DAMMM !
Pintu bilik di sebelah aku ni aku tumbuk sekuat hati.
" Kau bagi aku harapan.. lepas tu senang-senang jer kau biarkan aku macam tu ! Kau tanya diri kau , macammana kau layan aku sebelum ni ? Kau gurau2 ngan aku... kau layan aku.... ada kau tanya semua tu ?? "
" Allah..... Akim... Kau kawan baik aku. Aku tak nak kau macam ni lagi Kim.. Akiiimm... "
" SUDAH ! DIAM !! "
Aku sambung lagi... " Dah sayang... Dah.. sayang jangan cakap-cakap lagi. Sayang jangan lawan cakap abang... Sofea lawan cakap abang... tengok apa jadi pada dia? dah tak de dah..hehehehhe... dah mati ! MATI ! MATI ! hehhehehhee.. "
" Allaaaaahuakbar ...! AKIM ?? Kau yang bunuh Sofea ?? "
Tangisan Suci semakin kuat. Rileks la.... Aku bagi Sofea tenang jer. Aku hantar dia ke tempat yang sepatutnya di pergi. Jadi tak mengganggu hidup aku...
*************
Ingat lagi... masa tu.. Azman tiada rumah. Sofea call aku, minta tolong. Dia cakap ada terbau gas bocor kat rumah dia. Aku datang, tengok tiada apa-apa yang berlaku. Sebaliknya, dia menggoda aku.. meraba aku... sama seperti yang dia buat semasa di rumah selepas Birthday Party dia.
Aku dah larang, tapi dia masih teruskan goda aku. Hey. Aku lelaki lah. Lelaki mana yang tak termakan pujukan perempuan yang pakai baju tidur nipis dan sexy macam tu? Lagi-lagi orang seperti Sofea.
Lepas tu... Aku dah terlanjur dengan dia. Aku tersedar kesilapan aku. Aku cepat-cepat bangun, dan menyarung semula semua pakaian. Aku cakap kat dia... hal ni habis kat sini, tapi dia degil.. dia kata, aku mesti buat ngan dia seperti tadi selalu, jika tidak, dia akan cerita semua nya pada Firah.
So... aku apa lagi. Menyirap baran aku pada masa tu. Aku pergi dapur, capai pisau.. dan ZASSS ! Aku kelar leher dia. Aku puas ! Sebelum beredar, bukti semua aku dah hapuskan. Kesian Azman.. jadi kambing hitam... hahahhahahha
*************
Aku hampiri Suci sekali lagi. Aku rangkul lehernya. Cium dahi dia sekali lagi. Aku sayang sangat kat dia. Aku sanggup mati pasal dia...
" Sayang.. dengar sini... walaupun selama ni, cinta abang pada sayang ibarat Roadblock, cinta yang takkan pernah tercapai.... cinta yang terhalang sampai bila-bila.... tapi abang percaya.. cinta tak semestinya bersatu... "
Tape hitam ku capai, dan menutup semula mulut dia. Sebelum beredar, aku sempat mengerling ke wajah Suci. Dia menangis. Meronta sekuat-kuatnya. Buatlah macam mana pun, kali ni kau takkan terlepas dari aku.
Aku ku 'simpan' kau selamanya di sini. Di hati aku. Itu janji aku !
************* ( end)
^^^^^ dah habis dah ^^^^^
** sebenarnya ada 2 versi. Versi satu lagi di blog ... versi sebenar... tak de lah sampai nak membunuh ....
*** susah sangat nak paham hati aku... aku matikan watak ko ! Padan Muka ! hahahhaha
ANDA SEDANG MEMBACA
SUCI - Cinta Roadblock
ContoMcm mana la kau ley tersangkut ngan minah senget tu? Dia tu kawan kau kot? Takkan la pasal dia seiras Misya, kau boleh hilang pertimbangan?? Akim.... Akim... Cerita ni, tak ada kena-mengena dengan yang hidup atau yang dah 'wassalam'. Kalau 'terkena...
