SUCI - Cinta Roadblock - Part 3

259 19 0
                                    

~ Sayang, jgn la macam tu. I tahu I silap. I tahu I salah.
Jgn la merajuk mcm tu ~

Tiba2 je kan?

Itulah ayat pertama yg aku hantar melalui SMS pada sesiapa saja yang terlintas di kepala. Guna nombor telefon yang baru aku beli sebentar tadi. Kakak , abang aku, rakan-rakan pejabat, rakan-rakan sekolah lama...

Niat aku cuma satu. Saja. Mahu bergurau dengan mereka. Gila kan aku ni ? Mereka tak kenal nombor ni. Kebanyakan nya tak layan pun SMS aku. Pasal mereka anggap 'orang gila ni' tersalah nombor.

Ada juga yang membalas.

~ siapa ni???~

~ GILA ! ~

~ Awak tersalah nombor ni ~

~ Patutlah awek hang tinggalkan hang. Tak betul rupanya! ~

Ada juga yang call. Tapi aku tak angkat.. ( tahu takut .. hahaha)

Aku ketawa sepuas-puasnya. Rasa happy pulak kenakan orang yang aku kenal. Hilang stress kalau macam ni. Kebanyakannya aku balas balik,

~ I'm Sorry ~

Tapi... ada satu SMS ni, buat aku ingin mahu terus melayan.

~ First - Ko tersalah nombor
S

econd - Aku tak kenal ko
and Lastly - walau apapun terjadi dlm hidup kita, kita mesti S.A.B.A.R. ~



Uik? Menarik ni. Aku balas.

~ Sayang jgn main2.
I tau sayang main2. Sayang kat mana ni? ~

~ SALAH NOMBOR!!~

Tanpa meneruskan SMS tu, aku sengaja diam seketika. aku ingin lihat, sejauh mana Si dia ni melayan kerenah aku. Setelah beberapa jam, aku hantar SMS sekali lagi pada dia...

~ Sorry, saya rasa saya memang salah nombor. Nombor yg saya cari, dah x ada service.
Sorry ye, bang ! ~

Ye. Aku sengaja guna perkataan 'ABANG' di situ. Bukti yang betul-betul aku tidak mengenali dirinya.

~ CIK lah. It's OK.~

~ Owh. Sorry ye awk ~

SUCI - Cinta RoadblockWhere stories live. Discover now