Eleven

240 38 9
                                    

[ Lee Jung POV ]

Peluh mula membasahi dahiku. Raut wajah yang tidak sedap hati cuba dikawal. Kang Hyejung, dia tak patut ada dekat sini. Walaupun dah 3 tahun berlalu, tapi segalanya masih segar diingatan.

Flashback...

" Wei! Jung, kau kenapa makan sorang-sorang dekat sini? Kau takde kawan, eh? Kesian kau, apa kata kau jadi kawan aku? " Senyuman sinis mula terukir dibibirnya.

" Takpe, saya dah biasa makan sorang-sorang. " Aku berkata membalas pertanyaan Hyejung.

" Oh, okey. Ermm-- Jung aku nak mintak tolong boleh? " Soal Hyejung.

" Awak nak mintak tolong apa? " Aku menyoalnya kembali.

" Lepas kau habis makan ni kan, aku nak suruh kau beli susu kotak coklat dekat aku. Bolehkan?" Dia berkata.

" Boleh je. " Aku membalas ringkas lalh mengganguk paham.

Setelah selesai aku makan, aku mula bangun dari kerusi kantin sambil memegang sisa makanan yang berada didalam bekas makanan. Baru sahaja aku beberapa langkah aku pergi, aku sudah jatuh diatas lantai kantin itu.  Aku takkan terjatuh kalau Hyejung menahan kakinya saat aku berjalan. Habis semua sisa makanan terlekat padaku.

" Alah, kau jatuh pulak. Takpelah aku pergi susu kotak tu sendiri, eh? Kesian kau. " Dia berkata lalu menunjal kepalaku.

Aku mula bangun, jelas kendengaran suara pelajar-pelajar yang lain mengetawakan aku. Malu? Itulah yang aku dapat rasakan sekarang. Mesti korang pelik kenapa Hyejung tak kena buang sekolah kan? Dia anak pengetua sekolah ni. Ye, anak pengetua.

                               ◆◆◆
Sekarang waktu P.E, subjek yang paling aku tak suka. Sebab aku tahu aku akan jadi kuli atau lebih dikenali sebagai hamba.

" Wei Jung, jom la join kami main bola keranjang ni. Kumpulan aku tak cukup orang ni. " Hyejung mula mengajak.

Aku hanya mengangguk tanda setuju.

" Wei Jung! Ambil bola! " Bola dibaling kearah aku. Aku cuba mengambil bola itu tapi pergerakan bola itu terlalu pantas, dan akhirnya bola itu tepat mengenai kepala aku.

" Auch! " Aku mengadu kesakitan. Mereka yang melihat aku kesakitan itu mula membaling bola kearah aku. Aku cuba mengawal kesakitan. Air mata sudah mengalir dipipi.

" Sudah lah! " Aku mula menjerit. Sakit? Itulah yang aku dapat rasakan sekarang. Cermin mataku yang telah jatuh diatas lantai gelanggang bola keranjang itu, aku cuba ambil.

Tapi malangnya, Hyejung telah memijak cermin mataku dahulu. Aku terkedu. Air mataku makin deras mengalir.

" Kau ni lemah lah Jung. "

Ayat itu masih terngiang-ngiang difikiranku.

End Flashback...

" Cik Jung? " Bahuku ditepuk oleh Puan Jei, ia menyebabkan aku tersedar dari lamunanku. Hyejung yang berada disebelah Puan Jei turut memandang aku.

" Jung? Kau buat apa kat sini? " Hyejung yang baru tahu akan kehadiran aku mula menegur. Riak muka terkejut jelas terpamer diwajahnya.

" Ermm, ak--aku jadi cikgu pratikal dekat sekolah. " Aku membalas dengan suara yang bergetar.

" Oh, serious? Lama aku tak jumpa kau, dalam tiga tahun kan? " Dia menyoal kembali.

" Ermm, ye. "

" Korang dah kenal ke? " Puan Jei yang turut berada disitu mula menyoal.

" Ha'ah, kami sekolah menengah sekali dulu. " Dia membalas manakala aku hanya mengangguk.

" Oh, sekolah sekali. Ermm, cik Hyejung, boleh kita pergi bilik guru sekarang? " Soal Puan Jei kepada Hyejung.

" Okey, jom. " Hyejung membalas lalu mengorak langkah mengikut Puan Jei.

" Bye cikgu sayang. " Kedengaran suara Haechan berkata, Hyejung hanya tersenyum mendengar panggilan itu. Aku tergamam, kenapa aku rasa akan ada sesuatu yang berlaku?

                                 *****
Kringg~

Jam loceng yang menandakan waktu rehat membuatkan ramai pelajar berpusu-pusu pergi kearah kantin. Selesai sahaja aku mengajar dikelas 5A1 aku mula melangkah pergi kearah bilik guru.

Aku mula duduk ditempat dudukku yang berada didalam bilik guruku. Kelihatan seorang wanita berada dimeja sebelah tempat dudukku. Dan wanita itu ialah Hyejung.

Aku mengabaikannya lalu dudukku dikerusi tempat dudukku. Pandangan Hyejung mula terarah kearah aku.

" Lee Jung. Kenapa budak lemah macam kau boleh jadi seorang cikgu? Aku hairan, wei. " Dia berkata sambil memandang sinis kearahku.

Aku hanya mengabaikannya. Kenapa cikgu yang lain tiada waktu sekarang?

" Aku tanya, jawab lah! " Rambutku ditarik olehnya. Aku mengadu kesakitan lalu menepis tangannya yang menarik rambutku.

" Kau Kang Hyejung! Jangan pernah letak tangan kotor kau dekat aku. Aku bukan lagi Lee Jung yang kau kenal. Aku dah berubah. " Aku membalas lantas meninggalkannya keseorang didalam bilik guru itu.

TBC

Update! ↖(^ω^)↗

Teacher >>> LEE HAECHANWhere stories live. Discover now