One

954 73 47
                                    

[ Lee Jung POV ]

Mata aku dicelik-celik. Muka tak  percaya ditayangkan. Siyesly? Aku dapat tawaran jadi cikgu pratikal kat sekolah tu? School of Performing Highschool. Sekolah yang penuh dengan adik adik k-idol yang kacak lagi tampan plus comel macam minion tu? Wah, heaven.

Aku menghempaskan badanku keatas katil. Cuba nak bertenang. Masalahnya aku cikgu math, macam mana nak ajar diorang yang sememangnya diajar tentang muzik sahaja? Eh, tipu jee. Macamlah diorang tu tak belajar math.

Perasaan aku semakin berdebar debar. Mesti ada adik adik yang comel dengan hensem kan. Wah, nak jerit. Kakiku dihentakkan diatas katil. Takkan aku seorang jee mengajar kat situ? Ye-na? Dia dapat sekolah mana? Aku harap dia dapat sekolah sekali dengan aku. Telefon aku diambil lalu aku menelefon Ye-na.

" Hello, Ye-na. "

" Ye sayang kenapa? "

" Jom kita jumpa kat cafe yang kita selalu lepak tu. "

" Oh, okey. Pukul berapa? "

" Ermm, 30 minit dari sekarang okey?"

" Ahh, bolehlah. Jumpa kat sana ye."

" Okey bye. "

" Bye. "

Panggilan dimatikan. Tanpa membuang masa, aku terus bersiap untuk pergi kecafe yang telah dijanjikan oleh kami itu.

                               *****
" Kau lambat, tak guna. " Aku terus memarahi Si Ye-na yang tidak sampai tepat pada masanya.

" Ish kau ni, biasalah aku ni kan perempuan. Kenalah siap cantik cantik. Kot kot ada yang berkenan nanti. " Dia membalas. Cantik sungguh alasan yang diberi.

" Aku pun perempuan, tapi takdelah nak siap cantik cantik bagai. "

" Kalau kau pakai cantik cantik pun, memang takde orang yang nakkan kau. Hahahhaha. " Dia gelak gedik. Bangang deep sungguh ayat dia.

" Ye lah, aku memang tak cantik. Aku hodoh, kau takpelah cantik macam bidadari. " Aku buat-buat sentap. Nak tengok dia pujuk aku ke tidak? Hehehe.

" Hah, sedar jugak diri. " Dia berkata lantas tersenyum manis.

Bitch.

" Dah lah, aku nak tanya kau ni. Kau dapat pratikal sekolah mana? " Aku bertanya teruja. Berharap agar dia dapat sekolah yang sama dengan.

" Aku dapat sekolah Hanlim Multi Art School." Dia membalas selamba lalu menghirup sedikit air mocha yang dipesan olehnya itu tadi.

" Kau tak dapat sekolah SOPA ke? Kau tak dapat sekolah sekali dengan aku ke? " Aku bertanya lalu memegang bahunya.

" Ish, kan aku dah beritahu aku dapat Hanlim Multi Art School. Memang aku tak dapat sekolah SOPA la. "

" Pastu aku macam mana? Huwaaaa! Ye-na marilah pratikal sekali dengan aku. Kau kata kau sayang aku. " Aku merengek, baju Ye-na aku tarik.

" Weh sial, jangan gedik boleh tak? Bukan nak mati pun aku takde dengan kau. " Dia membalas. Aku melihat matanya mula berkaca-kaca, seperti...mahu menangis.

" Aku takut aku rindu kau. "  Tiba tiba sahaja dia memeluk aku. Aku tergamam. What the heck? Aku syak dia dah gila.

Dengan perlahan lahan aku membalas pelukannya. Tak kesahlah orang nak pandang kami macam mana pun. Aku pun sayangkan si jebon ni jugak. Aku tahu aku gedik. Tapi, aku bukan lesbian okey. Kalau aku lesbian takkan ada kiss scene aku dengan Haechan nanti. Uwaaa spoiler.

Teacher >>> LEE HAECHANWhere stories live. Discover now