Aduyai. Tak paham lagi rupanya dia ni. Aku suka kat dia dah separuh mati dah ni. Cuma aku belum ada keberanian nak berterus terang. Kalau lah kau tahu apa dalam hati aku ni, Suci... kau mesti paham kenapa aku buat macam tu.
" sekarang ni. Aku tak tahu dah nak tempuh hari2 kat ofis tu, ngadap muka kau... "
" Benci sangat kau ngan aku eh Suci..? "
" kau paham tak, Kim.. aku malu ngan kawan2 ofis... malu ngan semua orang.. malu ngan kau! "
" apa yang kau cakap ni? "
" kita kawan la Kim.. kau la kawan lelaki yang paling aku rapat.. yang paling aku percaya.. gurau2 aku pada kau sebelum ni... mesra2 kita ... aku tak kisah pun.. "
Masa ni, air mata Suci memang tak dapat dibendung lagi. Dia menangis teresak-esak. Sesekali aku perhatikan juga sekeliling.. orang-orang yang lalu lalang menjeling kami. Ada yang tersenyum, ada yang geleng kepala. Aduh. Malunya...
" Tapi.. bila kau dah wat aku macam ni... aku dah jadi takut ngan kau "
Aku hanya mampu memandang lantai gazebo ni. Aku memang tak boleh nak jawab apa. Salah aku. Kalau aku sukakan dia, sayangkan dia, tak patut aku buat perkara-perkara bodoh macam ni pada dia.
" Dah la ! Hantar aku balik... "
Suci mencapai handbag, bangun dan terus menuju ke kereta. Aku masih terpaku kat sini.
" Cepat la ! Dah kul braper dah ni?? "
Berat aku nak bangun. Langkah longlai menuju ke kereta. Kepala aku berserabut. Tak boleh nak fikir apa.
Dalam perjalanan menuju ke kampung Suci, kami berdua masih lagi berdiam diri. Tak sepatah pun ungkapan yang keluar dari mulut kami. Sampai sahaja di kawasan pekan kecil sebelum masuk ke kampung, Suci arahkan aku menurunkan dia di bus stop di situ.
" Aku hantar sampai rumah ayah kau la.. kenapa nak turun kat sini "
" Tak per. Aku dah suruh adik aku datang ambik. "
Aku akur.

ANDA SEDANG MEMBACA
SUCI - Cinta Roadblock
Proză scurtăMcm mana la kau ley tersangkut ngan minah senget tu? Dia tu kawan kau kot? Takkan la pasal dia seiras Misya, kau boleh hilang pertimbangan?? Akim.... Akim... Cerita ni, tak ada kena-mengena dengan yang hidup atau yang dah 'wassalam'. Kalau 'terkena...