CHAPTER 1

8.7K 296 10
                                    

A MILLION REASON ( SEASON 1)
*Edited Version*
By Hayley D. Harper
Chapter 1: BETWEEN THE SHEETS OF A PAPER

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

My name is Tanika. They Call me Tanny.

Semasa berumur 18 tahun, ibu-bapa saya telah meminta saya untuk berkahwin dengan LOANSHARKS.

My parents was acctually very rich. They own a very big company in a town.

Tapi, masalahnya, mereka berdua mula terjebak dan ketagih bermain judi sehingga menyebabkan mereka kalah teruk dan berhutang jutaan ringgit.

Saya ada seorang kakak dan seorang abang. Abang saya telah melarikan diri selepas kejadian buruk itu dan dia sempat membawa sejumlah wang untuk kepentingan dirinya sahaja.

My sister Tania, was already married. Dia berkahwin dengan lelaki yang sederhana sahaja. Mereka berdua berkerja di sektor kerajaan. Mereka sudah mempunyai dua orang anak yang masih kecil.

Ketika kejadian itu berlaku, hanya saya yang masih berada di rumah. Saya baru menghabiskan zaman sekolah dan bercadang untuk menyambung pelajaran dalam bidang culinary Arts. Namun semua rancangan masa hadapan saya musnah begitu sahaja selepas ibu bapa saya membuat keputusan untuk mengahwinkan saya dengan si pemiutang mereka ketika itu.

Saya menangis sepanjang malam dan juga sepanjang hari dan juga berminggu untuk meminta belas kasihan daripada kedua ibu bapa saya namun mereka tidak mengendahkan dan tidak mempedulikan rayuan saya. Mereka malah mengurung saya di dalam bilik kerana takut saya akan melarikan diri.

Semuanya berlaku terlalu pantas sehingga saya sendiri tidak mempunyai sebarang persediaan untuk menghadapi segalanya ketika itu.

"Sampai hati daddy dan mommy. Buat anak sendiri jadi macam ni. Sanggup jual anak kamu sendiri hanya disebabkan hutang -hutang kamu yang kamu gunakan untuk kebahagiaan diri kamu sendiri. Bila datang masalah, anak kamu sendiri yang kamu gadaikan untuk bayar semua hutang tu." Saya memaki hamun sepanjang hari.

Tapi apakan saya, ibu- bapa saya rupanya sedang menunggu khabar dari pihak lelaki yang akan dikahwinkan kepada saya tidak lama lagi. Saya duduk di dalam bilik seperti orang bodoh. Pintu bilik dikunci dan hanya orang gaji dibenarkan masuk untuk memberikan saya makanan.

Memang sejak dari itu, hati dan perasaan saya hanya ada rasa benci dan rasa tidak puas hati terhadap kedua ibu bapa saya.

Sampai hati mereka berdua abaikan keinginan dan masa depan anak mereka sendiri hanya untuk kepentingan mereka berdua sahaja. Mereka lansung tidak memikirkan masa hadapan saya.

Abang dan kakak saya juga lebih bernasib baik kerana mereka tidak perlu menerima tempias akibat perbuatan ibu dan ayah. Semuanya dihumban ke arah saya. Saya puas memaki hamun mereka di dalam hati.

Saya lebih sedih apabila saya harus memikirkan tentang masa hadapan saya sendiri. Semua rancangan dan cita-cita saya bakal musnah begitu sahaja. Saya ada terfikir bagaimana caranya untuk lari dari semua masalah itu namun seperti mata akal. Semua langkah dan cara yang ingin saya lakukan semuanya tidak menjadi.

Dalam fikiran saya hanyalah memikirkan tentang membunuh diri. Tapi pada masa yang sama saya takut. Bunuh diri ternyata satu perbuatan yang sia-sia. Apa yang saya mampu lakukan adalah tidur dan membiarkan masalah itu terus bermain di dalam fikiran saya.

🌸🌸 2 MONTH LATER🌸🌸

"Tanny.. .prepare yourself." Pintu bilik saya dibuka. Mommy tiba dan dia seperti dalam keadaan terburu-buru. Dia membawa bersama banyak bakul di dalam tangannya. Saya bangun dan hanya memerhatikan gelagatnya.

A MILLION REASON I [PUBLISHED AS BOOK]Where stories live. Discover now