BAB 10
NADZMIR berada dalam keretanya. Di tempat parker restoran mewah itu. Jalaluddin Bakar sudah lama hilang dari pandangan mata bersama kereta yang dipandunya. Sebelum berpisah tadi, Jalaluddin Bakar ada memberi 3 buah fail kepada Nadzmir.
Nadzmir memandang fail tersebut. Lama dia merenung. Kalau dia buka fail tersebut dan membaca isi dalamnya. Bermakna dia tidak boleh lagi berundur. Lagipun sudah menjadi tabiat Nazdmir. Kalau menyiasat atau melakukan sesuatu, akan selesaikan semua itu walau susah mana pun. Baginya tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan.
Menurut Jalaluddin Bakar, isi kandungan dalam fail tersebut diambil dari tiga pihak yang berbeza. Satunya laporan siasatan oleh pihak polis dari Ibu Pejabat Daerah Tanah Merah dan laporan siasatan daripada kumpulan senior inspektor Bukit Aman. Manakala satu lagi adalah laporan daripada pihak hospital.
"Bagaimana orang tua ni boleh dapat semua laporan ni." Nadzmir bergumam seorang diri. Sambil menengok kulit fail yang lusuh. Fail yang berusia lebih 6 bulan.
Dan tiba-tiba telefon pintarnya berbunyi. Cepat-cepat dia mengambil telefon pintarnya yang berada dekat dengan fail tersebut dan memandang skrin. Dia menerima masej dari aplikasi Whatsapp. Segera membuka kekunci skrin dan membaca masej terpampir. Dia menerima masej daripada Ezad.
+ Kau buat apa Naz...? Kau ada kat mana? Aku ada satu berita nak beritahu kau.
- Aku baru lepas jumpa orang tua yang minta aku siasat pasal orang minyak. Berita apa kau nak beritahu aku.
+ Ohhhh... patutlah pergi rumah kau tak ada orang. Berita pasal orang minyak juga... aku ada dengar gosip. Tak tahulah betul atau tidak. Dengarnya mayat orang minyak hilang. Hilang dekat hospital.
Nadzmir berasa teruja. Sampai terjungkit keningnya. Makin menarik pula kes orang minyak ni. Cepat-cepat dia membalas masej daripada Ezad. Hendak sangat tahu.
- Siapa yang culik?
+ Entah... Sebab terlalu banyak motif dan suspek. Boleh jadi penduduk kampung. Mungkin juga ahli keluarga orang minyak. Tapi pihak polis tiada klu... tak tahu siapa yang bertanggunjawab.
- Aku nak minta tolong kau siasat nama ni boleh?"
+ Siapa?"
- Jalaluddin Bakar...
+ Siapa tu?
- Laki nilah yang minta aku siasat pasal orang minyak. Dia mendakwa orang minyak tu anak dia. Tapi aku tak tahu latar belakang dia.
+ Ohhhh... baik. Nanti aku cari maklumat pasal dia. Aku habis kerja jam 5 petang. Kau ambil aku. Belanja aku makan.
- Baiklah... untuk kau apa saja aku bagi. Terima kasih tau untuk maklumat ni.
+ Usah berkira sangat. Janji kau belanja aku makan.
Tersenyum riang Nadzmir. Seorang diri dalam keretanya. Tidak di sangka dapat pertolongan daripada sahabat yang memahami. Tidak pernah jemu membantu. Bahkan sentiasa menghulur pertolongan. Dalam keadaan jiwa sedang kusut dan gelisah. Maklumlah baru lepas pulih dari trauma. Dizalami ragam birokrasi.
Tika ini, Nazdmir tidak menyedari dia sedang diperhati. Ada seseorang sedang mengambil gambarnya secara sembunyi-sembunyi. Di sebalik batang pokok yang besar. Sudah lama dia mengekori saat Nadzmir keluar dari rumah.
Bunyi punat kamera berteknologi tinggi berterusan kedengaran. Seseorang itu begitu asyik mengambil gambar Nadzmir, nombor plat kereta. Gambar keseluruhan kereta. Dan macam-macam lagi gambar diambil termasuk apa saja yang berada dalam kerata Nadzmir.
YOU ARE READING
SIHIR ORANG MINYAK
Mystery / ThrillerNOVEL KE-LIMA DARI PENULIS THRILLER KHAIRUL NAIM. SEBUAH NOVEL SPY STORIE/ MISTERI PENYIASATAN.