Eighteen

212 33 3
                                    

[ Haechan POV ]

Tahi, tak guna, sial. Entah dah kali keberapa aku mencarut ni. Aku tak nak masuk pertandingan menyanyi tu dengan Cikgu Hyejung! Dia tu dah la gedik, kajsjsmsaake.

Tapi, takkan aku nak tolak? Aku tak nak dianggap pelajar tak guna dekat sekolah ni. Eh, bukan aku memang tak guna ke?

Macam mana nak caranya nak buat aku menyanyi dengan Cikgu Jung dan bukannya Cikgu Hyejung?

" Haa! Mengelamun. " Sooman berkata lantas menepuk mejaku. Ia membuatkan aku sedikit tersentak lalu tanganku sungguh memberi isyarat untuk tampar kepalanya.

" Kau kenapa? " Aku menyoal.

" Sepatutnya aku yang tanya, kau tu kenapa? "

" Ermm-- tadikan masa aku pergi bilik guru nak hantar buku Sains, aku jumpa Cikgu Hyejung. Lepastu, dia panggil aku, dia suruh aku menyanyi dengan dia masa pertandingan nanti. AKU TAK NAK! "

" Padan muka. Siapa suruh pergi bilik guru. " Sooman membalas.

" KAU LA! AKU PERGI HANTAR BUKU KAU KAN. EII KAU NI! NASIB AKU BAIK. KALAU TAK DAH LAMA AKU MANDULKAN KAU. " Aku membalas tidak puas hati. Sooman hanya membuat muka tidak bersalah.

" Sorry la setan. "

" Sebagai balasan, aku nak kau tolong aku. " Aku berkata lantas memandang wajah Sooman dengan pandangan yang menakutkan.

" Tolong apa? Kau nak suruh aku bunuh orang ke? " Sooman bertanya ragu-ragu.

" Ya. "

" Bunuh siapa? " Sooman menelan air liurnya.

" Aku nak kau bunuh diri kau sendiri. " Aku membalas.

" Kau pikir lawak? Cepatlah bagitau aku kau nak suruh aku buat apa? " Sooman mendesak.

" Aku nak kau tolong aku untuk nyanyi dengan Cikgu Jung Dan bukannya Cikgu Hyejung. " Haechan berkata lantas tersenyum manis.

" Gila kau? Takkan aku nak buat ni sorang-sorang? " Sooman menyoal.

" Pandai-pandai kau lah cari geng. " Aku membalas lantas meninggalkan Sooman yang masih terpinga-pinga.

                          *****
" Malasnya. " Aku mengomel perlahan. Mana tak nya, lepas ni subjek Cikgu Hyejung. Mesti ada apa-apa yang dia nak suruh aku buat.

Cikgu Hyejung yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam kelas telah disambut dengan sorakan dari pelajar kelas 5A1.

Sah diorang ni gila.

" Haechan~ " Namaku dipanggil oleh Cikgu Hyejung. Aku mengeluh perlahan.

" Ya? "

" Marilah kita berlatih bernyanyi untuk pertandingan nanti. " Cikgu Hyejung membalas.

" Alah, cikgu ni takkan nak berlatih dengan Haechan je. Marilah mengajar kami. " Salah seorang pelajar di kelas ini berkata.

" Maaf ya. Saya kena berlatih untuk pertandingan ni. " Cikgu Hyejung berkata.

" Cikgu mengajar la kami. " Pelajar itu berkata lagi.

" Tolong lah. Aku kata tak boleh, tak boleh lah. Apa susah sangat nak paham? Pekak ke? Aku sebenarnya tak hingin nak mengajar korang. Tolonglah jangan perasan. Mari Haechan kita berlatih dekat taman sekolah. " Cikgu Hyejung berkata lantas menarik tanganku.

Suasana di kelas itu hanya sunyi sepi. Tiada siapa yang berani megeluarkan suara.

                             *****
[ Lee Jung POV ]

Aku hanya memerhati gelagat Hyejung dengan Haechan yang sedang mesra berlatih bernyanyi ditaman sekolah itu. Senyuman palsu muncul terukir dibibirku.

" Nampaknya Haechan dah ada cikgu 'cinta' yang baru. " Aku berkata mengelap air mata yang sudah membasahi pipiku.

Kakiku kembali mengorak langkah kearah bilik guru. Aku cuba mengawal perasan sedih yang sudah menyelubungi diriku.

                          *****
Beberapa hari kemudian...

[ Sooman POV ]

Harini, hari pertandingan menyanyi tu. Aku dah rancang macam macam cara untuk buat Haechan menyanyi dengan Cikgu Jung dan bukannya Cikgu Hyejung.

Macam mana aku boleh buat seorang-seorang? Tak, aku tak keseorangan. Aku dah mintak NCT DREAM untuk bantu aku. Tak sangka diorang tu baik, ingatkan jahanam macam Haechan.

" Hyung. " Seseorang memanggilku. Aku memandang gerangan orang yang memanggil aku itu.

" Tahi kau lah, jangan panggil aku hyung. Nampak tua la seton." Aku memarahinya.

" Oh okey. Woi Sooman! Cepatlah letak ubat sakit perut tu dalam makanan betina tu. " Si maknae Jisung berkata.

" Kejaplah. Aku nak mintak tolong makcik kantin ni. " Aku membalas lalu bergerak pergi kearah makcik kantin.

" Mak cik tolong ya. Nah upahnya. " Aku berkata lantas memberikan sampul yang berisi wang itu kepadanya.

" Beres. " Mak cik kantin itu berkata.

" Macam mana hyung tahu kalau Cikgu Hyejung tu akan makan dekat kantin? "  Chenle menyoal.

" Mak cik kantin tu kata Cikgu Hyejung memang akan datang ke kantin waktu-waktu macam ni. Dan tolonglah jangan panggil aku hyung. " Aku membalas pertanyaannya.

" Ha, tu dia dah datang. " Jeno berkata apabila ternampak kelibat Cikgu Hyejung menuju ke kantin.

" Tengoklah, misi kita akan berjaya. "

                          *****
[ Lee Jung POV ]

Harini hari pertandingan tu. Sebenarnya aku tak nak datang pun harini. Tapi harini hari yang penting untuk aku sebab aku takkan dapat tengok pertandingan macam ni lagi.

Aku melangkah masuk kedalam dewan. Kelibat Haechan yang tersenyum kepadaku, hanya aku endahkan.

Berbagai persembahan nyanyian yang aku saksikan sepanjang pertandingan ini berlangsung. Aku gembira melihat semua itu.

Tapi senyuman aku mati apabila Haechan naik keatas pentas. Oh, lepas ni persembahan Haechan dengan Hyejung. Tapi... mana Hyejung?

" Erm.. Maafkan saya. Cikgu Hyejung sakit dan dia ada dekat hospital sekarang. Jangan risau, saya akan buat persembahan ini jugak. Saya takkan buat solo tapi saya nak jemput Cikgu Jung untuk naik ke pentas menyanyi dengan saya. " Aku terkejut dengan pengumuman Haechan diatas pentas itu.

Haechan pergi kearah ku lantas membawaku kearah pentas. Aku terkedu. Air mata mahu sahaja mengalir. Kami berdua menyanyikan bermacam-macam lagu diatas pentas itu.

Aku tersenyum gembira. Inilah kenangan manis yang aku pernah lalui. Aku kena ingat perkara ni sampai bila-bila sebab...

Tak lama lagi tempoh aku mengajar disekolah ni akan tamat. Dan, ini minggu terakhir untuk aku.

TBC

maaf update ff ni lambat dan next chap akan jadi chap yang terakhir.


Teacher >>> LEE HAECHANWhere stories live. Discover now