~ Tadi pagi, sebelum saya msg awak. Ex saya ada call. Mulanya saya x nak angkat. Tapi pikirkan mungkin ada hal penting, saya angkat. Awak jgn marah saya ye? dia ckp dia nk balik semula. Dia ckp dia menyesal apa yang dia dah wat sebelum ni. Dia nak saya dan Wawa balik ~Hah?? Tersentak sekejap apa yang aku baca ni. Perasaan aku bercampur-baur sekarang ni.
Marah pasal tiba-tiba saja Ex dia tu ajak balik. Selepas Mika luahkan apa yang dia rasa.. ..
Tapi jauh kat sudut hati aku, aku bersyukur sangat-sangat kerana Suci akan kembali happy macam dulu. Semestinya Ex dia akan jaga dan sayang dia sepenuh hati.
Tapi mungkin juga, risiko Ex dia tu nak kembali memilih jalan seperti sebelum ni, memang tak boleh nak elak. Pasal dia dah pernah buat, kan? Kesian Suci. Aku sambung menaip...
~ So ? awak mcm maner ? ~
~ pandangan awak ? ~
Aduh ! Tanya aku la pulak. Kalau ikutkan hati ni. Mestilah tak payah ! Poyo betul lah Mamat tu !
~ Terpulang pada awak ~
~ Entahlah, Wak. Saya betul-betul buntu dah ni ~
~ Awak masih sayang kn dier ? ~
~ secara jujur. Tak. ~
~ So? dah ada jawapan kn? ~
~ Awak. Bila awak ckp 'perkataan tu' pada saya. 'Perkataan' yg awak tulis td tu, wat saya terpikir ~
Alamak. Aku tak pasti yang aku dah betul-betul sedia nk baca semua ni.
~ 'S' dan 'R' tu ker ? ~ aku tanya.
~ Haah. Saya yakin yang rasa saya ni ada pada awak, bukan pada Ex saya. ~
~ Awak. kalau saya salah, maaf kan saya ~
~ awak x salah apa2 pun. Saya ada hak nk wat pilihan ~
~ pilihan? ~
~ saya pilih awak ~
BOOM !! sekali lagi aku rasa macam nak pengsan.
Macam mana aku nk teruskan semua ni?? Aku tahu aku salah besar pada Suci. Aku dah rasa menyesal sangat-sangat pasal permainkan perasaan dia.
Aku sedar, memang selepas beberapa bulan aku berhubung melalui SMS dengan dia, aku memang mula jatuh cinta dengan dia. Tapi aku juga sedar yang dia betul-betul cinta adalah MIKA.. bukan AKIM.

ANDA SEDANG MEMBACA
SUCI - Cinta Roadblock
Short StoryMcm mana la kau ley tersangkut ngan minah senget tu? Dia tu kawan kau kot? Takkan la pasal dia seiras Misya, kau boleh hilang pertimbangan?? Akim.... Akim... Cerita ni, tak ada kena-mengena dengan yang hidup atau yang dah 'wassalam'. Kalau 'terkena...