SUCI - Cinta Roadblock - Part 37

105 10 0
                                    

>> Hari ke-121 selepas 'Pengakuan Bodoh' <<

Seharian hidup aku rasa macam tak lengkap tanpa SMS dari Suci. Betul-betul dah angau rupanya aku ni. Aku mesti lupakan apa yang terjadi. Aku mesti lupakan Suci. Eh. Sekejap. Bengong betul aku ni... bagaimana aku nak lupakan dia, sedangkan setiap hari aku jumpa dia di ofis? Setiap hari aku dengar gelak tawa dia, gurau senda dia, seperti tiada apa yang pernah berlaku. Dan bagaimana aku nak meraih maaf dari dia, yang masih lagi tertangguh sejak peristiwa terus-terang masa tu?

Setiap hari, bila terserempak dengan aku, dia tetap tenang dan senyum seperti biasa. Kalau bercakap dengan aku pun, hal-hal berkaitan dengan kerja saja. Tiada lagi urusan-urusan peribadi yang dia ceritakan pada aku. Aku dan dia seperti orang asing.

Tengok. Macam sekarang ni, dia bergurau mesra dengan Taufik, di mejanya. Ketawa... bertepuk bertampar bersama-sama... Sakit betul hati aku.

Sudah puas bermesra, Taufik menghala ke arah aku.

" Wei, Kim! Futsal malam ni? "

" Tak kot, Fik. Aku tak sihat la hari ni. "

" Errmm.. takut bini ler tu. "

" Malaslah Fik "

" Hello brader, wa lagi baru kawen, brader... Lu ni ... "


DAAMM !

Meja ku hentak sekuat hati. Tiba-tiba baran aku naik ke kepala.


" LU KALAU NAK GI, LU GI! KANG WA.. EII.. DIA NI KANG ! SIA-SIA JER NANTI! "

Wajah Taufik berubah. Terkejut dengan tindakan aku. Aku tak boleh kawal perasaan marah aku. Aku lihat sekeliling. Semua kawan ofis tengok aku. Lebih-lebih Suci yang berkerut kening perhatikan aku. Dia mengeleng-gelengkan sedikit kepala, tanda tidak bersetuju dengan apa yang aku buat sebentar tadi.

Taufik beredar dari meja aku. Tengok Akim.. Kau dah hilang seorang lagi kawan baik.

Jam baru saja pukul 10 pagi. Aku kemas beg, terus ke bilik Boss. Boss tiada di bilik. Meeting kat luar barangkali. Yang ada cuma Ms Tan, Secretary Boss...


" Ms Tan. Tolong bagitau Boss. I tak sihat. I ambil MC yer ? "

" hah? Oo.. Ok..ok... " - kata Ms Tan seperti kelam kabut. Dia dengar kot tadi aku mengamuk kat luar. Lantak la.


SUCI - Cinta RoadblockWhere stories live. Discover now