Setibanya di rumah ...
" Eh. Awal balik. Abah tak keje ari ni ? " - Firah menegur sebaik saja aku melangkah masuk rumah.
" Mama tanya abah, abis tu? Mama tak keje ke hari ni ? "
" Bah. Hari ni Sabtu bah. Offday mama kan? Yang abah tu, bukan Sabtu balik kul 1.30 ke ? "
Ya Allah. baru aku teringat yang hari, Sabtu. Kenapa dengan aku ni?
" Mintak balik cepat tadi. Tak sihat "
" tak sihat ke? " - di letaknya tangan ke dahi aku. " ok jer... tak panas pun "
" Zariff maner ? " - aku tukar topik.
" Ada tu kat bilik. Main game. Bah. Diorang dah jumpa Azman..."
" Ye??! Biler?? "
Azman - suami Sofea. Dia jadi buruan polis. Lama juga dia menghilangkan diri. Firah mengesat air mata. Aku duduk di sebelah sambil memeluk bahunya.
" mama sabar eh? Kita tak tau lagi... betul ke dia yang bunuh Sofea..."
" kalau ikut bukti yang polis ada, memang dia orang nya, Bah... biarkan dia rasa ! Tuhan akan balas apa yang dia buat pada Sofea... "
Sofea mati dibunuh 3 bulan lepas. Dia ditemui di atas lantai dapur rumahnya, dalam keadaan leher dikelar. Suspek utama memang Azman, kerana menurut saksi utama, iaitu jiran-jiran mereka, mereka tu selalu sangat bertengkar.
" Tak per.. kita tengok apa kata polis. Kita tak boleh nak tuduh sembarangan. Walaupun Abah ngan Azman tu tak rapat, Abah kesian jugak tengok dia tu... "
" Orang macam tu, tak payah nak kesian ! Berlagak alim jer lebih ! "
" Syyy... tak baik cakap macam tu "
***********
Isnin - Lokasi : Bilik Bos ...
" Haiyaa... kenapa ni Akim ? You mahu resign ?? But why aa ? "
" I.. er... I dapat offer baru Ms Tan.. "
" Tunggu Boss balik dululah. Slow talk dengan dia dulu. You jangan resign 24 hours ini macam "
" Tak per la Ms Tan. Itu kalau company suruh bayar apa2, i bayar. Tolong pass Itu surat ye? Thank You, Ms Tan "
Hari terakhir aku kerja di sini. Tidak seorang pun datang pada aku, ucap Gud Luck, En Akim... Jangan lupa kami ye ?.... atau Majlis perpisahan, mungkin ?
Orang yang pernah aku sentuh hatinya, buat tak tahu. Tak pasti sama ada dia tahu atau tidak yang aku mahu resign. Dan pastinya, dia akan bergembira bila aku tiada.
Mudah-mudahan juga dia hidup bahagia bersama Suami dan anak dia. Opss.. lupa nak cerita, dia dah pun kembali pada Ex yang dia pernah kutuk suatu ketika dulu, sebulan selepas clash dengan Mika.
Aku sudah fikir masak-masak. Aku tak sanggup lagi berdepan dengan semua orang. Kesilapan yang aku lakukan masa tu, adalah kesilapan yang paling besar dalam hidup aku. Aku tak mahu diganggu dengan perkara yang melibatkan hati lagi. Cukup lah sampai sini jer aku nak menempuhnya. Aku akan bawa wife & anak aku jauh dari semua orang .
Aku pasti ! Satu hari nanti, aku akan kembali . Kembali menuntut hak.

ANDA SEDANG MEMBACA
SUCI - Cinta Roadblock
NouvellesMcm mana la kau ley tersangkut ngan minah senget tu? Dia tu kawan kau kot? Takkan la pasal dia seiras Misya, kau boleh hilang pertimbangan?? Akim.... Akim... Cerita ni, tak ada kena-mengena dengan yang hidup atau yang dah 'wassalam'. Kalau 'terkena...