SUCI - Cinta Roadblock - Part 4

247 15 0
                                    


SUCI ANIISA - rakan sepejabat aku. Single parents. Anaknya sebaya dengan anak aku - ZARIFF. Title "J" yang membuatkan dia menjadi popular di pejabat.

Dia ni seorang yang periang, dan mudah mesra dengan semua orang. Tapi, siapa yang dah rapat dengan dia, mesti mereka kenal yang dia ni sebenarnya seorang yang BRUTAL a.k.a GARANG. Ada juga rakan-rakan sepejabat lelaki cuba untuk dekati dia. Yang dari pejabat lain juga ramai yang pernah mencuba. Akhirnya, mereka mendapat jawapan yang hampeh. Kesian, kan?

Aku ?? tak lah. Tak berminat pun. Aku dah kenal dia sejak mula masuk kerja. Adalah lebih kurang 5 tahun. Aku anggap dia ni kawan baik aku. Banyak perkara yang kami kongsikan. Cerita tentang family, cerita tenang anak, dan yang terbaru, tentang EX-husband dia.

Dia rajin bercerita tentang Ex-husband nya pada aku. Bagaimana mereka boleh berpisah.. kenapa boleh terjadi semua tu... tapi... hakikat yang sebenarnya, aku hanya meminjamkan telinga sahaja. Tak mampu menasihati. Pada aku, semua tu dah nasib dia. Segala yang terjadi semua dah tertulis. Rezeki dan bahagian masing-masing yang Allah dah tentukan.

Bukan aku tidak simpati. Aku betul-betul simpati.

Tapi aku takut. Takut kalau-kalau rasa simpati itu membuatkan hati aku akan tersangkut. Tambahan lagi, wajah SUCI tu, perwatakan, cara bercakap, memang hampir sangat dengan bekas tunang lama aku - MISYA.

---------------------------

SUCI - Cinta RoadblockWhere stories live. Discover now