Hah ! Dapat idea...!
~ Ok. kita bgtau. Nama kita.... MIKA. Sana lak? ~
Ok kot? Nama kucing aku. Hahaha
~ SUCI. Nama kita SUCI ~
Hah? Biar betul si Suci ni. Guna nama betul? Berani betul dia ni.
~ Wow. unik nama tu ~
UNIK?? UWEEK...!
Macam nak termuntah pulak. Bukan pasal nama dia tu, tapi jawapan spontan yang aku bagi.
~ jemput makan, wak ~
Uh?? tak tanya pun. hahaha
~ masak sendiri eh? mesti best ~
~ Tapau je. Awk. Boleh tnya skit? ~
~ Boleh. Tnya la ~
~ Apa cerita awek awk masa tu? dah dpt pujuk? ~
Alamak. Lupa lak aku pasal tu.
~ Entah lah. Saya pun dah lost contact. Tak tau dia kat mana ~
~ Sabar eh? ~
~ Dah nasib saya, wak. Kwn dgn pompuan, semua sama. Semua lari ~
Ceh Wah! Pandai tak aku berlakon?
~ x semua pompuan mcm tu la ~
~ Memang x semua. Tp kebanyakkannya. Ikut pengalaman, wak. ~
~ ye ker? ~
~ Eleh. Awk pun mcm tu kn?~
Masa untuk panas-panas kn dia. Saja nak uji sejauh mana kebijaksanaan si Suci ni.
~ kalau ikut PENGALAMAN saya, lelaki yg selalu mcm tu. Lebih2 lg kalau dpt yg lebih baik. Terus angkat kaki. ~
~ Aik? lain mcm jer
bunyi nyer? ~~ Ikut pengalaman ~
~ tak semua lelaki mcm tu ~
~ hihihi. Tiru nampaknya. ~
Sedang asyik ber-Sms, tiba-tiba bunyi pintu pagar di luar. Opss. Firah dah balik. Kereta Sofea masih lagi menunggu kakaknya sehingga masuk ke dalam rumah. Hubungan mereka sebenarnya rapat. Kerana itulah mereka selalu berjumpa.
Aku bergegas pergi mendapatkan Zarif dulu. Aku tahu, kalau time macam ni, mesti Zariff tertidur di seat belakang. Phone tadi aku letak tepi. Tak pe lah. Biar Si Suci tunggu.
" Abah dah makan?"
" Belum "
" Alahai. Lupa lak nak tanya. kalau tak, boleh Mama tapau kn.."
" tak pe. Tak lah lapar sangat... Mama pergi lah masuk tidur dulu. Nanti abah masuk"
" ok "
Firah terus melangkah ke bilik, dan aku meletakkan Zariff di katil biliknya. Mengantuk sangat agaknya bujang aku ni.

ANDA SEDANG MEMBACA
SUCI - Cinta Roadblock
Historia CortaMcm mana la kau ley tersangkut ngan minah senget tu? Dia tu kawan kau kot? Takkan la pasal dia seiras Misya, kau boleh hilang pertimbangan?? Akim.... Akim... Cerita ni, tak ada kena-mengena dengan yang hidup atau yang dah 'wassalam'. Kalau 'terkena...