Diam tak diam dah nak masuk 2 bulan dah aku ber-sms dengan si Suci. Hampir 2 bulan jugalah MIKA tak berani nak call Suci. Banyak kali juga Suci desak nak cuba call MIKA.. tapi MIKA berkeras tak mahu jawab call. Nak berbual live ikut phone?? Giler ! Dah tentu-tentu Suci kenal sangat suara aku. Kantoi kang.
Dalam masa ni jugak, secara tak langsung, banyak perkara yang aku tahu pasal dia. Perkara yang tak pernah dia bercerita pada aku kat ofis sebelum ni. Yang aku nampak dia lebih selesa menceritakan segalanya pada MIKA. Dia terlalu percayakan MIKA. Dengan aku di ofis, Suci tak banyak cerita pasal MIKA. Bila ditanya, sengih je memanjang. HUH ?! Ini boleh mendatangkan jeles nih!
Ada satu kali tu, time rehat. Aku guna YM (Yahoo Massenger) untuk nyakat Suci.
+ Ko senyum je eh, 2-3
menjak ni ++ Waalaikumsalam... aku jawab dulu.. ko x bagi salam pun eh +
Alamak sindir aku balik ni.. huhuhu
+ Assalamualaikum, Cik Suci.. Intan payung.. cukup? +
+ nk ape ni ? aku nk lelap jap pun x senang +
+ Ko ni Suci.. skrg sombong badak eh? x nk berbual ngan aku lagi +
+ x lah. aku biase je +
+ ye la... aku siapa ko nak layan.. kn ? +
+ ko dah kenape ?? +
+ aku dah lama x tanya khabar ko beb... Rindu dah lama x bual ngan ko +
+ baik je+
Aik ? pendek je dia jawab?
+ kalau ko bz x pe lah +
+ jap. jap. +
+ tau pun... nak mintak maaf kat aku le tu +
+ ko tau Kim? Cara tulisan ko ni.. sama mcm dia +
ALAMAK ! Aper ni ?? Kantoi ke haper ??
+ dia ? +
+ kawan aku +
+ pakwe eh ? ++ tu rahsia la. Tapi mmg betul tau. Ke ko ni dia ? +
+ apa ni?? dia sapa? +
+ x der apa lah. tapi kalau aku dpt tau ko ni dia. putus kawan! +
Kan ? aku dah cakap dah. kalau betul lah dia dapat tau. Memang mati aku dia kerjakan. Silap-silap haribulan, terpaksa letak jawatan ni.
+ ko ni mabuk milo ker??
tiba2 jer marah aku +Dia senyap seketika. Aku menjeguk ke arah dia di meja sebelah sana. Mata ke bawah sambil menekan handphone. Ish ! BAHAYA ! BAHAYA ! time tu, dengan sepantas kilat, aku cepat-cepat silent kan phone. Tepat sekali. Memang dia message MIKA.
~ Awak. Sibuk ke? ~

ANDA SEDANG MEMBACA
SUCI - Cinta Roadblock
KurzgeschichtenMcm mana la kau ley tersangkut ngan minah senget tu? Dia tu kawan kau kot? Takkan la pasal dia seiras Misya, kau boleh hilang pertimbangan?? Akim.... Akim... Cerita ni, tak ada kena-mengena dengan yang hidup atau yang dah 'wassalam'. Kalau 'terkena...