SUCI - Cinta Roadblock - Part 20

116 12 0
                                        

***************

( flashback sikit )

Tapi pernah aku cuba tak message dia 3 hari. aku bagi alasan aku luar kawasan kerana outstation dan tiada liputan kat kawasan tu.

Hari2 dia kejutkan aku time subuh... tanya aku dah makan ke belum.. tanya khabar... Walaupun dia tahu jika tiada liputan, aku tak mungkin boleh baca message tu.

Lepas tu, Selepas kononnya, bila aku dah 'balik JB', aku baru boleh reply semua.

Aku tanya dia ....

~ kenapa ni? rindu eh ? ~

~ Eh ! pls la... ~ 

~ Tengok tu. Tak mengaku pulak. Malu eh? Hehe. ~

~ Taklah. saja. Bila balik? ~

~ Baru je. Awak sihat? ~

~ Sihat sangat. ~

Kami ber-message lama jugak malam tu. Aku yang bertopengkan Mika, ada la rasa rindu nak berbual dengan dia lama-lama macam ni. Suci pula nampak macam tak nak 'lepaskan' Mika.

~ Awak. Awak mengantuk tak ? ~
tanya Suci

~ tak lah. naper?
awak ngantuk ? ~

~ tak. kalau ngantuk cakap eh? saya nak bual lagi ngan awak ~

Ermmm.. meremang bulu roma aku baca dia tulis macam tu. Nampak sangat dia rindu dengan Mika. Bukan Akim ye... M-I-K-A.


*******************


Sekarang ni lain pula. Lepas aku bagi message, dia menyepikan diri. Aku rasa bersalah sangat pasal mulakan 'benda' tu. Aku rasa tak sedap hati. Aku message lagi...


~ awak ? kenapa ni ?
awak marah ke ? ~

Masih tak berjawab. Memang sah dia marah. Atau dia takut? Takut aku ungkapkan perkara itu? Tapi kenapa? Kalau marah, atau takut sekalipun, kenapa dia sendiri yang beri 'clue-clue' sebelum ni ? Aku ke yang salah faham ?  Perasan ke aku ni ?  Sedangkan aku memang tak nak semua ni berlanjutan. Secara tak langsung aku yang terperangkap dengan tindakan aku sendiri.

Biarlah. Kalau dia nak putuskan semua ni, aku tak kisah pun. Tak jadi hal lah ! Tujuan asal aku main-main je kn ? So ? Apa nak risau ? Biarkan jer minah tu meroyan.

" Dah Zariff. Jom balik. Esok abah keje ni. "

" Jom, bah !  Esok mama tak keje. Mama cakap dia cuti "

" eh? mama tak bagitau pun "

" tak tau. tapi Zariff dengar mama cakap SEPERAIS ... SEPERAIS tu aper bah? "

" owhh..  Surprise... Surprise tu macam kejutan ler. Buat satu benda bagi orang lain terkejut.. lepas tu orang tu suka "

" Ooooo ... macam April Fool tu eh ?  "

" Eh! bukan. April Fool tu orang putih jer sambut. Tapi lebih kurang le tu.. "

Zariff tergaru-garu kepala tanda tak paham.

" Tak per.. kalau esok mama wat surprise tu, nanti Zariff paham. Dah, jom balik"

Agak-agak surprise apa yang Firah nak buat ? Esok bukan Birthday aku. Birthday Zariff hujung tahun nanti.. Errmmm... Anniversary? Tak lah. Bulan lepas dah sambut kot? Dah lah. Malas nak pikir. Banyak sangat benda nak kena pikir sekarang ni. Berserabut kepala wei !

SUCI - Cinta RoadblockTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang