Malam tu, sekali lagi aku tak boleh nak tidur. Jantung bergegup betul2 laju. Tolong lah. Tak mungkin aku pun dah 'jatuh' kat minah tu? Aku main-main lah...Tapi.. Mungkin ke? Pasal aku rasa sekarang ni, memang betul lah... aku dah mula ambil berat pada dia, pada keluarga dia, makan-minum dia, aku risau kalau dia pergi-balik kerja naik bas, aku tak senang duduk kalau dia tak sihat, aku cemburu bila ada rakan ofis lelaki yang lain bergurau mesra dengan dia.... macam ni ke namanya tangkap cintan dengan dia ?
Tak ! tak boleh ! yang Suci suka tu - MIKA.. bukan AKIM. Kau dah terlalu banyak salah faham, Kim. Dah terpesong jauh sangat dah ni. Aku kena berhentikan semua ni.. Dia kawan kau kot?
************************
TITEET ! TITEET !
~ En Mika. Bgn. Bgn. Solat ~
~ Ye.Ye. Dah bgn dah. Awalnya ari ni. Baru 5.30 kot? ~
~ Bangun awal. mandi.
Sunnah tau ~~ Sejuklah ~
~ at least tak lah busuk ~
~ eh! dia yang busuk. dah.
saya nk bgn. jom jemaah ~~ x nk. belum sah. ~
Erkk?? CLUE ke tu ?
**********************
Dah banyak kali dah si suci ni bagi clue. Si Mika melayankan karenah dia. Aku kalau boleh tak naklah biar dia seorang saja beri "clue-clue" tu. Kesian dia. Dalam masa yang sama, aku tak nak dia berharap pada Mika. Kalaulah dia tahu aku ni Mika, pasti hati dia berkecai, bak sebiji mentol yang kena campak ke bawah dari tingkat 10.
Kalaulah aku reveal satu hari nanti, aku tak pasti dia akan maafkan aku, atau membenci aku seumur hidup dia. Atau dia akan bercerita tentang keburukan aku pada semua orang. Atau buat satu laporan penuh kepada wife aku, FIRAH.
GOOOOOOOOOLLL !!
" Wei, Akim !! Bolos lagi ??"
" Dah 3 bijik dah wei !! nak main tak nak main ?? "
" Main ler betul-betul ! termenung je ! Lu apahal der ?! "
Taufik dan kawan-kawannya marahkan aku. Aku dah banyak kali buat silap ni dalam game ni. Goalkeeper apa ni? Berangan tak habis-habis. Ni semua Suci lah punya hal. Eh! Kau sendiri yang salah, Kim. Apa pula salahkan dia.
" Sorry ! Sorry! Ok.. aku main betul2 ! Sorry geng ! "
" Der. Kau ok ke ni ? " - Taufik tegur aku
" OK...sorry beb. aku wat betul2 "
" Kau nk tukar tak? kau lepak tepi dulu "
" aku ok.. jom teruskan "
Sebenarnya sudah banyak kali aku mengelamun macam ni. Kadang-kadang tu kat ofis. Kerja-kerja banyak tertangguh. Banyak jugak yang silap. Tapi lebih teruk bila aku berkhayal semasa sedang drive. Sehinggakan banyak kali kena hon dengan kereta lain. Apa dah kena dengan aku ni??

ANDA SEDANG MEMBACA
SUCI - Cinta Roadblock
Historia CortaMcm mana la kau ley tersangkut ngan minah senget tu? Dia tu kawan kau kot? Takkan la pasal dia seiras Misya, kau boleh hilang pertimbangan?? Akim.... Akim... Cerita ni, tak ada kena-mengena dengan yang hidup atau yang dah 'wassalam'. Kalau 'terkena...