Hubungan Jieun dan Seojun semakin renggang. Seojun asyik melekat dengan Sooyoung. Jieun menyampah dengan kegedikan Sooyoung terhadap Seojun. Jieun sedang berada di dalam biliknya. Dia turun dari katil dan membuka beg bagasinya. Barang specialnya berada di dalam beg itu. Tunggu masa sahaja hendak dikeluarkan. Jieun tersenyum sendirian. "Tunggulah sehingga aku menjadi Jieun yang lain."
Seperti biasa di kelas, Jieun perlu menyaksikan adegan sweet Seojun dan Sooyoung.
"Baby, i sakit perut la. Makanan dekat cafeteria tak sedap." rengek Sooyoung.
"Takpe baby, lepasni kita makan dekat luar ye. I belanja."
"Yeke ni sayang? Okay baby. Love you!!"
Jieun menjulingkan matanya. Malas hendak melayan. Nak bernanah telinganya mendengar ayat-2 geli diorang berdua.
"Jieun ah!" Seojun menepuk bahu Jieun.
"Ye ye?" Jieun terkejut bukan kepalang.
"Nak ikut tak?" soal Seojun.
"Ikut ke mana?" soalan dibalas soalan.
"Awak tak dengar eh kitorang cakap?"
"Buat apa nak dengar. Geli aku tengok korang berdua." Tapi itu hanya lah jawapan dalam hati di Jieun.
"Tak dengar lah. Saya tengah fokus baca bab 5 ni. Susah."
"Kitorg berdua cadang nak makan dekat mall petang nanti. Do u want to follow?"
Oh, sekarang baru nak ajak aku la? Ceit. Nak aku jadi penonton drama-2 sweet korang? Jangan harap!
"Takpelah Seojun. Saya makan dekat cafeteria je nanti."
"Oh okay."
Jieun kembali membaca buku. Sebenarnya, bukan itu jawapan dari Seojun yang dia nak. Seojun biasanya akan memujuk dia pergi tetapi kali ini dia macam tak kisah kalau Jieun pergi atau tak.
Habis sahaja kelas, Jieun terus meluru masuk ke bilik. Tidak sanggup untuk menyeksa diri melihat adegan sweet mereka berdua.
Dia membuka beg bagasinya dan mengeluarkan barang specialnya. Dia menggenggam barang itu dengan kuat. Nafasnya turun naik. Air matanya mengalir dengan deras di pipi. Sungguh, dia tidak kuat untuk hadapi semua ini.
YOU ARE READING
Beware || Completed ✔
ParanormalKehidupan sebagai seorang pelajar universiti, membuatkan Jieun memilih untuk duduk di asrama. Walaupun ibunya menentang kerana risau, Jieun nekad dengan pilihannya. Pelbagai perkara pelik berlaku sepanjang Jieun berada di universiti. Dengan mendapa...