BAB 5
SEMINGGU telah berlalu. Semenjak Nadzmir didatangi lelaki dewasa misteri yang masih belum diketahui namanya. Dan selama itu juga dia telah melangkah keluar dari rumahnya setelah 6 bulan mengurung diri. Entah kenapa dia begitu tertarik dengan orang minyak. Pada mulanya dia was-was. Bimbang dipermainkan. Untuk membalas dendam mungkin. Atau hendak kenakan dia lagi. Maklumlah dia terlalu ramai musuh. Ramai orang yang mahu dia jatuh. Bahkan mahu dia mati pun ada.
Semalam dia berjumpa Inspektor Hisham. Salah seorang senior inspektor yang ditugaskan untuk menyiasat kes orang minyak. Begitulah yang diberitahu oleh Ezad. Bijak sungguh Ezad mendapatkan nombor telefonnya. Dapatlah dia menghubungi dan mencari Inspektor Hisham. Semalam dia berlakon. Kononnya masih lagi bekerja sebagai wartawan dan penerbit program popular yang disiarkan stesen televisyen nombor satu Malaysia. Nasib menyebelahi kerana isteri Inspektor Hisham amat meminatinya. Mudahlah dia ke rumah. Dipelawa supaya datang segera. Dilayan bagai raja semasa menunggu Inspektor Hisham pulang. Dan tak di sangka Inspektor Hisham juga mengaguminya. Walaupun tidak dapat memperoleh maklumat yang dikehendaki, cukuplah sekadar mengetahui satu kumpulan penyiasat khas dari Bukit Aman telah di hantar ke Kelantan untuk menyiasat kes orang minyak. Dan terbukti kes orang minyak wujud.
Tapi hatinya masih tidak senang. Macam ada yang tidak kena. Dia kini sedang termenung dalam bilik kerja di rumahnya. Bilik kecil yang semacam home office. Tungang-langang bilik ini. Penuh dengan helaian kertas yang berselerak. Timbunan fail yang tidak tersusun. Dan buku-buku yang terlonggok sana-sini dek sudah tidak muat disusun atas rak.
Kenapa kes orang minyak dirahsiakan?
Persoalan itu bermain di benak fikiran. Sungguh menyeksakan bila tidak dapat jawapannya. Ingtkan dapatlah korek sikit maklumat daripada Inspektor Hisham. Tapi tidak di sangka pula dia berkeras tidak mahu bercakap sapatah pun pasal orang minyak. Kenapa... kenapa... dan kenapa?
Tika benak fikiran bermain pelbagai andaian akan cerita orang minyak, anak matanya tidak berhenti membaca sebuah blog. Blog tersebut banyak menyampaikan cerita-cerita mistik, seram, tahyul dan dongeng. Tapi tidak banyak cerita pasal orang minyak. Hanya ada satu saja. Itupun cerita lama. Ditulis 3 tahun lepas. Cerita yang diceritakan oleh seseorang yang mengenali seorang bomoh. Bomoh tersebut mengaku mempunyai ilmu dan mantera bagaimana hendak menjadi orang minyak. Pendek kata, siapa yang nak mempelajari ilmu sumpahan orang minyak bolehlah berjumpa bomoh tersebut.
Sememangnya sukar hendak percaya. Betul kah ada mantera sumpahan orang minyak? Lagipun dia bukan penyiasat perkara ghaib dan mistik begini. Hal-hal berkaitan mantera dan ilmu sihir tidak terlintas langsung di fikirannya hendak buat. Bukan kesukaannya. Minat jauh sekali. Lebih-lebih lagi bila bercakap pasal bomoh dan tahyul. Khurafat sangat.
Berserabutnya baca kandungan dalam blog ini. Entah apa-apa. Rungut Nadzmir. Macam tak ada selera hendak baca. Cerita yang sangat mengarut. Tapi, daripada siapa nak dapatkan cerita yang benar pasal orang minyak. Nadzmir mengeluh. Melepaskan hembusan nafas yang panjang. Dan tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Ada panggilan daripada seseorang yang amat dikenali. Segera Nazmir mengangkat.
"Waalaikumussalam..." Nadzmir menjawab segera. Dek pemanggil memberi salam dahulu. "Apa khabar, Ustaz Aiman?"
Ustaz Aiman. Sahabat baik, kawan sejati. Hubungan mereka sangat rapat. Macam pasangan kekasih yang bahagia. Begitulah boleh digambarkan keakraban mereka. Lahir pada tarikh yang sama. Masa yang sama. Membesar di kampung yang sama. Bersekolah dan kelas yang sama. Di mana ada Ustaz Aiman di situlah ada Nadzmir. Macam belangkas.
Nazmir bergegas keluar dari rumah. Hendak ke Terminal Bas Sepadu. Dia baru teringat. Hari ini pada jam 10 malam Ustaz Aiman akan sampai dari kampung. Sudah diberitahu 3 hari yang lepas. Kenapalah aku boleh terlupa? Kesiannya Aiman. Terpaksa menunggu aku.
YOU ARE READING
SIHIR ORANG MINYAK
Mystery / ThrillerNOVEL KE-LIMA DARI PENULIS THRILLER KHAIRUL NAIM. SEBUAH NOVEL SPY STORIE/ MISTERI PENYIASATAN.