SUCI - Cinta Roadblock - Part 39

128 11 2
                                        

Setahun berlalu. Baru sekarang ni aku menjejakkan kaki di JB. Lama juga aku tinggalkan. Banyak betul perubahan yang berlaku.

Aku memakir kereta di hadapan rumah yang baru aku sewa. Rumah kayu je. Tersorok di hujung kampung. Jauh dari jalan besar. Jauh dari semua orang. Aku perlu ketenangan. Ketenangan bersama si dia.

" Hai Sayang.... Assalamualaikum... Abang dah balik "

Akhirnya, setelah sekian lama aku impikan, Si dia sudah jadi milik aku. Aku betul-betul gembira hari ni. Semua sudah menjadi kenyataan. Dia masih duduk di situ. Aku menghampirinya. Kucupan mesra aku berikan di dahinya.

" Sayang ... kenapa diam jer ni ? Sayang marah abang balik lewat ker? Kan abang belikan makanan ni.. "

Dia masih diam.

" Owhhh... lupa pulak abang nak bukak.... "

Tape hitam di mulut dia aku buka perlahan-lahan.

" Akim... tolong la... jangan buat aku macam ni... isk..isk.. "

" Syy... sayang jangan nangis... nanti sayang demam macam semalam.. tak mo..tak mo.."

" Akim... lepaskan aku... tolong lah... "

Aku merapatkan diri sebelah dia. Aku belai rambut dia dengan penuh kasih sayang. Aku kesat air matanya guna tangan. Aku bersih-bersih kan bibir dia yang ada kesan darah. Kalau lah dia dengar kata, semalam, sudah pasti tangan aku tak hinggap ke mulutnya.

" Sayang.... Abang janji, lepas ni. abang tak kan tipu2 sayang lagi.. ye? Abang tak nak sakitkan sayang... "

" Akim... kau sakit, Kim... Kau perlu bantuan..."

" AKIM ??? SIAPA AKIM???? HAKIM HAMDAN DAH MATI !! KAU YANG BUNUH DIA MASA TU ! TAK INGAT ???!! " - tengking aku, sambil menarik rambut dia. Marah betul aku ! Aku Mika ! Bukan Akim ! Tak kenal ke ??? MIKA ! MIKA ! MIKA !

Dia masih menangis teresak-esak.. apa yang dia takutkan ??? Takut pasal kena ikat ker ? Aku ikat pasal aku tak nak dia lari lagi dari aku... Aku tak mahu dia terlepas buat kali kedua... Aku nak dia tahu yang aku sayang sangat kat dia...

" Sayang... abang longgarkan sikit ikatan kat tangan sayang ni eh? tengok ni... sayang tak duduk diam... dah bengkak dah tangan ni... " - Aku mencium kedua-dua tangannya dengan lembut.

" Akim.... "

" MIKA !! AKU MIKA ! SYED MIKHAIL SYED HAMDAN !! "

" Mika... tolonglah..kalau kau sayang kan aku... tolonglah lepaskan aku..... aku merayu pada kau... isk..isk...."

" Sayang tau kenapa abang wat macam ni? Pasal Sayang tak pernah nak hargai cinta abang ! Sayang tahu abang cintakan sayang. Tapi sayang tolak mentah-mentah cinta abang...! "

Aku capai air tin di dalam plastik. Aku buka. Masukkan straw. Aku cuba hulur pada Suci, tapi di menolak dengan palingkan muka. Tak haus lagi agaknya.. tak apa la... nanti dia minum ...

" Kenapa dengan jantan tu senang je sayang terima?? "

" Roy tu Papa pada Wawa. "

" hurm... alasan ! Papa pada Wawa konon... padahal kau sendiri yang nak.. hehe... kn ??"

" Akim ... Kau kena paham. Aku anggap kau cuma kawan jer. tak lebih dari tu.... "

" KAU YANG TAK PAHAM !! "




SUCI - Cinta RoadblockTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang