Nineteen || END ||

284 31 13
                                    

[ Haechan POV ]

Sudah seminggu berlalu selepas pertandingan nyanyian itu tamat. Nak tahu berita gembira?

Nak tahu?

Nak tahu?

Nak tahu?

Aku dah couple dengan Cikgu Jung. Tapi, masa aku beritahu Cikgu Jung yang aku sukakan dia, muka dia nampak sedih. Kenapa eh?

Cakap tentang Cikgu Jung, dah beberapa hari aku tak nampak Cikgu Jung dekat sekolah. Bila tanya Sooman, dia cuma endahkan aku aje.

Cikgu Hyejung pun takde sebab tempoh pratikal dia dah tamat. Kejap, adakah tempoh pratikal Cikgu Jung dah tamat jugak?

" Haechan. " Sooman memanggilku yang sedang mengelamun.

" Apa? " Jawabku segera.

" Aku nak tipu kau, tapi tak boleh. Aku tak boleh nak simpan rahsia ni dengan Cikgu Jung. " Dia berkata. Aku memandangnya hairan.

" Asal? Kau couple dengan Cikgu Jung sebelum aku ke? " Tempelak aku.

" Hotak kau. "

" Habis tu? "

" Cikgu Jung dah takde dekat sekolah ni. Tempoh dia mengajar dah habis. " Sooman memberitahu.

" What?! Asal kau tak bagitahu aku?! " Aku menyoal geram. Rasa macam nak tumbuk je muka Sooman ni.

" Bukan aku tak nak beritahu. Cikgu Jung yang tak kasi aku beritahu kau. Kalau kau nak jumpa dia, kau boleh pergi bilik guru sekarang. Tadi, aku nampak dia tengah kemas barang-barang dia dekat bilik guru. Baik kau pergi sebelum dia balik. " Sooman berkata.

Aku tidak membalas kata-katanya, tapi terus berlari menuju ke bilik guru. Pandangan disekeliling, aku hanya abaikan.

Setibanya dibilik guru, aku terus berlari kearah meja guru milik Cikgu Jung. Tapi hampa, kelibat Cikgu Jung lansung tiada.

" Mana Cikgu Jung? " Aku bertanya kepada Puan Jei yang turut berada disitu.

" Dia dah nak balik. Cuba pergi tengok dekat tempat parking. " Puan Jei memberitahu. Aku yang paham akan maksud Puan Jei itu, terus meluru laju ke tempat parking kereta.

Aku mengeluh perlahan setibanya sampai di tempat itu. Cikgu Jung yang sudah muka mahu memandu keretanya itu membuatkan aku terkedu.

" Cikgu Jung! " Jeritku lantang apabila kereta itu sudah bergerak menuju kearah pintu pagar sekolah. Aku mengejar kereta itu sambil menjerit memanggil Cikgu Jung. Malangnya, kereta itu sudah jauh meninggalkanku.

Aku memberhentikan larianku. Badanku mula rebah diatas tar jalan itu dan pandanganku mula gelap.                 

                        *****

Aku membuka mataku perlahan- perlahan. Aku memerhatikan sekeliling kawasan yang aku berada itu.

Oh, bilik aku.

Tapi, asal tempat yang aku tengah baring ni tak empuk. Aku bangun dari pembaringanku.

Patutlah tak empuk, aku bukan ada atas katil tapi... atas lantai. Cis.

" Haechan, kau okey? " Taeyong hyung yang tahu bahawa aku sudah sedar itu menyoal.

" Aku okey je hyung, tapi kenapa aku ada dekat sini? " Aku pula menyoal. Aku tidak ingat apa-apa pun yang berlaku lagi tadi.

" Kau pengsan dekat sekolah tadi." Taeyong hyung memberitahu. Kejadian yang berlaku lagi tadi mula terimbas didalam fikiranku.

" Erm hyung, boleh tak hyung keluar kejap. Aku nak tenangkan fikiran aku sekejap. " Aku berkata.

" Oh okey. " Taeyong hyung membalas lalu meninggalku didalam bilik itu keseorangan.

                           *****
[ No One POV ]

" Haechan marilah makan. Kau tak makan dari lagi tadikan. " Mark berkata dihadapan pintu bilik Haechan. Sudah berkali-kali dia mengetuk pintu bilik itu, tunggu nak pecahkan je.

" Takpelah hyung, aku dah kenyang. " Haechan membalas dari dalam.

" Kenyang hotak kau. Kalau tak nak makan pun, bukalah pintu bilik ni. Jangan ingat bilik tu bilik kau seorang. Ni pun bilik aku jugak. " Doyoung membalas.

" Bagilah aku tenangkan fikiran dulu. " Haechan berkata lagi.

" Haechan makanlah dulu. Bergemuk-gemuk dahulu berdiet-diet kemudian. " Taeil menasihatinya.

" Aku dah kenyang, hyung. " Haechan memberitahu.

Semua orang hanya mengeluh dihadapan bilik Haechan itu.

                          *****
Sebulan kemudian...

Sikap Haechan yang dulu ceria dan nakal mula berubah. Dia sudah berubah menjadi seorang yang pendiam. Hatinya masih sakit apabila 'Cikgu Cintanya' meninggalkan dirinya.

" Woi, Haechan! " Sooman menegur Haechan yang sedang membuat mengelamun itu.

" Apa? " Haechan membalas.

" Ada cikgu baru yang nak datang sekolah kita. Dia bukan cikgu pratikal. " Sooman memberitahu.

" Hmm. "

" Mungkin dia akan ajar kelas kita. " Sooman memberitahu lagi.

" Hmm. "

" Ish kau ni. " Sooman mula memarahi Haechan yang tidak memberikan reaksi atas pemberitahuannya.

Haechan yang sudah malas mendengar bebelan Sooman itu mula keluar dari kelas. Entah ke mana hala tujunya.

Sedang dia berjalan, bahunya telah terlanggar seseorang. Buku yang dipegang oleh orang itu jatuh ke bawah.

" Macam mana buku ni boleh jatuh? " Haechan mengomel perlahan lalu menunduk mengambil buku yang jatuh itu.

" Buku ni jatuh sebab tuan punya buku ni, dah jumpa murid kesayangan dia. " Suara yang familiar itu membuatkan Haechan mendongak memandang orang yang dilanggarnya itu.

Nafasnya seperti mahu berhenti. Senyuman manis terukir dibibirnya. Wajah orang yang dirinduinya itu ditatap.

" Cikgu cinta? "

END

uwaa fanfic ni akhirnya dah tamat. Terima kasih kepada semua orang yang baca ff author yang gila ni. sayang korang. maaf untuk ending yang tergantung.

Teacher >>> LEE HAECHANWhere stories live. Discover now