"Baiklah Jieun, hm.. bagaimana hendak memulakan ya." Kelihatan lelaki memakai kot putih dengan kaca matanya itu mengerutkan dahinya sambil menekupkan mulutnya. Jieun menggengam tangannya. Part ini lah yang dia lemah. Badannya agak menggeletar. Dia benci untuk mengetahui masalah kesihatannya. Lelaki dihadapannya itu tersenyum kepadanya. Jieun tahu senyuman itu hanya dibuat-buat untuk menenangkannya. "Err, kamu punya asthma dalam keadaan kritikal. Jantung kamu seperti tidak support kamu sangat apabila saya baca nadi kamu tadi." kata lelaki itu dengan lembut. Ah sudah, apakah semua ini? Jieun memandang tepat ke arah mata lelaki itu. "Ada lagi sebenarnya, kamu..err, ada kanser Jieun." Bagai gempa bumi yang melanda apabila Jieun mendengar kata-kata itu. Tidak! Tak mungkin! Ini semua mimpi kan? "Tapi doktor, saya okay je. Tengok ni, jantung saya berdegup dengan normal. Saya okay la doktor." Jieun meletakkan tangannya di dada sambil tergelak manis. Hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang dia rasa sekarang. Penyakit yang paling dia taknak rasai mula menghantuinya. "Maafkan saya Jieun, saya hanya menjalankan tugas saya. Saya pun tak sangka benda ini berlaku kepada awak." kata lelaki itu lemah. Jieun tahu dia rasa bersalah. Jieun mencengkam bulu sofa yang dia sedang duduk sekarang. Nafasnya turun naik. Kanser? You must be kidding me! Huh! Lelaki itu bangun dan menuju ke arah Jieun. Dia melutut di depan Jieun. Dia perasan air mata jernih Jieun sudah mula membasahi pipinya. Dengan berhati-hati dia mengelap air mata Jieun menggunakan tangannya. Dengan tiba-tiba Jieun memeluknya erat. Dia terkesima sambil membeliakkan matanya. Belum pernah pesakit yang dirawatnya berani untuk memeluknya. Dia sudah blank untuk buat apa. "Apabila perempuan sedih atau marah, peluklah dia. Nescaya dia akan tenang. Biarkan dia menangis atau meluahkan perasaannya. Biarkan sebentar tanpa berkata apa-apa." Kata-kata emaknya terngiang-ngiang di kepalanya. Dia mengusap belakang Jieun dengan perlahan. Sudah basah kotnya dengan air mata, lantak lah. Lama juga Jieun memeluknya. Dia faham perasaan Jieun. Bukan semua orang boleh menerima kebenaran yang mereka sebenarnya menghadapi kanser. "Song Jieun, saya berjanji akan jaga awak sepenuh hati saya. You're the first women ever that has make me feel different towards women. I'm promise." Janji lelaki itu di dalam hati.
YOU ARE READING
Beware || Completed ✔
ParanormalKehidupan sebagai seorang pelajar universiti, membuatkan Jieun memilih untuk duduk di asrama. Walaupun ibunya menentang kerana risau, Jieun nekad dengan pilihannya. Pelbagai perkara pelik berlaku sepanjang Jieun berada di universiti. Dengan mendapa...