[ Lee Jung POV ]
Aku hanya memerhati mesej yang dihantar oleh Sooman itu. Aku tertanya-tanya, kenapa dia nak jumpa aku? Nak culik aku ke apa?
Halah halah, perasan 🌚 Aku membalas mesej tersebut lalu bangun dari katilku.
Aku segera mengambil kunci keretaku yang berada dimeja yang berdekatan dengan televisyen.
Segera aku masuk kedalam kereta lalu menghidupkan enjin. Aku memandu menyusuri jalanraya yang agak sesak itu.
Sesampai sahaja aku disungai Han itu aku mula mematikan enjin lalu keluar dari kereta. Pandanganku mula meliar disekitar sungai Han itu. Kelibat Sooman, aku cari.
" Ermm, cikgu cinta? " Suara seseorang mula membuatkan aku mengalihkan pandanganku kearahnya.
It's Haechan gaiss.
" Awak buat apa dekat sini? " Soalku kepada Haechan, riak muka terkejut aku kawal.
" Saya datang sini nak ajak cikgu berkelah? " Dia membalas lalu menundukkan wajahnya.
Apa kejadah berkelah malam-malam ni? Pikir sweet? Dah la, aku still marahkan dia lagi.
" Hah? Mana Sooman? " Aku menyoalnya lagi. Wajahku jelas menunjukkan yang aku hairan.
" Ermm, sebenarnya...
Sebenarnya saya suami dia? Okey, sorry.
" Ermm, sebenarnya saya yang suruh Sooman hantar mesej dekat cikgu. Saya nak minta maaf dekat cikgu sebab selama ni saya tipu cikgu. " Dia mengangkat wajahnya lalu berkata.
Apa yang aku marah sangat sebenarnya? Bak kata Atul dalam cerita Mak Cun, come on, dia bukan ada apa apa pun dengan aku.
Okey ayat keling.
" Takpe, cikgu maafkan. Cikgu tak ambil kesah pun sebenarnya. " Menipu kau Lee Jung, yang kau tak datang sekolah sampai dua hari tu kau kata kau okey? Hek eleh.
" Oh, okey. Kalau macam tu, jom lah kita berkelah. " Dia berkata lantas pergi kearah tikar yang telah dihamparkan diatas rumput yang berada didepan sungai Han itu.
Aku hanya mengikuti langkahnya dan mula duduk diatas tikar yang telah dihampar itu. Pelbagai makanan yang telah terhidang diatas tikar itu.
Okey, sekarang Haechan dia pakai mask, dia makan macam mana ni? Adakah dia akan makan dengan hidung? Halah, lawak tak jadi.
Pizza yang terhidang membuatkan aku menelan air liur. Kenapa pizza itu nampak begitu menggoda?
" Cikgu, makan lah. " Haechan memperlawa.
Aku hanya mengangguk lalu mengambil sepotong pizza itu. Maaflah kepada anda yang sedang berpuasa.
Haechan mula menanggalkan mask yang dipakainya itu. Aku hanya melihat wajahnya yang telah disinari dengan cahaya Moon Taeil. Tengok budak-budak sekarang, kecik-kecik dah hensem. Besar nanti aku tak tahulah.
Aku menghirup sedikit air cola yang berada didalam gelas itu. Suasana ketika itu sangat sunyi, salah seorang daripada kami tidak mengeluarkan apa-apa bunyi tanda untuk untuk mahu berbual.
" Cikgu tahu tak? Dulu masa saya kecik, eomma dan appa saya selalu bawak saya datang sini. Ermm, lama dah saya tak keluar dengan mereka semenjak saya jadi k-idol ni. " Dia memberitahu dengan wajah yang tenang. Aku hanya mengangguk.
" Cikgu masa sekolah menengah dulu macam mana? " Soalan dari Haechan itu membuatkan aku tergamam. Segala peristiwa yang pernah berlaku pada diri aku semasa sekolah menengah mula terlayar diminda.
Kenangan itulah yang membuatkan aku sering menangis. Ya, aku selalu dibuli semasa berada disekolah menengah. Aku cuma seorang budak skema ketika itu. Tapi, perkara itu tidak menghalang aku untuk mencari kejayaan. Aku tetap berjaya dalam apa-apa pun peperiksaan walaupun dibuli.
" Cikgu masa sekolah dulu selalu kena buli dengan pelajar-pelajar yang lain. Cikgu ingat lagi nama budak perempuan yang selalu buli cikgu dulu. Dia memang tam boleh tengok cikgu senang langsung. "
" Oh, apa nama dia? "
" Kang Hyejung. "
*****
Pagi ni, suasananya amat tenang. Aku seperti biasa masuk kedalam kelas 5A1 untuk mula mengajar. Suasana kelas itu yang selalu bising membuatkan aku tersenyum.Aku mula mengajar seperti biasa. Aku sentiasa tersenyum apabila mengajar mereka. Tapi senyuman aku mula mati apabila..
" Cikgu Jung, boleh saya ambil sedikit masa kamu? " Soal Puan Jei yang baru sahaja masuk kedalam kelas itu.
" Ye boleh, silakan. " Aku membalas.
" Okey, para pelajar sekalian. Seperti apa yang kamu dengar selama ni, ada cikgu pratikal baru yang akan mengajarkan kamu. Dia akan mengajarkan subjek wajib kamu iaitu subje Muzik. Ermm, cik sila masuk. " Puan Jei berkata malah ada beberapa pelajar mula bersorak keriangan.
Aku mula menanti cikgu pratikal baru itu masuk kedalam kelas ini. Bagai jantung aku ditarik, aku hanya memandang cikgu pratikal itu dengan pandangan yang terkejut.
" Cik, boleh perkenalkan diri cik. " Pinta Puan Jei lembut.
" Annyeonghaseyo, nama saya Kang Hyejung. Saya adalah cikgu pratikal yang akan mengajar kamu nanti. " Dia berkata lantas tersenyum gembira.
Aku hanya kaku ditempatku. Hyejung dia lah manusia yang buli aku dulu.
TBC
ㄟ(≧◇≦)ㄏ
YOU ARE READING
Teacher >>> LEE HAECHAN
Nezařaditelné❝ Because yeoreojwo is iconic now. Can you yeoreojwo your heart for me, Miss Lee?❞ ; Di mana seorang guru pratikal yang tempoh mengajarnya hanya tiga bulan jatuh cinta kepada anak muridnya. [ a Haechan fanfiction ] + written by @winkeunam {2017} - s...