Apahal tak boleh tidur pulak ni??
Pandang jam kat handphone, dah pukul 2.30. Kenapa ek?Pasal si Suci tu ker buat mata ni tak boleh tidur ? Takkan lah kot ?
Aku turun dari katil, melangkah longlai ke dapur. Buka peti sejuk, aku menyelongkar kalau ada apa-apa yang boleh dimakan. errmm.. timun, bawang, lada merah, adalah... takkan aku nak bedal semua ni...?
Aku capai segelas air putih sejuk... Aduyai... Matilah nak... semakin segar pulak mata ni.
Aarh ! tengok tv lagi bagus.
*********************
TITEET TITEET
Sayup jer bunyi SMS tu dari bilik.
Siapa pulak yg msg tengah malam macam ni? Itu mesti CELCOM.
Dioarang suka hantar message iklan tengah-tengah malam. Sebagai syarikat yang besar, privasi pelanggan perlu juga diberi keutamaan. Tahulah Auto sms.. tapi kitakan boleh setkan benda tu. Apa daa..
TV ni pun satu! Tak de citer menarik pulak...Sudahlah aku tak boleh tidur. Lapar lagi.
30 minit berlalu. Mata masih tak mengantuk. Apa ni?? Tak boleh jadi macam ni. Kalau sampai pagi naya aku esok. Satu kerja pun tak boleh buat. (Kan aku dah bebel ! uh !)
Malam ni aku nak cuba tidur di sofa lah. Mungkin boleh lena kot. Amik handphone dulu, pasal alarm memang aku dah set kat situ. Kang ter Subuh Gajah kang, bak kata Suci.. eh! Apahal aku tersebut nama minah tu malam-malam ni ? hehehe
1 msg received
~ Assalamualaikum.
Awak. Saya nk minta maaf pasal td. Saya x patut tiba2 nk marah kn awak.
Saya minta maaf skali lg. Saya luahkan perkara yang betul. Perkara yg saya pernah alami.
Dah nasib saya, Wak.
Mcm ni la. Kita kawan balik eh? Saya rasa awak orang baik. Bukan memuji, tp ikhlas saya ckp, Walaupun saya baru je kenal awak. ~Erkk ??? Apahal lak minah ni? Malam-malam tulis semua ni?
Tak dapat tidur juga ke dia? Kesian pulak rasa dlm hati ni. Ye la. Kalau esok dia MC, siapa nak tolong buat kerja-kerja aku nanti? Pasal kerja kami bersangkut-paut.
Nak balas ke, tak nak?
Nak balas ke, tak nak?
Nak balas ke, tak nak?
Kalau balas, apa yang aku nak tulis?~ Wsalam. Dah lah awak. Kita lupakan je apa yg berlaku td. Saya x ambil port pun.
Saya paham. Tapi bab 'orang baik' tu. Jgn la awak berharap. Masing2 ada keburukannya. ok Kita kwn. ~Ok kot ayat ni. ermm.. pastinya dia takkan balas punya. Dah lewat sangat ni.
Aku pun dah mula rasa ngantooookkk.... WARGHH....
TITEET TITEET
EH?
~ Syukur awak maafkan saya. Barulah boleh lena. hehe ~
~ benda kecik kot awak. dah. gi tido. Dah lewat ni. Risau lak saya. karang sakit, sapa susah? saya jugak..huhu ~
~ ok awak. esok pagi, subuh, biar saya kejut kan awak yer? Assalamualaikum ~
~ Insya Allah.
Waalaikumsalam ~FUUHH.. rasanya boleh lah.. Uwaarrghh... aku...
T-I-D-O..... ZZZZZZZZ*********************

ANDA SEDANG MEMBACA
SUCI - Cinta Roadblock
Historia CortaMcm mana la kau ley tersangkut ngan minah senget tu? Dia tu kawan kau kot? Takkan la pasal dia seiras Misya, kau boleh hilang pertimbangan?? Akim.... Akim... Cerita ni, tak ada kena-mengena dengan yang hidup atau yang dah 'wassalam'. Kalau 'terkena...