On the way balik ofis... rutin biasa. Jem..jem..jem... Sabar je lah.
TITEET-TITEET
Hah, SMS. Suci ker?
~ Bah. Mama dengan Zariff ke rumah Sofea. Nanti abah tapau kat luar ye? ~
Errmm.. Sanggup aku parking tepi, untuk baca sms yang masuk tadi. Ingatkan dia... hehehe
Apa dia buat sekarang ni agaknya. Kalau perempuan. Aktiviti mesti sama. Shopping, jalan-jalan, bertandang rumah BFF.. kan? Sampai sahaja dirumah, aku baru teringat, yang aku lupa nak beli makanan untuk makan malam. Itulah. Kepala asyik berangan. Malas betul nak keluar balik. Puasa lah malam ni.
***********************
Penat betul hari ni. Banyak betul kerja yang tertangguh semalam. Badan... tangan.. semua dah lenguh, menaip tak henti-henti di ofis tadi. Baru nak capai towel nak mandi, handphone berbunyi lagi....
TITEET-TITEET
Sms apa lagi tu? sekejaplah. Mandi dulu, lepas tu baru boleh baca sms tu. Kali ni Suci kot?
~ Kat mana wei?? jangan lupa. Futsal Sri Skudai. ~
Oh ye. Lupa. Taufik dengan kawan-kawan dia sedang menunggu. Matilah mak. Apa lagi alasan nak aku beri agaknya? Balas sajalah sms mamat ni.
~ Fik. Tak jadi.
Wife ajak keluar. ~
Itu nama dia 'Alasan Spontan'.
~ Kau memang macam tulah Akim. Takut bini ke?? Hahahhaha ~
Wah ! Ni dah melampau dah ni. Ah! Lantaklah. Aku tahu si Taufik tu bergurau. Tiba-tiba rasa malas pula nak ikut sama. Rasa macam mahu tidur awal. Bosan gila sekarang ni. Kalau ada Zariff, boleh layan dia main PS2 dia tu.Atau belajar masak dengan makcik tu.
TITEET-TITEET
Apa lagi si taufik tu !
~ Assalamualaikum ~
Eh ? Suci ??
~ Waalaikumsalam ~
Eh, dia ni. Dah 5 minit dah ni... Beri salam. Orang dah jawab. Lepas tu diam...?
Main2 ke apa ni?
~ Ye saya? Ini Kaunter Pertanyaan. Ada apa2 yg boleh saya bantu? ~
Hahaha. Nah Ambik kau !
~ Macam x suka kita msg je..~
~ Suka Kak long... sapa cakap kita x suka? ~
~ nama kita bkn kak long eh ~
~ X pernah bagitau nama, mcm mana kita nk tau.. kn? ~
~ yg sibuk nk tau nama kita.. awk tu siapa? ~
Alamak ! nama... nama.... nama.... aduh...
****************************
ANDA SEDANG MEMBACA
SUCI - Cinta Roadblock
Short StoryMcm mana la kau ley tersangkut ngan minah senget tu? Dia tu kawan kau kot? Takkan la pasal dia seiras Misya, kau boleh hilang pertimbangan?? Akim.... Akim... Cerita ni, tak ada kena-mengena dengan yang hidup atau yang dah 'wassalam'. Kalau 'terkena...
