SUCI - Cinta Roadblock - Part 31

114 10 0
                                        

TITEET-TITEET

eh. Suci?

~ Salam Kim. Aku nak mintak maaf pasal tadi. Aku rasa bersalah wat ko mcm tu.... ~

Eh. Jap..jap.. Akim? Naper si Suci ni.. salah nombor ker? Opss. Betul la. Yang dia hantar message pada nombor aku yang betul. Bukan 'nombor Mika' . Nasib baik tak silap. Tapi kenapa eh? Dia tak pernah message aku sebelum ni.

~Wsalam. X per. X der hal lah. ~

~ ko jgn la marah aku Kim. Kita kn geng? ~

~ x. Tak kn aku nk marah org yg aku syg. ~

~ ngada betul la ko ni. ~

~ x caya suda ~

~ dah la. Asal ko dah maaf kn aku, ok le tu. Hehe. ~

~ dah. Dah. Dlm bas lagi kn? Jalan tu kang baik2. Kalau ada org tackle, ckp kat aku. Aku sekel kpala dia nanti..huhuhu ~

~ kn. Ayat ko sama mcm dia. Ok la. Tq eh. Lg satu. Jgn lupa delete msg aku ni. Kang kantoi ngan bini ko, aku tak tau.. ~

~ x kn la ngan madu sendiri dia nk marah. Ekekeke. Sayang ko ~

Pergh.. first time ni dia message aku. Maksud aku.. aku.. Akim.. bukan Mika. Haha. En Mika.. awak dah kalah satu point!

TITEET-TITEET

~ sayang ko jugak ~ - Suci

YEHAAAA!! Dua point, En Mika. Dua point awak kalah ! Hahahahha.

***********

Di kedai mamak...

" Tak pernah-pernah Cik ajak gi ngeteh ni. Ni mesti ada hal "

" Eh. tak de la. Sekali sekala. Tak kan tak boleh, Cik nak blanjer kamu "

" Eleh, Cik. Dari kecik Muaz kenal Cik. Macam la Muaz tak paham stail Cik ni. "

Muaz - anak saudara aku yang paling tua. Sahabat baik aku sejak dari kecil. Umur kitaorang pun beza 2 tahun jer.

" sebenarnya, Cik ada masalah ler. masalah BESAR PUNYER ! " kata aku sambil mendepakan tanga. Macam dalam iklan tu.

" Pasal duit ker ? ke pasal Cik Firah ? "

" Ish.. kamu ni. Salah tu... "

" Dah tu ?? "

" Pasal awek "

" Pergh !! Pakcik aku ni dah ber-awek dah !! Fuyooo "

" Syyyy... slow sikit suara tu boleh tak ? Mamak tu dah tengok dah tu "

" ok..ok.. sorry Cik. Alaa.. biase la.. pompuan ni, kita kena paham dia. setakat ngajuk2 ni biasa lah tu " - kata Muaz, sambil menghirup teh panas perlahan2.

" Tengok tu. belum citer lagi, dah main serkap jarang... ermmm "

" Ok. citer... "

" Janji ni, kamu tak kan citer sesiapa ? "

" Yer janji "

SUCI - Cinta RoadblockTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang