. Membunuh anak gadis aku. Dia menyembunyikan orang minyak. Dia tolong orang minyak dengan membawanya keluar dari kampung. Harus kah kita percaya kepada orang begini? Harus kah...?!"

"Tidak...!" Jerit orang ramai yang berada dalam dewan serbaguna.

"Mahukah kamu semua, dia menjadi penghulu?"

"Tidak...!" Semakin ramai yang menyahut.

"Apa yang kamu harus buat? Lucut jawatan dia?"

"Ya... lucut!" Sahut semua orang.

"Lucut penghulu...! Lucut penghulu...!"

Pak Mail Rimau menghidupkan api kebencian. Dia berjaya mencetuskan permusuhan penduduk kampung dengan Penghulu Nik Murshid. Bermodalkan kematian anak gadisnya dan anak gadis yang lain. Menyebabkan penduduk kampung tersentuh dan kesian. Terus menyokong Pak Mail Rimau menjadi penghulu.

Kuala Lumpur...

NADZMIR telah membuat keputusan. Dia menerima tawaran lelaki dewasa yang misteri itu untuk menyiasat kes orang minyak di Kelantan. Dan telah menelefon memberitahu perihal tersebut. Nadzmir diminta ke sebuah restoran persendirian. Jauh dari kesibukkan Kuala Lumpur. Restoran mewah bercirikan taman dan hutan. Terletak di Hulu Langat.

Sudah sejam Nadzmir berada di restoran itu. Dalam sebuah bilik khas untuk tetamu istimewa atau VIP. Kebetulan perut lapar sangat. Sambil menunggu sambil makan. Lagipun dia telah menerima nota kaki yang diberi pelayan restoran.

Aku datang lambat sejam. Kau boleh pesan apa saja yang kau hendak makan. Jangan risau pasal bayaran.

Siapa tidak suka dilayan begitu. Bukan selalu dapat makan makanan mewah yang mahal-mahal begini. Bisik hati Nadzmir yang tersenyum seorang diri sebaik melihat juadah hidangan yang sangat megah dan berstatus. Seperti hidangan diraja.

Tidak berapa lama kemudian pintu bilik makan itu diketuk sopan. Sekali saja. Dan dibuka segera. Serentak itu juga Nadzmir berpaling ke arah muka pintu. Pelayan wanita yang berkulit putih gebu mempersilakan seseorang masuk. Nadzmir tidak teruja. Tenang saja menanti kemunculan orang itu. Lelaki dewasa yang ditemuinya hari itu pun masuk. Keadaanya sama. Berwajah resah dan tidak senang hati. Runsing sentiasa.

SIHIR ORANG MINYAKWhere stories live. Discover now